Semalam semasa aku memberi komen di wall fesbuk rakan fb aku yg bernama Rizan Daud atau lebih terkenal dgn panggilan Riz Ardy tentang rancangan nak ke dusun durian ayah angkatnya di Jerantut dia balas memberitahu rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana ayah angkatnya sudah berangkat ke Kelantan sebelum pergi mengerjakan umrah. Takkan nak redah dusun orang tua tu masa dia takde. Nanti orang2 kampung ingat kami nak mencuri durian pula.
Sebagai alternatif, Riz mengajak aku makan durian di gerai durian berhampiran rumah aku. Dia meminta aku mengajak 3-4 orang lagi rakan fb kami yg tinggal berhampiran rumah aku ni. Aku dapat menghubungi dua orang melalui fesbuk dan kedua2 kata ok. Makan durian ok sajalah
Malam tadi selepas Isyak kami pun ke tempat menjual durian berhampiran bank CIMB Setiawangsa. Kalau tak cukup duit senang nak jolok kat ATM ... hehehe.
Aku parking betul2 depan tempat menjual durian tu. Dulu ada orang beritahu kalau nak beli durian tepi jalan jangan letak kereta dekat dgn penjual tu sebab nanti dia cas lebih terutama bila dia nampak kita datang dgn kereta besar. Bagi aku kalau penjual tu nak cas, tak kira datang dgn kereta mewah atau motor kapcai dia tetap akan tekan harga.
Durian pelbagai jenis yang terdapat di gerai itu. Semua dijual menggunakan timbang. Tak main kira biji sebab durian elok kononnya
Antara jenis yg terdapat di situ. Chokiok ni kali pertama aku dengar. D24 dan 101 tu biasalah
Ini Musang King yang menjadi sebutan. Sekilo RM24
Yang ini pula durian Kaset (sebelah kiri) dan D95 ke atau entah D berapa
Yang hensem berbaju belang tu Riz. Di sebelahnya Ir Pak Engku Khalid, jutawan yang low profile.
Makan durian tak ingat kolesterol
Kalau korang tanya antara banyak-banyak durian tu yang mana paling sedap nescaya aku akan kata semuanya sedap sebab malam tadi makan durian percuma. Riz yang belanja. Bila free, semua sedap!
Durian chokiok first time dengar..
ReplyDeleteMusang King RM 24 tu harga KL area ye..? Di Pasar Payang RM 15, di Chukai RM 9 masa ayah Hj sy dtg 2 minggu lepas.. :)
p/s : YB bila nak belanja sy musang king ? Ngeee~
Oh awak pun tak pernah dengar durian chokiok tu ke? Jadi taklah saya terasa ketinggalan sangat ... ahaks
DeleteMusang King RM24 tu harga kat Setiawangsa. Situ kan tempat org kaya2. Kalau kat Keramat mungkin murah sikit. Tapi harga di Ganu tu memang ok sangatlah tu.
Jumaat ke Sabtu nanti bolehlah awak bawa kami pergi makan durian. Kami bayar takpe.... hehehe
kadang yg murah rega musang king tu ada yg tipu...sy tgh nk cari gak ni utk taste pertama kalinya musang king
ReplyDeleteBagi kita yg tak kenal durian ni memang penjual yg tak bertanggungjawab akan cuba kelentong. Dia kata musang king tapi musang kemana king kemana. Dia bagi durian jenis D tapi cas harga mahal .... huhu.
DeleteKalau nak rasa juga musang king tu mungkin bawalah kawan yg biasa dgn durian atau pergi tempat yg dah biasa jual durian yg tak menipu.
selamat menikmati musang king.
Ohhh..itu la rupanya Ir Pak Engku Khalid...selalu jugak nampak namanya mengomen di FB YB....jutawan ya...hihihi
ReplyDeleteItulah dia orangnya. Beliau mempunyai sykt konsultant M&E dgn dua buah pejabat - di Setiawangsa dan di Kajang dan mengaji berpuluh2 org kakitangan termasuk jurutera dan juruteknik Melayu. Projek sykt beliau di seluruh negara. Malam tadi beliau beritahu syktnya dilantik utk menjadi konsultant projek Balai Polis Setiawangsa yg baru.
DeleteBeliau juga banyak menderma utk surau dan masjid. Semasa surau tempat kami baru nak didirikan dulu, beliau antara yg paling banyak menyumbang.
Bila free, semua sedap.. hahaha...
ReplyDeleteTeringat masa singgah kat tepi jalan kat area Bentong hari tu.. Masa tu singgah nak beli nangka madu.. Tup2 orang tu offer makan durian free termasuk musang king... Saya dgn anak buah tak makan sbb kurang suka durian.. Tp mak saya dgn abang saya dok makan jugak la walaupun masa tu masing2 sakit tekak + batuk..
Pastu, sayapun cakap la kat dorang.. Kalau free, sakit semua tolak tepi.. Nampak sangat nak benda free je... hehehe...
Kalau free yg tak berapa sedap pun jadi sedap ... ngeee
DeleteBaik sungguh org tu beri durian termasuk musang king secara percuma. Mungkin dia suka tengok Cik Azz kot .... hehehe.
Setahu saya kalau sakit tekak + batuk tak elok makan rambutan. Makan durian pun tak boleh ke? Kena pula dapat durian free. Sapu ajelah. Sakit tanggung kemudian ..... huhu
Rasanya mcm blh agak di mana..klu tk silap,maybe cik azz ni singgah di gerai kami Nangka Madu 916.Bila musim durian,kami mmg selalu bg pelanggan makan..tp bukan semua la..kami akan beri pd pelanggan sementara tunggu buah nangka dikupas dan ketika pelanggan tidak ramai..:)
Deletejemput singgah : http://www.nangkamadu.com/
mcm2 ada termasuk kerepek nangka,mangga,epal dan salak.paling hot kerepek nangka..;)
like fanpage :www.facebook.com/NangkaMadu916
wah lain kali saya pun nak singgah di gerai nangkamadu916 ni lah. Boleh menikmati pelbagai buah2an dan hasil daripada buah.
DeleteUntung2 boleh dapat diskaun .... ngeee
mitos jgn parking dekat dgn penjual tu ade betulnya.
ReplyDeleteAi selalu g carik mkn tengahari kt housing area ni. ade satu makcik ni, klu Ai parking kt depan kedai mmg kena harga lebih mahal punye. tp kalau Ai park jauh2 n jln kaki je mesti murah rm1. pelik tp itulah yg Ai alami. hihiih
Kita nak panggil perkara tu mitos atau teori?
DeleteTapi menarik kisah Yati ni. Yang saya musykil takkanlah makcik tu tak kenal muka Yati. Dia bagi murah RM1 tu sebab kesian tengok Yati jalan kaki kot. Cuba lain kali Yati tanya dia kenapa harga makanan berbeza.
Makan durian beramai-ramai mmg happening lah.... paling best kalau free....ekeke
ReplyDeleteBetul tu. Kena ahli keluarga sendiri tak gemar makan durian. Dapat kawan2 utk sama2 makan durian sungguhlah menyeronokkan..... terutama bila ada nak cepat2 nak bayarkan ... hehehe.
DeleteKat gerai2 di Relau menuju ke Balik Pulau tu banyak lagi ke durian najwa? Yang cap kaki, cap tangan dsbnya tu?
As salam pekenalan...aritu 2/12/2012 ofis suami buat gathering...hari keluarga Sektor la konon...buat event kat Chenor (we all tinggal di putrajaya) kat kampung salah sorang pegawai...bila balik rumah suami sy kempen punya la baik..dia kata durian kat kg pegawai ni best, sedap, manis, pahit2 dll...sbb tu buat event kat situ...boleh mkn puas2..so dia persuade kita org join (actually ada jemputan anak sahabat baik kawen kat IPG Kampus Islam Bangi)selepas timbang tara tolak campur kita org pun pegi Chenor...hrmmm...durian muda...mentah...keras...tak berbaloi...tapi mkn tengah hari menu sngat sedap...ikan patin sangkar, sayur maman jeruk, sambal tempoyak, ayam kicap, ikan masin, dll...superb...terubat gak hati...
ReplyDeleteWaalaikum salam Puan. Salam kenal w/pun tak dapat nak kenal sebab Puan guna Anon. Takpelah mungkin lain kali boleh kenal lebih rapat lagi. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni.
DeleteKelakar juga cerita tu. Mesti suami Puan malu malu alah bila durian yg dikempen2kan tu tak seperti yg digambarkan. Tapi setahu saya durian Pahang yg best di Bentong dan kawasan sekitarnya. Kat Chenor jarang dengar tentang durian yg femes.
Pergi area sana kalau tak makan ikan patin tak sah. Org yg tak berapa suka makan ikan sungai mcm saya ni pun tergoda dan berselera bila makan laut ikan patin.
Durian walau apa pun jenisnya tetap ada kelebihan tersendiri.
ReplyDeleteSetiap jenis durian mempunyai rasa yg berbeza. Lain org suka jenis yg berlainan. Yang tak berapa sedap durian belanda ... hahaha
Deletesedap ke durian tu?.. hahaha..ada yg nak ketuk ye, YB :)
ReplyDeleteDah lama tak makan durian dekat 3 thn juga.Biar betul?..pantang ke?..taklah,..dah tak lalu..hehe...takde genglah nak makan durian,kat rumah ni saya sorang je suka mkn buah..yg lain suka tengok je :)
best tak durian musang king?..saya lebih suka makan durian kempung je..durian kaset kot..isinya yg tak berapa tebal..durian jenis tah berapa banyak D pun saya tak makan..durian tembaga pun sedap..
Kami makan 3 biji malam tu semuanya sedap. Bukan saja pasal free tapi memang rasanya sedap. Bukan niat nak ketuk tapi Riz memang suka belanja kengkawan. Saya nak tolong bayar dia tak nak .... ngeee
DeleteDah lama ieda tak makan durian kalau dah sampai 3 tahun. Kat rumah ni pun anak isteri tak suka sangat makan durian tapi boleh dikatakan setiap musim saya akan tetap merasa durian. Tak banyak, sikit tetap merasa. Kadang tu kawan bawa ke rumah utk makan sama2 di laman.
Musang King tu memang best tapi harganya agak mahal. Tak tahulah samada berbaloi dgn harga tu. Durian tembaga all time faberet
pandai YB..yang ada vitamin F mmg sedap
ReplyDeleteDurian tu memang dah sedap tapi bila ada vitamin F tu bertambah2 sedapnya .... ahaks
Deleteyang datang pakai motor kapcai tu setuju!
ReplyDeleteNak pergi makan durian dai pakai motor kapcai utk dapat diskaun. Kat rumah dia ada Mercs atau BM .... ngeee
Deleteaah lah chokiok tuu x pernah lak dgr nyee ..
ReplyDeletesaya nie D24 tuu pun x pernah makan sbb durian yg ada di kg saya
rasanya lebih hebat rasanya dari D24 tuu ..
durian tembaga !
Penjual tu kata chokiok tu pun dari Pahang. Nanti kalau saya ke sana saya nak tanya org sana tentang chokiok tu.
DeleteWah untunglah kalau ieda ada pokok durian tembaga. Saya pun suka durian tu. Masa kecik dulu ada 2 batang pokok durian tembaga dekat rumah saya. Isinya memang terbaeeekk
patutlah sedap sangat ... kalau tak sedap pun kenalah cakap sedap ..
ReplyDeletedurian kaset tu durian yg takde biji ke YB...
Memang sedap tak tipu. Kami pula dihidangkan dgn jenis yang mahal. Kalau diberi durian kampung pun kata sedap sebab free ngeeee.
DeleteDurian kaset tu satu pangsa cuma seulas. Jadinya panjang2 setiap ulas tu spt dlm gambar tu. Biji ada yg saiz biasa dan ada yg kecik bergantung kpd pangsa.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteminggu depan nak pecahkan tabung, pi makan durian jugak lah...
Waalaikum salam anyss.
DeleteBanyak ke nak makan durian minggu depan sampai nak pecahkan tabung? .... huhu
Bila lg nak mkn durian free? Nak rasa gak sedapnya duyan free tu jgn lupa ngajak ye?
ReplyDeleteDah kebetulan ada yg mengajak tu saya pun pergilah tumpang makan sekali. Kalau nak ajak emak Adam dia tak berapa suka makan durian.
DeleteTakkan saya dgn Eja aje pergi makan durian. Nanti org kata skandal pulak ..... hahaha
saya kene rasa durian paling sedap di dunia tuh! kena rasa!
ReplyDeleteso siapa nak bawak saya makan durian paling sedap tuuuu? ;D
Kalau nak rasa durian tu kenalah datang cepat ke sini. Setakat GB sorang saya pun boleh belanja ... ngeeee
DeleteRumah saya ada pokok durian....tak lah banyak hanya 3 pokok je yang lain2 sudah ditebang masa nak buat rumah....bila kita ada pokok, anak anak pulak tak pandang....kadang2 tu langsung tak cuit pun cuma yang sulong je makan itu pun setelah dijadikan tempoyak. Selalu nya saya hantar kat rumah ipar duai atau ajak kawan2 datang makan.
ReplyDeleteBiasanya bila dah ada pokok sendiri mcm tu lah jadinya. Dah tak heran. Dulu masa saya budak saya ada juga bermalam rumah arwah Hj Selamat bila musim buah. Ada pokok2 durian dan rambutan di sekeliling rumahnya. Bila dah banyak buah durian tu, yg tak elok sikit tu kami buang aje. Kira eksenlah tu .... hahaah
DeleteLain kali kalau awak takde siapa nak ajak masa musim durian bolehlah ajak kami .... ngeeee
Salam.en yunus ada contact person tak. Sy bercadang nak beli banyak untuk majlis makan durian hee3. Jikalau ada boleh send.ke no tel sy 0192678973.. terima kasih.
ReplyDeleteSalam.en yunus ada contact person tak. Sy bercadang nak beli banyak untuk majlis makan durian hee3. Jikalau ada boleh send.ke no tel sy 0192678973.. terima kasih.
ReplyDelete