Semalam masa aku baru nak habis makan tengahari ada satu panggilan dari nombor hp yg tak aku kenali. Setelah aku jawab, ada seorang pemuda Melayu yang nak bercakap dgn aku. Dia cakap dia mewakili Gold Coast Resort di Sepang. Dia nak menjemput secara eksklusif kpd aku dan keluarga ke resort tersebut pada hari Sabtu atau Ahad ini.
Bila aku dengar mcm tu aku dah boleh agak ini nak suruh datang dengar mereka goreng lepas tu suruh beli pakej.
"Sebelum saya teruskan saya nak pastikan ini Encik Yunus ke?" kata mamat tu.
Dia yg call aku dia pulak yg nak pastikan betul ke tidak.
"Boleh bagi no hp Encik?" tanya dia memberi soalan cepumas.
"Nombor apa yg awak call tadi?" tanya aku balik.
Dia pun menyebut nombor hp aku. Akupun kata betullah tu.
"Sekarang saya nak terangkan program kami itu," dia menyambung setelah puas hati aku adalah Yunus Badawi! Ek alah.
"Program ini khusus untuk orang yg terpilih sahaja. Semuanya cuma ada 20 orang. Dan encik tak perlu membayar apa-apa untuk menyertai program ini," mamat tu cuba nak impress aku. Sikit pun aku tak impress.
"Mestilah free sebab awak yang jemput saya kan? Takkan saya yg nak bayar pulak?" soal aku kepada mamat tu. Mamat tu tergamam dengan soalan aku itu.
Selepas itu mamat tu pun merapu macam2.
"Kalau Encik datang program kami hujung minggu ini kami akan memberi satu baucer penginapan 2Hari/1Malam di Gold Coast Resort," sambung dia penuh semangat seolah2 aku kena hadiah pertama cabutan Skim Simpanan Premium.
"Boleh tak saya gunakan baucer itu untuk penginapan pada hari Sabtu ini kalau saya datang dengar taklimat awak tu?" tanya aku.
"Maaf Encik. Baucer ini tidak boleh digunakan semasa cuti sekolah ini. Ianya boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan mulai Januari depan," balas dia.
"Kalau saya nak guna masa cuti Tahun Baru Cina boleh tak?" tanya aku ingin kepastian kerana biasanya macam2 syarat bila mereka beri baucer mcm ni.
"Baucer ini tak boleh digunakan pada hari cuti dan hujung minggu," balas dia seperti membaca skrip.
Aku dah agak dah. Kalau baucer free ni hari biasa saja boleh digunakan. Orang ada anak2 yg bersekolah ni takkan nak pergi masa hari sekolah.
"Itu macam tak ikhlas nak bagi. Saya kalau baucer macam tu biasa saya dapat tapi akhirnya terbazir begitu saja sebab tak boleh gunakan masa hujung minggu atau cuti sekolah. Saya pernah dapat baucer dari Swiss Garden Hotel dekat Lumut dan juga Berjaya Resort di Tioman. Buang gitu aje baucer2 tu," kata aku panjang lebar.
"Jadi Encik tak nak datanglah?" tanya mamat tu.
"Takdelah. Banyak kerja lain lagi saya hujung minggu ni. Kalau saya ke sana sapa nak bayar duit minyak dan duit tol saya? Bukannya dekat Sepang tu?" kataku mengakhiri perbualan.
Ingatkan bolehlah bawa keluarga bercuti free cuti sekolah ni tapi akhirnya buat buang masa aku dan buang air liur aku aje .... huhuhu
Kekadang best gak layan diorg ni bang. Esp masa tgh relax2 tunggu budak blk skolah ke kan. Skill kelentong tu yg nak blajar tu...
ReplyDeleteKalau tengah takde kerja best juga layan mereka ni. Kadang2 saya rasa kesian budak2 yg disuruh cari pelanggan melalui tepon ni.
DeleteAnak saya pernah kerja mcm ni lepas habis SPM dulu. Gaji tak dibayar sehingga bulan ketiga tapi kebanyakan mereka akan cabut selepas sebulan atau dua. Kira kerja free ajelah. Dahlah kerja tak dapat gaji, kena sergah pelanggan berbakul2 .... huhu
Ingatkan Gold Coast Ostolia tp awat semalaman shj.. :)
ReplyDeleteErr tak sangka Tuan Yunus tu sinis jg.. Tp skill & courage for cold-calling tu yg mahal, sy blm hebat lg bab2 call ni.. Nervous sokmo bila dgr suara org asing for the 1st time.. Huhu..
# Tuan, andai dpt free package ke Gold Coast Ostolia blh pass ke sy ye.. Jgn membazir.. ^_^
- sy
Kalau Gold Goast Ostolia lagilah tak berbaloi nak ke sana dengar taklimat tu melainkan awak ikut sama! .... hehehe
DeleteMamat tu nak cari makan. Jadi nak tak nak kenalah beranikan diri buat cold calling tu. Nasib baik saya tak sergah dia lebih2.
# kalau dpt free package ke Gold Coast ostolia pita pergi sama nak?
dulu pernah terkene. depa duk jual pakej kad apa tah. bila kita tak nak beli.. hujung2 depa suh byr rm30 pun blh dpt kad tu. tak kuaser acik nak membayornye.. rm30 beli deghoyan kenyang 1 family.
ReplyDeleteBetul tu. Tengah musim ni RM30 banyak boleh dapat deghoyan tu.
DeletePakej ni kalau kita ambil mungkin mula2 aje semangat nak guna. Last2 bila kena mcm2 syarat kita pun malas nak pergi. Duit habis gitu aje beli pakej tu .... huhu
Rajin betul YB melayan cakap..hihihih
ReplyDeleteKalau saya, dia bagitau dari mana, mmg saya dah terus letak fon! haha
Itu menunjukkan saya takde kerja lah tu ..... hahaha.
DeleteKalau saya ada kerja biasanya saya cakap kat mamat tu tak payah buang masa dia dan masa saya. Tapi ada juga yg minta nak call lagi pada masa yg lain.
saya penah dapat jugak. pegi walau weekdays pun! maklum, anak takde yang sekolah...heheheh!
ReplyDeleteItu untungnya anak takde yg sekolah ni .... hahaha
DeleteLain kali kalau kita sama2 dapat bolehlah kita pergi sama .... wakaka
aku selalu gak dapat call macam ni. susah nak percaya...
ReplyDeleteBila dapat call mcm ni memang mereka nak buat tele marketing lah tu. Mana ada 'free lunch'?
DeleteSaya lagi best...tetiba tadi saya dapat sms dari shell konon tapi guna no hp...kata nya saya menang rm15,000
ReplyDeleteSebab sim kad saya dipilih sebagai pemenang, boleeeh? lepas tu suruh saya call balik no hp yang dibagi tapi lain dengan no yang diguna kan untuk sms saya...boleh percaya ke tapi tak pe kita call je...suara yang menjawab tu suara indon pastu nak suruh kita masuk kan dulu duit ke akaun dia...saya apa lagi menghamun lah dia...relax je dia jawab...orang malaysia yang bodoh! Senang sangat percaya jadi dia cuma ambik peluang je...kurang ajar tak? Bila saya kata nak lapor polis dia boleh cakap dia tak takut...rasa macam nak empok je kepala dia kalau ada depan mata.
stres je budak yg kol YB tu kan?hehe
ReplyDelete