Thursday, November 22, 2012

LHDN Nak Bayar Balik Cukai Terlebih Bayar

Semalam semasa aku nak turun makan tiba-tiba dapat satu emel daripada Setiausaha Syarikat. Bila aku baca rupanya dia forwardkan surat daripada LHDN memberitahu mereka sedang di dalam proses memulangkan cukai yg syarikat aku terlebih bayar kepada kerajaan. Ada disertakan jumlah bayaran yg terlebih bayar bagi tahun taksiran 2010 dan 2011.

Sedang aku meneliti angka-angka tersebut seorang staf Setiausaha Syarikat telefon aku bertanyakan samada aku dah dapat emel itu. Aku pun kata aku sedang meneliti surat daripada LHDN tu. Aku tanya sama ada dia dah dapat cek pembayaran daripada LHDN tu. Dia kata belum.

Aku minta dia hubungi pejabat LHDN untuk mengetahui bila mereka akan keluarkan cek tersebut dan akan dihantar ke alamat mana: alamat ofis aku atau alamat S/U Skyt.

Beberapa tahun lepas LHDN ada memberi surat kpd aku mengatakan mereka sedang membuat perkiraan cukai yg aku telah terlebih bayar kepada mereka. Tapi sampai hari ni senyap aje. Entah dapat bayaran balik itu entah tidak. Kalau lambat sangat, mungkin aku nak minta LHDN kontra saja dgn bayaran cukai aku utk tahun taksiran 2012 yang akan datang.

Agak-agak ada tak orang LHDN yg baca entri ni?

25 comments:

  1. adik ipar orang LHDN tgh baca ni. ari tu cek terlebih byar dia pi anta alamat lama, aku kontek kak ipar aku mintak nombor sapa patut aku kontek

    tp skang dia tgh cuti bersalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah sudi highlight kpd adik ipar awak yg kerja LHDN tu. Saya sering terlebih bayar cukai perseorangan kerana zakat saya hampir sama banyak dgn cukai.

      Saya masih ingat lagi pada tahun 2000 semasa kita sambut aidil fitri 2 kali (dan Ramadanpun 2 kali pada tahun tersebut) maka saya telah bayar zakat 2 kali. Tapi pihak LHDN hanya menerima salah satu bayaran zakat itu utk potongan cukai .... huhuhu.
      Saya anggap potongan yg tak dikira itu sebagai sumbangan saya utk negara.

      Delete
  2. saya rasa macam tak boleh kontra kot YB..
    takpe la..
    kalau senyap aja, YB gegar lah LHDN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasapun macam tu jugak. Tahun lepas saya tetap bayar cukai yg kena bayar takut2 LHDN denda saya sebab lewat bayar sedangkan duit saya yg terlebih bayar sebelum ini lebih daripada cukai yg kena bayar tu.

      Rasanya tak perlulah nak gegarkan LHDN sebab cukai yg berlebih bayar tu taklah sampai berjuta2 .... ngeeee

      Delete
  3. wak harap janji ditepati .., ahhaa dh mcm blog politik pulokks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayapun harap mcm tu jugak. Tapi mungkin ada yg terlepas pandang sebab saya ni cuma ikan bilis saja... huhu

      Delete
  4. Setahu saya memang tak boleh kontra. Tapi lebihan tetap akan dibayar.
    Nanti bolehlah Bang YB belanja saya cendol bawah pokok tu. Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat nak belanja cendol tak payahlah nak tunggu dapat balik bayaran tu. Kalau lambat dapat nanti takut tak jadi pulak.

      Bila2 Azie free smslah saya.

      Delete
  5. Eheemmm. Nanti sy ke kl belanja ehhhhh. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila awak nak datang ke KL lagi? Bagi tahu awal takut saya takde kat opis.

      Delete
  6. Bole je kontra rasanye.. call unit pungutan bgtau nk kontra refund dgn cukai tahun semasa. Diorang akan adjust lejer encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh. Tapi kalau saya dah dapat cakap dgn mereka rasanya elok saya minta mereka refund duit saya tu. Boleh juga buat belanja .... hehehe

      Delete
  7. Selalu nya macam tu lah...bila terlebih bayar lambat dapat balik duit, tapi kalau lambat bayar siap lah kena kejar dengan LHDN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah mesti. Lambat bayar kena denda.

      Lebih bayar tunggulah kalau dapat balik dalam masa yg singkat. Kena rajin kejar kalau nak cepat.

      Delete
  8. saya lom layak membayar cukai..tp en suami penah dapat cek sbb terlebih bayar ;)

    ops..saya bukan org lhdn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka ayat Irfa tu. Sekarang ni belum layak tapi satu hari nanti mungkin awak akan membayar cukai berjuta ringgit kerana masa tu awak jadi ahli perniagaan yg berjaya.

      Bila dapat cek bayaran balik tu rasa mcm best sangat w/p itu sebenarnya duit kita jugak .... hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. Boleh minta tolong dia tengokkan kes saya ni tak? Saya punya penyata di LHDN Wangsa Maju.... ngeeee

      Delete
  10. huhu. kena follow up juga dengan LHDN ni tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya mcm tu lah. Takut2 kalau saya diam, mereka pun diam.

      Oh ya. Baki bayaran cukai yg terlebih bayar utk sykt saya dah dapat tadi.

      Delete
  11. Saya kerja LHDN! Tapi sekarang saya sedang bercuti, harap maklum...hehehe... kalau tnya saya pun tak tahu nak jwb sb saya bukan dok bahagian pungutan/penaksiran...Rasanye ada org LHDN dah jwb kat atas tu...hehehee... Setahu saya takleh contra tp skrg ni tak tahulah prosedur mcmana... Jgn salah faham lewat bayaran kadangkala sebab cukai tahun semasa ada masalah... skrg refund sgt cepat & pantas! LHDN antara agensi kerajaan yg effient tau! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Marya bukan bahagian pungutan/taksiran. Kalau tak bila awak balik esok mahu awak tengok fail saya. Seganlah saya .... huhuhu


      Tak dinafikan LHDN antara agensi kerajaan yg efficient terutama dlm bab memungut bayaran. Masa saya berhenti daripada sykt kulit kerang dulu dan nak clearkan cukai (CP22) beratus ribu mereka pungut dari saya ... huwaaa

      Delete
  12. saya dapat email itu, tapi saya tidak tau maksudnya apa.

    ReplyDelete
  13. saya dapet email itu.tapi saya tidak tahu maksudya apa email tersebut

    ReplyDelete
  14. aku dapet email itu,tapi aku gak tau maksudnya apa??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails