Petang tadi emak Adam dan aku menghantar Haikal ke klinik tak jauh dari rumah kami utk berkhatan. Adam pun ikut sama sebab nak tinggalkan dia di rumah takde orang. Emak Adam awal2 lagi dah pesan jangan nakal2 sangat di klinik. Jangan lari sana lari sini kalau tak nak kena sunat bersama dgn abangnya!
Sebelum kami keluar rumah hujan turun mencurah2. Jadi kami kenalah tunggu sebentar biar hujan reda. Tapi hampir ke pukul 5 ptg hujan masih belum reda. Kalau suruh Haikal main hujan, kalah bomba lencunnya.
Bila kami sampai di klinik ada seorang kanak2 yg baru berkhatan. Dia dan bapanya sedang menunggu abangnya pula berkhatan. Aku lihat budak tu rilek aje pakai seluar track suit. Lepas dua org beradik itu selesai berkhatan ada lagi seorang budak lain disunatkan oleh doktor. Kami yg diluar bilik rawatan boleh mendengar kanak2 itu menjerit. Kalau orang kata bersunat tak sakit atau sakit mcm digigit semut tu tipu. Kalau semut yg gigit tu mungkin semut Ipoh yg berbisa tu .... huhuhu.
Bila tiba giliran Haikal, kami berempat semua masuk bilik rawatan. Doktor dgn jururawat sudah bersedia untuk menjalankan tugas mereka.
Doktor yg hensem lagi sporting tu bertanya kpd Haikal samada kami mahu mengambil gambar pegun atau video. Kalau video boleh upload di YouTube malam ni. Aku kata ambil gambar biasa aje. Kalau rajin aku muatkan dalam blog. Ini kira rajinlah malam2 update blog kisah Haikal masuk jawi .... hehehe
Selepas membersihkan sekitar kawasan kemaluan dgn antiseptik, doktor telah menyuntik ubat bius. Mula2 Haikal terasa sakit sikit tapi setelah diberi semangat oleh emaknya, dia tak jadi menangis.
Haikal kontrol macho semasa tok mudim oopss doktor bersedia utk menggunting kulit kulupnya. Adam khusyuk memerhatikan
Proses berkhatan yg kami pilih ialah menggunakan clamp yg dipanggil Alisklamp.
Ada beberapa saiz clamp yg digunakan bergantung kpd saiz burung budak yg nak masuk jawi
Selasa depan doktor meminta kami datang untuk membuka clamp tersebut.
Nota - gambar2 x rated tidak ditunjukkan di sini
hahahah...
ReplyDeletedah gantung kain pelikat lah ni?
pelik kan..apa kena mengena khatan dgn 'masuk jawi' ?
tak pakai kain pelekat. Dia pakai boxer abangnya sebab ada clamp tu taklah kain tu kena kulit yg baru nampak dunia tu .... ngeeee
DeleteHa'ah. Saya pun tak pasti. Tapi mungkin budak yg berkhatan ni kalau dulu2 dah boleh baca jawi .... hehehe
steady je haikal!!
ReplyDeleteSteady sebab dia tahu dia takde nak disunatkan sekali. Cuba selepas abgnya dia pulak yg nak kena .... mahu dia lari balik .... hehehe
Deletedah ada Alisklamp lak dah....
ReplyDeleteDr tu kata Alisklamp ni lebih baik daripada smartklamp sebab ianya tak akan tertanggal sendiri.
DeleteAlisklamp ni buatan Turki.
Takde nak guna di klinik Dr Singa ke?
Apalah yang si adam fikirkan tu ek?
ReplyDeleteAdam tu fikirkan sakit ke tidak ni kalau kena sunat .... ngeeee
Deletebr rau psl alisclamp. adam dulu pakai smartclamp. nk kene survey dulu klenet kt tanjung ada tak alisclamp...
ReplyDeleteSamalah kita. Ini kali pertama saya dengar pasal Alisclamp.
DeleteMasa Haizam berkhatan 5 tahun lepas dia guna smartclamp.
Lepas ni bolehlah kakngah survey kat tanjung tu kalau mereka guna alisclamp
Senyum jek nampak si haikal.. memang macam kena gigit tungau je kot..YB je exaggerate lebih..
ReplyDeleteKalau setakat sakit mcm kena gigit tungau ramailah budak lelaki yg sanggup berkhatan 2-3 kali terutama yg dapat banyak duit masa berkhatan ni!
DeleteSemalam Haikal tak nangis tapi hari ni masa nak kencing dia terjerit2 pedih .... huhuhu
Bagus tak menangis pun.....anak saya dulu bersunat menggunakan taraclamp....masa tu clamp ni baru berada dipasaran, sekarang dah ada aliclamp pulak...yang ni baru je dengar.
ReplyDeleteKira Haikal cipta sejarah menjadi adik beradik lelaki yg pertama tak menangis semsa disunatkan.
DeleteTaraclamp tu rasanya clamp generasi pertama yg dicipta oleh Dr Tara Singh. Sekarang dah ada ubahsuai utk menjadikan clamp ini lebih baik.
plan nak sunatkan sibujang mgkin tak jadi tahun ni
ReplyDeletetangguh tahun depan smpi dia ready ;)
Seelok2nya biarlah dia ready. Berapa umur dia skrg? Kalau terlalu muda dan dia belum nak, biarlah tunggu dulu.
DeleteAdam pun kami tak sunatkan sebab bila tanya samada dia nak sunat, dia terus jawab tak nak.
Saya pernah ada pengalaman bawak anak orang masuk berkhatan sampai menjerit sekuat kuatnya.
ReplyDeleteTahniah Haikal! Steady laar!
Emak bapak budak tu ada sama atau azie yg menggantikan mereka?
DeleteMemang ada budak yg lepaskan rasa sakit dgn menjerit sekuat2nya. Abg2 Haikal pun sebelum ni jerit ... huhu
errrr YB dulu2 masa muda remaja menjerit sekuat hati gak kan masa masuk jawi... elehhhhh jangan nak tipu dakni tau... wakakakakaaa
ReplyDeleteSejujurnya saya tak menjerit masa dikhatankan dulu tapi adik kembar saya terjerit terlolong sehingga doktor kena beri dia morfin kot utk kurangkan kesakitannya.
Deleteanak2 sy masuk jawi kena gujer.... sbb nk melarikan diri, huhuhu
ReplyDeleteMereka masuk jawa oopss jawi kat hospital atau di klinik?
Deletesalam, tahniah Adam..
ReplyDeleteanak saya 2 org bersunat 9 Disember lepas. Dua dua menangis, menjerit, meraung. Yg hebat si abang. Dah naik atas katil, turun balik..dpd no 40..jadi no 56 yg laaassttt sekali. Habis je bersuant..pakcik-pakcik yg tolong pegang n pakcik2 yg jadi krew pakat bersorak n tepuk tgn..ha ha
-che`leen-
Waalaikum salam che'leen.
DeleteYang bersunat tu Haikal iaitu abg kpd Adam. Adam tak nak sunat sebab dia kata di baru berumur 4 thn.
Anak Che' Leen umur berapa? Kalau sunat beramai2 memang ada yg jadi takut bila tengok kawan2 yg lain menangis semasa disunatkan. Haikal hari tu pun mula nervous bila budak2 yg sebelum dia tu dah nangis. Tapi sebab dia memang dah nak sangat disunatkan, itulah agaknya yg dia tabah.
Kira lawak jugaklah kisah anak2 Che'Leen tu ... hehehe
As salam,
ReplyDeleteKat mana klinik yang guna kaedah Alisklamp ni ye? Saya cuba google tak jumpa pun. Tq.
Wsalam,
DeleteKliniik yang kami pergi tu di Setiawangsa, KL.
As salam, saya pun nak tanya nama klinik yg ada kaedah Alisklamp tu.. Google memang tak jumpa..
DeleteWaalaikum salam
DeleteSaya hantar anak saya ke Klinik Idzham di Setiawangsa untuk kaedah Alisklamp tu.
Encik Yunus, ada doktor kata guna alisklamp ni menyusahkan budak dan lebih sakit dari kaedah biasa. saya nak sunatkan anak saya cuti sekolah ni.. tengah pening nak pilih yang mana.. berapa lama baru sembuh kalau guna alis ni?
ReplyDeleteSetiap cara tu ada pro dan con nya. Samada guna guna gunting, potong guna laser, smart clamp atau alisklamp ni. Anak saya sebelum ni dah guna semua cara tu kecuali laser.
DeleteTak perlu pening Puan Zana. Boleh bincang dgn doktor yg nak melakukan khitan tu dan tanya beliau kebaikan dan kekurangan cara yg beliau akan gunakan tu.
Guna alisklamp ni tak sampai seminggu dah kering. Ada juga budak yg 3-4 hari dah boleh pakai spender! Ianya bergantung kpd kanak2 dan kulitnya jugak.