Cerita tentang kuih gandus ini telah tersebar ke seluruh pelusuk benua apabila Majalah 3 menyiarkan artikel berkenaannya tak lama dulu.
Pasangan pakcik dan makcik yg menjual kuih ini telah berniaga sejak tahun 1966 lagi. Kebanyakan korang belum lahir lagi masa tu.
Pakcik akan memasak kuih ini dengan menggunakan dua buah kuali leper manakala isterinya kerja membungkus
Pakcik ini dengan gigih memasak kuih gandus yg dibuat daripada campuran tepung dan kelapa. Intinya pula inti nenas
Masa aku tinggal di Kg Datuk Keramat dulu kuih gandus ini dijual dgn harga 15 sen sekeping atau 7 keping seringgit. Harganya telah naik mengikut peredaran masa. Sekarang ni sekeping 40 sen. Lihat tanda harganya tu
Makcik ni sedang mengeluarkan kuih gandus dari acuan berbentuk cincin sebelum membungkus kuih gandos yang emak Adam beli. Emak Adam beli RM12!
Ini dia acuan yang digunakan sejak zaman berzaman. Aku rasa ianya dibuat daripada tembaga
Walaupun ada gerai lain yg menjual kuih gandus di Pasar Keramat tetapi kuih gandus pakcik dan makcik ini juga yg menjadi pilihan ramai. Rahsianya ialah pada intinya yg sedap. Inti ni dibuat sendiri oleh mereka. Sekali buat, mereka akan menggunakan 140 - 150 biji nenas. Nak buat inti sebanyak itu akan memakan masa 2 hari dan ini bermakna mereka tak berniaga pada 2 hari tersebut. Inti hasil usaha gigih 2 hari itu cukup utk 10 hari berniaga.
Ok aku cakap banyak pun tak guna. Kalau nak tahu betapa sedapnya kuih gandus ini silalah ke Pasar Keramat - pasar kampung aku tu!
asalam YB..memang tak de jual di tempat lain ke..teringin jugak nak rasa kuih gandus..baru harimni tau kiuh ni..
ReplyDeleteWaalaikum salam acik Erna.
ReplyDeleteKat tempat lain ada juga tapi setakat yg pernah saya rasa tak sesedap yg ini.
Bolehlah cuba yg di Pasar Keramat ni. Mereka mula berniaga tengahari sehingga stok habis dlm pukul 3.
Salam Sejahtera YB,
ReplyDeleteMemang kuih gandus terbaik, kegemaran kami sekeluarga. Sanggup berbaris ketika ramadhan.
Salam sejahtera Kak Nanie. Harap kakak dah bertambah sihat.
DeleteOh Kakak sekeluarga pun suka kuih gandus tu ya? Bukan setakat bulan Ramadan aje kena berbaris panjang tapi hari2 biasa pun kena juga berbaris. Dan org yg beli tu biasanya tak tahu sikit .... huhu
Kat Pasar Keramat tu macam2 benda best adakan? Satu hari nak gi jugak le carik.
ReplyDeleteHa'ah ada banyak yg best kat sana. Antaranya martabak Pak Din yg terkenal tu. Dah masuk JJCM sebelum puasa hari tu.
DeleteDepan Masjid Keramat tu pula kedai nasi ayam Mash tu juga popular w/pun saya lebih suka nasi ayam yg di tepi pasar keramat tu.
Jemputlah ke situ bila JunAina ada masa.
saya tak pernah tengok pun kuih ni.. apatah lagi makan!
ReplyDeleteKalau mcm tu kenalah cuba rasa. Utk awak berdua beli 2 hinggit mula2 ni cukuplah .... ngeeee
Delete1st time dengar nama kuih ni, makan, soheh la belum pernah!
ReplyDeleterasa dia macam makan tart nenas ke YB?
Eh tak sangka ramai juga yg tak pernah dengar nama kuih ini atau menikmati keenakannya.
DeleteRasanya lemak2 kerana tepung itu dibancuh bersama dgn kelapa. Intinya pula manis kerana baru dibuat - homemade lagi.
Cubalah utk tahu.
Nampak mcm sedap.tapi saya tak pernah mkn kuih ni.kat kelantan ni takde kot.
ReplyDeleteLink blog anda ada dlm blog list saya yer.
Nak tahu sedap atau tidak kenalah rasa sendiri. Kebanyakan org yg dah merasa kuih gandus ni kata sedap. Sebab itu org sanggup beratur utk beli. Kebetulan masa kami beli beberapa hari lepas org tak ramai. Elok lepas kami beli, org datang menderu.
DeleteKat Kelantan mungkin belum ada lagi kuih ni. Tapi kuih Kelantan banyak terdapat di pasar Keramat .... ngeeee
Terima kasih linkkan blog saya dgn blog popular Cikgu.
tak pernah rasa la yb...
ReplyDeleteKenalah pergi ke Pasar Keramat bila ada masa utk beli dan rasa kuih gandus ni ...
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteRakan saya pernah cari kuih ni utk saya rasa selepas TV3 promosikan pakcik ni...tapi yg pakcik ni blm makan lagi. Bila YB nak bawa sebungkuih ke Bangi ni?
waalaikum salam anyss.
DeleteRakan awak tu belikan kuih ini yg kat mana? Ada beberapa tempat yg jual kuih ni termasuk di pasar2 malam tapi tak sama dgn yg pakcik ni buat. Ini yg original. Dia dah mula berniaga sebelum anyss lahir lagi .... ngeeee.
Nanti kalau ada peluang saya bawa kuih ni bila berjumpa anyss.
Heyyyy saya pernah ambil gambar Kuih Gandus ni dan acuannya masa saya pegi Pasar Keramat dulu.! Tapi masa tu belum jadi penulis blog, dan gambar tu masuk moblog saja..
ReplyDeleteLama tak makan, lupa dah rasanya macamana.
Lepas ni boleh ke pasar keramat tu utk rasa semula kuih ni dan ambil gambar banyak2 utk masukkan blog azie. Boleh interview pakcik dan makcik ni sekali. Mereka suka berkongsi pengalaman bila ada org tanya.
DeleteTak pernah rasa dan jumpa kuih ni YB.nak kena cari jugak ni
ReplyDeleteWeekend ni bolehlah ajak suami ke Datuk Keramat. Tapi datang waktu tengahari sebab petang biasanya dah habis. Kalau datang pagi sangat pun mereka belum mula berniaga.
Deletemakan kuih ni dari zaman kecik2 lagi. sentiasa ada di sini.
ReplyDeleteSiapa yg selalu ke Pasar Keramat biasalah dgn kuih ni. Pakcik dan makcik ni pun tak pernah pindah ke tempat lain sedari dulu lagi.
DeleteNieda tinggal di Datuk Keramat ke?
xpernah cuba ooo
ReplyDeletenak try gak ah
try jangan tak try.
DeleteKalau dah sampai Pasar Keramat tu calling2lah abg. Rumah abg tak jauh dari situ. 2 stesen LRT away aje.
Bulan puasa selalu saya ke keramat beli kueh so pernah lah beli kueh gandus tu....tapi saya tak berkenan sebab gandus yang asli hanya pakai santan je tapi gandus makcik tu ada letak inti nenas.
ReplyDeleteSaya suka gandus di pasar geylang..hah yang disini memang gandus asli .....kueh orang boyan yang sangat popular dan sedap tak berinti... dah letak inti memang tak asli.
Oh yg ori macam tu ke? Tak pernah rasa yg takde inti tu. Mungkin bila saya ke Spore bolehlah saya ke geylang utk cari gandus asli
DeleteTak pernah tahu dan kenal..Apatah lagi nak cuba makan. Nampak menarik kuih ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum Pakcik YB,
ReplyDeleteKuih Gandus pakcik mmg terbaik..sedap.berinti Nenas..sejak dari sekolah lg behenti singgah kat gerai pakcik beli kuih mmg best ni..Skrg dduk jauh sikit dr tempat tggal dulu di keramat jd sukar sikit utk ngap kuih tu..Kuih pakcik mmg best..tmpt lain xder..klu ade pun mungkin berinti kelapa manis..kurg enak.. X spt kuih yg pakcik buat..moga2 tradisi kuih pakcik bepjgan.