Aku ingat nak update blog aku lewat malam tadi selepas aku habis menonton Adam & Hawa tapi kerana sibuk dgn perkara lain maka hasrat aku itu terbantut.
Pagi ni lagilah tak sempat sebab ada beberapa urusan yg perlu disegerakan. Antaranya pergi baiki kereta Atikah yg disondol oleh seorang siswa semasa dia memandu di kolej semalam. Student yg melanggar dia tu masih lesen P. Pucat budak tu kata Atikah sebab dia tahu dia yg bersalah. Kalau report polis, sudah tentu lesen P dia akan ditarik balik selain kena bayar saman RM300. Jadi dia dan bapaknya yg dihubungi minta settle. Mereka sanggup membayar kos membaiki bumper belakang kereta Atikah yg kemek teruk.
Pagi tadi aku dan abang Atikah pergi ke bengkel untuk mendapatkan sebut harga membaiki kerosakan tersebut. Org bengkel tu cadangkan tukar saja dgn bumper baru sebab kalau nak ketuk harganya pun lebih kurang dgn harga tukar baru selain akan mengambil masa yg agak lama. Aku beritahu Atikah suruh dia call student yg langgar dia tentang kos untuk baiki bumper itu. Setelah diberitahu oleh Atikah, student tu setuju untuk menanggung kos itu. Oh ya kos tu taklah sampai 200K.
200K ini sebenarnya kisah lain. Tadi masa aku lihat angka pelawat ke blog ini aku nampak dah 199,017. Ini bermakna tak sampai 1000 org pelawat lagi untuk mencapai angka 200,000 atau 200K. Bagi blog2 hebat angka ini kecil saja. Tapi bagi blog tak ternama mcm blog aku ni, itu sesuatu yg bermakna.
Terima kasih kepada pembaca2 yang sudi berkunjung ke mari samada yg memberi komen atau pembaca senyap. Kalian memberi semangat utk aku terus menulis dan kadangkala merapu di blog ini.
tension juga kalau kena sondol macam tu kan YB..tapi ada hikmahnya...dan nasib baik budak tu nak bayar.
ReplyDeletesaya tak pernah check bilangan visitor..hihihi..nak gi check la
Dengar ceritanya Atikah rilek aje masa kena sondol tu. Tapi petang semalam kenalah dia hantar kereta tu balik utk dibaiki. Sepatutnya dia duduk di kolej sampai habis exam 2 minggu lagi.
DeleteTak tahulah berapa hari kereta itu akan tersadai di bengkel. Ini yg leceh bila berlaku perkara mcm ni.
Rasanya visitor DZ lebih ramai drpd visitor ke blog ni sebab DZ konsisten di dalam meng update blog dan banyak isu2 yg menarik.
sama macam Daddy ZZ..tak pernah chek pun..
ReplyDeletetapi kalau nak sampai 200k..ramai yang berminat dengan blog YB tu
Mungkin lepas ni boleh pasang site meter utk mengetahui jumlah pelawat dan statistik lain yg berkaitan.
Delete200K tu megambil masa 4 tahun lebih. Tapi mula2 dulu memanglah tak ramai.
ye betul..jauh lagi nak dapat angka tu :)
ReplyDeletetp sy sgt hargai org yg sudi singgah sini
Bilangan itu hanyalah angka. Kalau org yg agak baru mcm Irfa jgn risau sangat nak mencapai jumlah pengunjung. Yang lebih penting ialah rapport kita dgn rakan2 blogger.
DeleteBaguslah kerana menghargai org yg sudi singgah di blog Irfa. Itu yg akan membuat org rajin datang.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletededolu ada gak letak widget counter visitor. lama dah kasi buang....
ReplyDelete:P
dulu masa kakngah letak widget counter tu rasanya visitor kakngah lebih tinggi daripada pelawat ke blog saya. Kalau dikumpulkan sehingga hari ni mungkin jumlah pelawat kakngah lebih daripada saya.
DeleteKenapa buang counter tu?
Tersondol atau disondol biasalah especially diKL..
ReplyDeleteBila kenderaan dah banyak mcm di KL ni memang biasalah tu. Menambahkan lagi bilangan kes sondol menyondol ni ialah sifat suka mengekori terlalu rapat .... huhuhu
Deletedah memang nak kena. bersabar aje la...
ReplyDeleteBetul tu. Redha ajelah. Pergi hantar repair dan cas bil itu kpd pihak yg melanggar.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletenak tulis komen, tp x tau nak tulis apa hu hu hu
Waalaikum salam anyss.
DeleteTakpelah. Ini pun dah buat saya gembira kerana ia menandakan awak sudi baca entri ini w/pun saya tahu hari ni awak penat tahap melampau... huhuhu
saya pun hepi sebab dah 200k. blogger picisan macam saya memang eksaited sangat-sangat lah!
ReplyDeleteTahniah sebab dah melepasi angka 200K.
DeleteGB bukan blogger picisan tapi blogger yg dikenali ramai dan fofular.
Saya dah malas nak letak site meter tu.
ReplyDeleteKalau azie letak mungkin dah melebihi 1 juta org pelawat .... ngeeee
Deleteblog wak jugak yg X fofuler jugakkks.. ahhHKks
ReplyDeleteish mana pulak. Blog Wak kian meningkat popularitinya ....
DeleteTahniah.....jangan lah merendah diri, saya lagi hampeh tak ada blog....tumpang baca blog kawan2 je kan.
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteBukan merendah diri sebab saya memang tak tinggi! hehehe
Saya ni ada blog sebab takde kerja ... huhuhu