Saturday, December 15, 2012

Grill Salmon Kedai Mamak

Pagi tadi aku dan emak Adam bercadang nak bawa anak2 bersarapan lontong Jawa di Keramat. Tapi bila hujung minggu ni biasalah budak2 tu. Lepas Subuh tidur semula. Janji nak pergi pukul 8:30 pagi tapi semua dok tarik selimut lagi. Bila tengok mereka sedap diulit mimpi aku pun ikut tidur selepas mengerjakan solat Dhuha. Bila aku bangun dah pukul 10 lebih. Nak pergi makan lontong pun dah lambat dah.

Akhirnya kami brunch aje di kedai mamak berdekatan. Roti canai pun dah habis masa tu.

Anak2 aku dok order maggi goreng. Emak Adam pula order bihun goreng manakala aku mee goreng mamak. Nak makan nasi takut berat sangat sebab sebelah petangnya kami ada jemputan harijadi di rumah jiran depan rumah.

Selain daripada maggi dan mee goreng kami juga order grill salmon. Kalau dulu nak makan grill salmon ni kami ke Victoria Station atau restoran2 yg sewaktu dengannya. Tapi ada orang beritahu makanan di sana diragui halalnya.

Sekarang ni makan salmon di kedai mamak ajelah.


Ini dia grill salmon tu. Sedap juga rasanya

Sambil makan itu aku beritahu Haikal tahun depan dia boleh ikut ayahnya memancing salmon.

"Kat mana tu ayah?" tanya Haikal teruja.

"Kat Kanada!" jawab aku.

"Nanti tahun 2014 ayah nak bawa Haizam pula ke Brazil tengok World Cup!" sambung aku.

Mimpi ajelah. Inilah kalau tidur lepas Subuh ..... huhuhu

21 comments:

  1. wow!!! mamak pun ada grill salmon..ni mamak mana YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg takde kat mamak. Selain menu biasa kedai mamak, sekarang dah ada western dan tomyam.

      Ini dekat dgn rumah saya. Bolehlah kita ngeteh kat situ bila doc dtg sini.

      Delete
  2. YB ni awat asyik dok cerita pasai ikan...
    baca ikan salmon teringat depa naik ke sungai nak berteloq, teruih teringat teloq ikan mayong.... sedih tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooopss maaf kalau entri ini dan entri teloq ikan mayong tu mengganggu ketenangan makchaq. Takde niat saya nak buat makchaq terliuq.... ngeeee

      Kalau kita ada kat tempat omputih yg mana ikan salmon ni naik berteloq kan best. Tunggu situ aje utk tangkap ikan2 ni.

      Delete
  3. Mak aiihhh mamak pun dah ada grilled salmon?? *kagums*
    owhhh how me miss salmon..
    Aiisshhh xleh jd ni, balik ni kena jg cari & grill sendiri..

    # nampak sungguh kuning & kering ..?

    - m3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamak pandai mengikut selera pelanggan. Itu sebab kedai mereka sentiasa penuh. Selain makanan pelbagai jenis mereka juga letak tv skrin besar. Masa Malaysia lawan Thailand baru2 ni kedai mamak penuh tapi kedai makan org kita kosong sebab takde tv.

      Kalau awak beli salmon dan grill jgn lupa ajak saya makan.

      Kering dan kuning tu sebab slice dia tak tebal sangat. Nak untung lebih lah tu mamak ni .... huhu

      Delete
  4. wooo... terasa berkulit putih la kat mamak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala rasa berkulit putih apa salahnya... hehehe

      Delete
  5. YB, ikan tu nak macam ikan merah goreng jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya tak jauh beza dgn ikan merah goreng Izni tapi rasanya jauh lebih sedap .... cewah (sebab harganya lebih mahal huhu)

      Delete
  6. sedap tu YB. di pekan2 kecil mcm Tanah Merah, kelantan pun dah ada western cuisine mcm tu...YB lg la biasa mkn mcm tu masa di US kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Tanah Merah taklah kecik sangat. Kira ok juga tu. Sykt tempat lama saya kerja dulu pun ada 2 buah stesen di sana. Kalau pekan kecik biasanya satu saja atau langsung takde stesen langsung.

      Di US dulu kalau nak makan western food biasanya kena masak sendiri sebab tak semua kedai menyediakan makanan yg halal. Di Malaysia lebih senang nak makan western food daripada di sana .... hehehe

      Delete
  7. Baru saya tahu mamak pun dah pandai masak grill salmon, masa kat amerika dulu ikan salmon ni selamba je saya masak asam pedas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak juga kedai mamak yg ada jual grill salmon rasa saya. Steak pun ada kalau nak.

      Kat Amerika dulu ikan salmon ni murah aje. Kami org2 bujang lelaki ni takdelah pulak buat masak asam pedas sebab tak pandai nak masak .... huhu

      Delete
  8. rasanya saya tak pernah jmpa lagi kedai mamak ada makanan ala2 western ni..hebat la..hidup mamak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL ni dah banyak juga kedai mamak yg ada makanan ala2 western ni Zie. Mamak ni memang pandai nak cari pelanggan

      Delete
  9. Wah sedap nampaknya ikan salmon tu..Fav suami saya.. Saya tak berapa suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sedap dan rasa sedap. Memang patut suami Nur suka. Saya pun suka.

      Nur kenalah belajar menyukainya .... ngeee

      Delete
  10. ckp kt haikal xyah tungu taun depan nk gi Kanada, tahun ni pon boleh kat Pizza Canada Jalan Ampang jeee.. eHHHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yg bagus tu. Kat Pizza Canada tu ada salmon tak?

      Semalam saya bawa famili ke China ..... Chinatown di Petaling Street.

      Delete
  11. fuyooooooooooo kagum dgn anganan dalam mimpi itu
    moga mimpi jd kenyataan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails