Semalam 29 Nov 2012 genaplah 25 tahun perkahwinan aku dan emak Adam. Kiranya ulangtahun jubli perak.
Aku tak sempat nak buat entri di blog ni semalam. Sekadar buat status di fesbuk. Terima kasih kepada rakan2 yg mengucapkan tahniah dan mendoakan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kepada yg tak sempat aku nak balas komen mereka tu, aku minta maaf.
Sebenarnya tiada majlis sambutan khas dirancang utk anniversari kami kali ini sebab anak2 perempuan kami takde di rumah. Tak seronok pula buat sambutan bila mereka takde.
Selepas masuk tarikh 29 Nov aku mengucapkan "Happy Anniversary" kepada emak Adam. Begitu juga dia. Kami berdoa agar kekal bahagia hingga ke syurga. Syahdu suasana di malam hening. Emak Adam mengeluarkan album gambar2 perkahwinan kami 25 tahun yg lalu. Aku nampak belia betul masa tu. Slim dan hensem hahaha. Emak Adam masih ingat aku pakai seluar saiz 28.
Adam yg belum tidur ketika itu ikut melihat gambar2 tersebut. Bila dia nampak gambar aku sedang melafazkan ijab kabul, dia bertanya kpd emaknya, "Orang ni buat apa mak?"
Emak dia gelak besar sebelum menjawab, "Itulah ayah adik."
Sedang emak Adam melayan kerenahnya melihat gambar2 tu aku memberi emak Adam hadiah utk anniversari kami kali ni - sebongkah perak seberat 1 kg.
Dia tak sangka aku nak beri perak tu. Dia ingat aku nak belikan cincin emas. Kerana ini sambutan jubli perak perkahwinan aku rasa eloklah aku belikan dia perak.
Aku kata kalau panjang umur nanti aku belikan sejongkong emak bila sampai masa jubli emas.
Kalau jubli intan aku akan belikan dia intan seketul. Emak Adam sambil berseloroh berkata masa tu kami berdua dah takde .... ngeeee
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 25 ye YB..moga terus bahagia hingga ke syurga..
ReplyDeleteada tak gambar bongkah perak 1kg tu? tepek la...hihihih
Terima kasih doc. Amiinnn
DeleteTakdelah gambar tu sebab bongkah perak tu saya dah serahkan kpd emak Adam. Segan pulak nak pinjam utk ambil gambar sebab nanti dia ingat saya tak ikhlas beri kpdnya .... huhu
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinanan.. semoga kekal sampai syurga..
ReplyDeletemakchaq selalu terlepas tarikh.. tak dapat hadiah la...
Terima kasih di atas ucapan dan doa makchaq tu.
DeleteKalau makchaq terlepas tarikh suami makchaq pun terlepas sama ke? Kalau mcm tu kena masukkan dalam diary atau minta anak2 ingatkan. Tidakpun tanda besar2 kat kalendar.... ngeeee
alhamdulillah dah sampai ke 25 tahun usia perkahwinan YB... tahniah!
ReplyDeletesemoga Yb dan mak adam serta keluarga sentiasa ceria,gembira dan bahagia hingga ke sana..
beruntung mak adam dapat sebongkah perak... YB pulak dapat apa dari mak adam?.. ( anniversary YB semalam..29 nov..hari khamis..malam jumaat?? ngeee..)
Yup dah 25 tahun. Pelbagai pengalaman pahit manis suka duka kami dah lalui. Anakpun dah 6 org.
DeleteTerima kasih mendoakan kami sekeluarga. Saya pun doakan yg terbaik buat Ieda sekeluarga.
Bongkah itu aje yg termampu kali ni. Saya dapat emak Adam. Bila dapat orgnya, dapatlah semuanya .... hehehe
sebongkah perak? berat mana tuh? bunyi cam berat jek... selamat ulangtahun perkahwinan YB!
ReplyDeleteTaklah berat sangat. Cuma 1 kg aje. Lebih kurang sebesar separuh saiz remote control astro. Kalau besar batu batu mahu 5 kg kot.
DeleteTerima kasih di atas ucapan tu.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat sambut ulangtahun perkahwinan.
patutnya depa ni gelarkan Jubli intan utk 25 tahun kan? barulah boleh dapat intan berkilo2 hu huhu
Waalaikum salam anyss.
DeleteTerima kasih sekali lagi sebab semalam pun anyss dah ucapkan di fb.
Intan sebijik pun dah mahal inikan pulak nak berkilo2. Memang patutlah mereka tunggu 75 tahun utk sambut jubli intan supaya tak botak para suami .... ngeeee
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 25 yb.....saya dah lepas lama....tahun depan 30 tahun lah usia perkahwinan kami.....bukan senang nak sampai ke tahap ni kan...macam2 dugaan di lalui dan ditempuhi. Jadi bila usia perkahwinan dah lepas 25 tahun tu, rasa syukur sangat.
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteKalau niat dan tujuan perkahwinan tu utk mencari keredhaan Allah, in sya Allah ianya akan bertahan sehingga akhir hayat. Setiap anak yg lahir hasil perkahwinan itu akan merapatkan lagi hubungan suami isteri.
huhuhu. semoga berbahagia hingga akhir hayat...
ReplyDeleteAmiinnn
DeleteBegitulah yg kami doa dan harapkan.
Tahniah kepada yb dan mak adam...
Deletesemoga kebahagiaan sehingga dunia dan akhirat jua
amin.....
Terima kasih Eja di atas ucapan dan doa itu.
DeleteAlhamdulillah... Moga ikatan perkahwinan YB dan isteri akan berkekalan hingga ke akhir hayat..
ReplyDeleteBila dah masuk jubli perak ni, makin banyak dugaan yang mendatang.. Pengalaman yang saya ambil dari orang terdekat... huhuhu... Pengalaman sendiri nan hado.. haha...
Terima kasih Cik Azz.
DeleteDugaan datang dan pergi. Selagi niat kita ikhlas insyaAllah Dia akan menolong. Sepatutnya semakin lama kita kahwin, semakin bertambah kasih sayang.
Pengalaman Cik Azz mcmana ya?
Alhamdulillah...TAHNIAH buat YB dan isteri@emak Adam (maaf sampai sekarang saya tak tahu nama emak Adam) ...atas ulangtahun perkahwinan ke-25 tahun ... Semoga YB suami isteri kekal bahagia sehingga akhir hayat ...Semoga Allah Limpahkah Rahmat dan Hidayah dan Keberkatan ke atas kehidupan kalian berdua dan anak-anak ...
ReplyDeleteTAHNIAH sekali lagi ...
Terima kasih Azzah di atas ucapan tahniah tersebut dan doa. Nanti saya PM nama emak Adam. Sebenarnya pernah saya berikan nama penuh dia di blog ini dulu. Mungkin ramai yg tak perasan atau tak terbaca entri tersebut .... ngeeee
Deletesalam ulangtahun perkahwinan YB dan mak Adam, moga sentiasadi limpahi rahmat dan berkat.
ReplyDeleteAmiinnn.
DeleteSemoga kita semua dilimpahi rahmat dan berkat oleh Allah.
tahniah.
ReplyDeleteselamat ulang tahun.
Terima kasih tas.
Deletesekalung tahniah di ucapkan kerana berjaya mempertahankan masjid yang di bina selama 25 tahun tanpa di jamah anai-anai..ngee
ReplyDeleteBahaya kalau dijamah anai-anai. Luar nampak elok lagi tapi di dalam dah rompong ....huhu
DeleteSemoga dijauhkan.
Tahniah..Semoga sentiasa di berkati Allah dan bahagia ke akhir hayat.
ReplyDeleteTerima kasih Granny Hani.
DeleteAmiinn