Alangkah seronoknya jika kita ada duit lebih di hujung tahun ni. Tapi biasanya masa macam inilah kita akan kesempitan sebab banyak nak guna duit antaranya:
1) anak nak masuk tadika. Semalam bayaran pendaftaran, uniform dan buku2 utk Adam saja dah lebih RM800.
2) anak2 yg sekolah pula nak kena belikan pakaian, kasut dan beg baru sebab yg lama tu dah nak koyak. Budak2 sekarang ni kalau dapat guna sampai setahun tu kira dah oklah .... huhu
3) masa ini jugalah cukai jalan dan insuran kereta mati .... huwaaa
4) nak bayar hutang kad kredit sebab berbelanja sakan masa pergi makan angin semasa cuti sekolah
Eh dah kelaut pula. Tadi aku nak cerita lain sebenarnya.
Aku nak cerita penduduk di Jalan tempat aku tinggal ni ada mengutip wang untuk majlis pada bulan puasa dan hari raya. Mereka dah buat mcm itu sejak sebelum kami berpindah ke Jalan ini lagi. Memandangkan masih ada baki duit lagi, ada di antara jiran2 aku mencadangkan diadakan parti buah-buahan terutamanya durian dgn menggunakan duit tu. Mereka minta kebenaran menggunakan rumah aku sebagai tempat berkumpul sebab laman rumah aku yg lot tepi ini luas sikit berbanding rumah lot tengah.
Makanya pada malam Khamis baru2 ini satu majlis diadakan di rumah kami yang dihadiri oleh lebih 50 orang. Kalau datang semua jiran2 di Jalan kami ini mahu dua kali ganda jumlahnya.
Mari aku tunjukkan gambar2 yg sempat dirakamkan. Ada gambar yg tak berapa menjadi sebab waktu malam dan gunakan kamera hp aje.... hehehe
Di antara jiran2 yg hadir. Kebanyakannya membelakangkan kamera sebab segan nak masuk blog ... cewah
Makan selagi larat. Yang dah kenyang boleh bangun kasi kerusi kepada jiran yang lain ya .... ngeeee
Durian dibawa khas dari Jelebu. Lebih 70 biji rasanya. Ini sebahagian daripadanya. Rambutan, pulasan dan dukong pun ada (takde di dalam gambar ini)
Selain buah2an, bihun goreng, sukun, pulut dan roti juga disediakan. Atikah dan emak Adam memasak apam gula hangus, brownie dan cheese tart untuk para hadirin
Tampal satu2 gambar ni lambat pula. Nah ambik yg dah siap berangkai ni
Ini dia tuan rumah dan isteri tersayang. Ayah Adam kalau tak enter frame tak sah. Tapi dah ini blog dia, nak buat macamana .... hahaha
SERONOKNYA KALAU DAPAT KEJIRANAN MCM NI.YB TAK SAH KALAU X MENEMPEL..MAKLUM BLOG DIA ;)
ReplyDeleteSeronok tak terkata. Jiran2 di sini sama2 pergi surau, sama2 gotong royong, sama2 pergi makan angin.
DeleteWeekend lepas ada jiran lat 2 rumah mengajak jiran2 di Jalan kami ini sarapan pagi di rumah beliau.
Kiranya happeninglah tempat ni.
Memang si YB tu suka menempel. Nyampess .... hehehe
wahhh mkn fruits party!!!
ReplyDeletehihihih
Kami selaku tuan rumah tukang buka meja aje. Tak cukup meja, kami bentang tikar duduk bawah.
DeleteRasa nak tinggal aja di area rumah YB..hahaha
ReplyDeleteBolehlah doc pindah sini. Di taman ni pun ramai juga doktor kalau jemu kawan dgn org tak kerja mcm saya ni.
DeleteBaru2 ni ada org jual rumah tengah dalam RM550K. Small money aje tu bagi org kerja doktor ... hehehe
Memang nazak tau kalau ngam2 roadtax mati hujung tahun...hahaha
ReplyDeleteLesson learnt: jangan beli kereta baru pada hujung tahun sebab bila nak renew roadtax lepas tu mesti hujung tahun juga melainkan renew setiap 6 bulan .... ngeeee
Deletesemangat kejiranan yg sangat baik.. montel2 la penduduk jalan tu asik buat makan2 je hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah ini pun di antara rahmat Allah.
DeleteMemang dah ramai yg montel termasuklah saya ni sebab asyik makan aje .... ngeeee
Assalamualaikum,
ReplyDeleteCedapppnya durian yg mak adam pegang tu...nampak benar sangat segar. Yummm yummmm!
Waalaikum salam anyss.
DeleteDurian yg emak adam pegang tu durian kampung. D24 ada sikit aje. Semua durian tu baru gugur dan salah seorg jiran kami yg bersusah payah balik ke kampung beliau di Jelebu utk mengambil buah2 tu.
Seronok nya kalau dapat duduk dengan jiran2 yang saling bermuafakat....untung lah YB. Saya pulak berjiran dengan perkuburan islam kat TPG untung juga lah...untung sebab dapat pahala sebab hari2 lalau lalang sambil bersedekah ayat2 suci....ayat untuk sedapkan hati sebenar nya sebab jeles tengok kejiranan Yb.
ReplyDeleteSaya beritahu emak adam kami nak terus tinggal di sini w/pun ada jiran2 setaman yg pindah ke tempat yg lebih mewah bila rezeki mereka bertambah sebab kami suka duduk sini. Selain daripada aktiviti oleh jiran2 yg tinggal di jalan yg sama, kami juga ada banyak aktiviti yg melibatkan jiran2 seluruh taman perumahan ni.
DeleteBagus juga awak sering sedekah ayat suci kpd mereka yg telah mendahului kita. Bila awak dah tiada, nanti org lain akan balas kebaikan itu kpd awak pula.
wak pon tengok sungguh meriahh jugakkk.. ahHHKs
ReplyDeleteKemeriahan yg bermula dari selepas solat Isyak berlarutan sehingga tengah malam. Kalau tak kerana khamis tu ramai yg bekerja, mungkin ada yg balik lebih lewat lagi .... hehehe
DeleteKawasan kejiranan makchaq pun lebih kurang macam ni jugak..
ReplyDeleteMajlis berbuka puasa/raya/BBQ/sukan kampung/bazar pagi/hari keluarga/lawatan dan rombongan..macam2 idea orang2 kuat kawasan.. tapi makan2 la agenda paling utama...
Best kan mcm tu. Org kata kita yg duduk jauh dari sanak sedara ni jiran2lah yg menggantikan sedara. Kalau kita rapat dgn jiran2 senanglah.
DeleteHuwaaa! Bestnya banyak durian. Nddak ada lagi ka tu? Haha tetiba keluar bahasa Sabah. Amboi. Mak tahan pulak eh bau durian banyak2 tu?
ReplyDeleteMemang best sangat2. Sampai tak habis makan. Masing2 bawa balik 1-2 biji setiap keluarga. Masih ada lagi. Semalam ada 2 biji tapi sudah dimakan sebiji. Yang sebiji tu tak dikupek lagi.
DeletePasal emak tak tahan bau durian tulah buat kenduri tu kat taman. Itu pun emak pening2 .... hehehe