Monday, November 26, 2012

Rombakan Kabinet

Selepas kami makan ikan bakar di Umbai minggu lepas, emak Adam sempat singgah ke salah sebuah gerai kraftangan yg ada di situ.

Masa tu aku dan anak2 sudah di dalam kereta. Aku pastikan setting meter kereta aku betul lagak seorang pilot sebelum memulakan penerbangan. Bila aku dapati emak Adam masih tak masuk ke dalam kereta aku pun turun untuk melihat apa benda yg nak dibelinya sehingga lama sangat.

 Orang perempuan biasanya nak beli satu barang tapi kalau boleh nak belek semua yg ada kat kedai tu


Cantik tak beg ni bang?


Akhirnya emak Adam membeli salah satu raga bertingkat ni

Adam pula sempat pow emaknya buih sabun yg boleh ditiup2 tu. Sila main di dalam bilik air atau di luar rumah saja. Jangan main di dalam rumah atau di atas katil. Habis basah nanti .... huhuhu.


Beberapa hari setelah pulang ke rumah dgn raga barunya itu, emak Adam membuat sedikit rombakan kabinet. Ingat PM aje ke boleh merombak kabinet?


Ini dia hasilnya.

39 comments:

  1. Replies
    1. Kemas dan tak memakan ruang banyak sangat sebab 3 tingkat ...

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih.

      Kalau emak adam dengar pujian Kak Nanie ni tentu dia tersenyum

      Delete
  3. baru betul2 rombakan kabinet.. hihi!!

    ReplyDelete
  4. YB lah kata kan mesti selalu buat rombakan kabinet hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB yg ini setakat membantu meluluskan peruntukan kpd Menteri Dalam Negeri utk rombakan kabinet kali ini .... hehehe

      Delete
  5. 'orang perempuan biasanya nak bali satu barang tapi kalau boleh nak belek semua yang ada kat kedai tu' ..hehe... sayalah tu!

    rombakan kabinet yang bersih dan cantik yang pernah saya tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh samalah ieda dan emak Adam ... ngeee


      Bolehlah dijadikan contoh kalau sudi.

      Delete
  6. Replies
    1. Bila pandai menyusunnya nampaklah cantik.

      Kat rumah GB ada ke bawang dan kentang? Ingatkan sentiasa makan di luar ... ngeeee

      Delete
  7. Replies
    1. Nak tunggu kabinet yg satu lagi tu dirombak tak tahu bila. Menteri yg tak perform tu selagi tak dirombak takkan nak meletakkan jawatan mereka .... huhu

      Delete
  8. aku pun beli benda alah tu buat letak bawang...


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak beli kat mana tas? Yang ni dekat tempat kita makan dulu tu.

      Saya cek tarikh: rupa2nya dah 21/2 tahun yg lepas kita kebetulan makan di Umbai tu.

      Delete
  9. cantik rak tu. eh camne letak link post ni kat blog sy ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata org perempuan ni sama. Sekurang2nya pandangan emak Adam dan Afasz sama. Org lelaki biasanya tak ambil port sangat hal2 mcm ni ..... ngeee

      Delete
  10. Replies
    1. Terima kasih sudi menjadi pengikut ke 412 blog ini.

      Delete
  11. ahhhaa.. wak pon terkena jugak ingat DS Najib tadikkS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya wak pun tak sabar nak tunggu PM buat rombakan kabinet atau mengumumkan pembubaran Parlimen. Mungkin pada akhir Perhimpunan Agong ni dia akan buat pengumuman tersebut.

      Sama2 kita tunggu.

      Delete
  12. hehehe. kabinet orang rumah namenye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabinet ni pun penting juga utk melancarkan lagi urusan rumahtangga terutama di dapur .... hehehe

      Delete
  13. Ingatkan emak adam nak letak bunga tapi bukan GadisBunga ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak dah bekas bunga dalam rumah ni JunAina.

      Kalau letak GadisBunga takkan kat situ. Nanti saya letakkan dia dalam bilik tetamu .... ngeee

      Delete
  14. Salam YB

    Ada idea guna benda t isi brg keperluan dapur. Nampak cantik dan kemas. Mest nak kata- nak belilah juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam mama ju.

      Tak rugilah saya kongsikan kegunaan benda ni rupanya. Dapat juga memberi inspirasi kpd org lain. Lepas ni lakulah benda ni. Kalau kat gerai yg di Umbai tu tinggal 2 saja lagi..... ngeeee

      Delete
  15. Makchaq nampak satu rak penuh bawang kecik, mak adam memang sah seorang yang rajin.. makchaq guna bawang besar saja.. kupas satu boleh masak beberapa jenis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak Adam mmg suka guna bawang kecik. Ini baru beli. Sekilo RM2. Jenuh juga dia dan saya memilih bawang tu kat hypermarket baru2 ni. Dia minta saya pilih yg elok dan yg kecik. Yang besar dia tak suka. Biasanya dia akan kopek banyak2 dan simpan dlm petiais. Kadang2 anak dara kami tolong kopekkan bawang kecik tu kalau dia balik ke rumah pada hujung minggu.

      Delete
  16. Yb

    Saya pakai rak macam tu untuk letak bawang, kentang dan bawang putih...saya beli disitu juga tapi dah lama dah 3 tahun....cuma bentuk nya segitiga....

    Bila tengok bentuk empat segi ni cantik...nanti kalau pergi melaka nak singgah nak beli...saya pun nak buat rombakan kabinet juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sama pulak kegunaannya. Adakah susunannya pun saya iaitu kentang di tingkat paling atas diikuti oleh bawang besar dan bawang putih di tingkat tengah manakala bawang kecik di tingkat paling bawah? Bentuk 3 segi tu kecik sikit ke?

      Rasanya di gerai2 kraftangan yg lain pun ada juga benda ni. Tak payahlah pergi sampai ke Umbai. Kat situ pun cuma tinggal 2 pada minggu lepas. Saya takut selepas tersiar entri ni yg 2 tu pun habis dibeli dek org .... hehehe

      Delete
  17. Rombakan yang sangat menarik. Huhuhu..

    *Salam singgah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik utk rejuvenate dapur kami .... hehehe

      Terima kasih sudi singgah. Salam kenal.

      Delete
  18. As salam YB,

    Owh ni ke entry yang heboh di Fb tu? hehehe...

    Apa2 pun kabinet tu sgt comel mcm YB jugak! hak3 :p :))

    Kita ada entry khas utk YB, nak tgk kita swimming tak?>>>>http://my-mindofmine.blogspot.com/2012/11/jom-ikut-iman-swimming.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Marya.

      Inilah dia entry nya tu. Tak sangka ramai pulak yg ikut komen di fb tu melebihi komen di sini.

      Saya dah baca entri khas tu pagi tadi tapi belum sempat nak komen. Mula2 bila tengok cuma gambar kanak2 dan bapak2 budak yg di dalam kolam renang, ingat biasa2 aje. Tapi bila terpandang gambar cikgu2 tu di dalam kolam renang, masyaAllah.

      Delete
    2. Oh ya. Lupa nak ucapkan terima kasih kpd Marya kerana sudi buat entri khas itu utk saya.

      Delete
  19. Yb
    Susunan nya bawang putih diatas....kentang ditengah...bawang besar dan kecik dibawah...acaner tak sama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak samalah. Rasanya awak suka gunakan bawang putih. Itu sebab ianya di atas..... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails