Monday, December 17, 2012

Beli Kereta Baru Macam Beli Sayur

Pagi ini aku pergi servis CRV aku. Sepatutnya 105,000 km hari tu dah kena pergi hantar servis tapi kerana keadaan kewangan kurang memberangsangkan aku 'tarik' sampai dah 116,000 km baru hantar servis. Minor service tak kritikal sangat. Sekadar tukar minyak hitam dan buat pemeriksaan.

Semasa menunggu anak aku mengambil aku balik aku tengok kereta2 Honda yg dipamerkan di showroom di situ. Bila terlihat CRV baru di situ mulalah aku berkhayal nak tukar kereta aku.



CRV yang baru ini berharga RM146K OTR tak termasuk insuran.


CRV yg aku gunakan sekarang cuma RM133K masa dibeli 34 bulan lepas. Ambil pinjaman 9 tahun. Bermakna ada lagi 6 tahun lebih baru habis hutang. Kalau ambil yang baru ni tahun 2020 pun tak habis bayar hutang. Kesimpulan tak payah mengada nak tukar kereta! huhuhu

Sementara aku terpaksa melupakan hasrat murni (murnilah sangat tu) aku, ada pula sepasang suami isteri pertengahan umur berbangsa Melayu melihat Honda Jazz Hybrid sambil dibantu oleh jurujual di situ.

Si-suami mencuba tempat pemandu sebelum suami isteri itu melihat sekeliling kereta tersebut.




Cantik tak Jazz ni? Sebuah cuma RM87K

Setelah melihat lebih kurang, suami isteri ni pun kata jadi nak beli. Senangnya nak beli kereta berpuluh2 ribu ringgit. Aku rasa mereka nak belikan untuk anak mereka.

Untunglah anak mereka tu. Ada sesiapa nak jadi menantu mereka ke? .... hehehe

23 comments:

  1. makcik wife saya, lagi senang beli kereta..gi showroom, tengok lebh kurang, berkenan...terus bayar cash.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah bukan setakat macam beli sayur tapi beli jajan.

      Makcik wife Dr tu ada anak pompuan yg belum kahwin tak? ... hahaha

      Delete
  2. Saya 'cemburu' lihat CRV tuan yg sedia ada..
    Belum sempat sy sambar satu, tuan dah nak sambar yg baru.. Murah rezeki tuan & kita semua hendaknya..

    p/s : Moga kali kedua memasukki Honda showroom itu merupakan saat sy menempah sebuah CRV buat diri sendiri.. Amee~

    - sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemburu utk kebaikan takpe. Saya tahu awak sedang berusaha utk mendapatkan CRV baru utk diri sendiri. Kalau awak gandakan sales utk suku pertama tahun depan rasanya sudah memadai utk sambar sebijik .... hehehe


      Amiin. Semoga murah rezeki kita semua termasuk sesiapa yg membaca entri ni.

      Delete
  3. Berkenan tak semestinya memiliki kan? Ada rezeki lain kali boleh la amik yang tu pulak..inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat berkenan tapi tak memiliki mcm syok sendirilah kiranya .... huhuhu.

      Insya Allah ada rezeki kita beli kenderaan yg sesuai utk diri kita.

      Delete
  4. saya mampu pakai kete buatan mesia saja
    tu pun sekenhen punye
    hihihi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun pakai kereta secondhand jugak.

      Yang ini boleh pakai yg baru sebab kompeni yg bayar ... ngeeee

      Delete
  5. Apa class tukar CRV sama CRV... Kasi up sket la YB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah takde kelas tapi sekurang2nya barulah sikit kereta tu. Kalau ada duit lebih bolehlah sambar X5 sebijik .... cewah

      Delete
  6. pakai alphard la.. ehh~ hehehe..
    iyra nye debab da 6079km.. patut 6000km kne g 2nd service..
    huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alphard utk bawa famili sesuailah. Kalau nak pergi kerja atau pergi tapak projek mcm kurang sesuai aje.

      Baru lebih 79km aje. Oklah tu. Dah berapa bulan pakai si debab tu?

      Delete
  7. Honda Jazz Hybrid itu adalah idaman dan impian.
    Start tahun lepas dh buat research.
    Kereta bakal dibeli mungkin 3 tahun lagi.
    hahaha

    jadi,nnt gi showroom jadilah mcm suami isteri tu.
    Trus beli jer.heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honda Jazz Hybrid ini saya difahamkan kereta hybrid pertama dipasang di Malaysia.. Setakat itu saja yg saya tahu sebab saya tak buat reserach mcm mendatak hijau. Tentu banyak lagi infomasi berguna yg telah awak dapati daripada kajian tersebut.

      Nak tunggu 3 tahun lagi baru nak pergi showroom takut dah ada kereta lain yg lebih canggih dan murah. Tapi niat nak buat mcm suami isteri tu memang saya tabik!

      Delete
  8. kami mampu pakai cap malaysia je :)
    ikutkan nafsu memang minat benor dgn kereta cap orang luar..hhaha
    tapi bila masuk kereta sendiri.. syukur dah..tgk kat luar..sian org lain duk naik motor je..dah hujan..bawa anak lg...teringat pula mase zmn naik motor dulu..dah merasa dah..moga mereka yg naik motor tu Allah lebihkan rezeki buat mereka..

    Nak tunggu anak besar..suh dia beli kereta cap orang luar..nak merasa naik..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cap Malaysia pun kereta juga. Kami pun pakai kereta cap Malaysia juga sebelum kompeni beri guna yg cap H tu .... ngeeee

      Kereta luar tu jadi mahal sebab cukainya tinggi. Kalau kerajaan kurangkan cukai tentu lebih ramai org mampu beli.

      Saya pun kesian tengok org naik motor kena hujan terutama bila mereka bawa anak kecil. Tapi buat masa ni itu saja yg mereka mampu agaknya. Insya Allah satu hari nanti bila dilebihkan rezeki mereka bolehlah beli kereta pula.


      Insya Allah bila anak ieda dah besar nanti bolehlah beli kereta cap org luar pula.

      Delete
  9. emm 'kuda besi' saya tu lagi 2 tahun baru abis bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa ambil pinjaman utk berapa tahun? 2 tahun taklah lama sangat lagi berbanding kuda hitam saya yg ada lagi 6 tahun lebih tu.... huhu

      Delete
  10. hooh? bila ayah aku nak macam tu... gune je ler apa yang mampu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan kita tak seuntung 'budak tu' yg ada ayah kaya raya. Tapi bersyukurlah sebab kita masih ada ayah.

      Delete
  11. Suami saya pakai CRV yang ada tu jelah, malas nak tambah2 hutang lagi, tunggulah sampai dah buruk baru tukar yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CRV dia dan CRV saya mana yg lebih tua? Saya punya dah nak masuk 3 tahun. Org kata kalau ada rezeki elok tukar sebelum 5 tahun sebab selepas jangka masa itu kereta lebih kerap meragam .... huhu

      Delete
  12. yg baharu ni lbh cantik dan lg murah ..sy dh jatuh suka , tp tak kan nak tukar ..mcm beli sayur ???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails