Monday, November 19, 2012

Kenapa Tak Ramai Orang Bersembahyang Di Masjid Ini?

Antara perkara yang aku suka lakukan ialah mendirikan solat di masjid-masjid yang berlainan terutama yang tak pernah aku ziarahi.  Ustaz yang mengajar agama di surau tempat aku pernah memberitahu tempat di mana kita pernah sujud di dunia ini akan menjadi saksi kita di Akhirat kelak yang akan memberitahu bahawa kita pernah bersujud menyembah Allah di situ. Beliau sarankan kita memperbanyakkan menziarah masjid dan surau yg berbeza untuk mendirikan solat. Kalau tak dapat menziarahi masjid2 lain iaitu kita sering bersolat di masjid/surau yg sama, cubalah untuk bertukar tempat di dalam masjid/surau tersebut. Jangan asyik pilih tempat (spot) yg sama setiap kali kerana nanti di Akhirat tak banyak saksi untuk menyokong kita.

Dulu aku pernah menetapkan sasaran sekitar 50 buah masjid 'baru' akan aku kunjungi setiap tahun. Ini bermakna purata sebuah masjid 'baru' untuk setiap minggu. Memanglah aku tak sentiasa berkunjung keluar daerah pada setiap minggu utk mencapai matlamat tersebut. Tapi ada masanya bila aku keluar ke sesuatu tempat terutama bila aku pergi 2-3 malam, aku boleh mendapat sehingga 3 - 4 masjid baru. Masa itu aku pernah buat catitan nama masjid dan tempat serta tarikh aku ke masjid2 tersebut.

Tetapi itu dulu semasa aku kerja dgn syarikat kulit kerang di mana aku banyak travelling. Sekarang ini aku dah kurang berjalan. Jadi setahun kalau berjaya mendapat 20 masjid baru setahun sudah alhamdulillah.

Pada hari Sabtu lepas aku dan keluarga ke Melaka utk ke majlis perkahwinan di sana. Di dalam perjalanan balik kami singgah utk solat Zohor/Asar jamak di sebuah masjid berhampiran.

Memandangkan dah agak lama aku tak tempek gambar masjid di blog ini, maka dgn penuh semangatnya aku letakkan gambar masjid tersebut.



Masjid Solihin, Kampung Sebatu



Seperti kebanyakan masjid di Melaka, rekabentuknya mcm pagoda. Masjid ini comel saja dan sangat bersih termasuk di tandas. 

Di sebelah depan kawasan masjid ini (arah kiblat) terdapat tanah perkuburan. Seram juga kalau nak ke tandas pada waktu malam atau Subuh kerana pintu tandas betul2 menghadap pusara!

Tapi bukan sebab itu orang tak ramai bersembahyang di masjid ini. 

Sebabnya kerana kampung ini agak jauh iaitu Sebatu. Jauh tu kalau nak jalan kaki .... hehehe

17 comments:

  1. Sebatu tu la jauh sangat.... dekat lagi masjid setapak... tu pun, susah orang nak mengerjakan solat 5 waktu di masjid....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan. Kalau sebatu tu rasa jauh tapi yg setapak tu pun tak penuh masjid tu. Agak2 kena bagi makanan free setiap waktu mcm McD pagi tadi

      Delete
  2. byk masjid yang ada kubur di kawasannya. saya suka tengok. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kampung2 kawasan kubur biasanya dekat dgn masjid. Kampung emak Adam pun macam tu. Kenapa GB suka tengok? Ada org rasa seram nak ke masjid sebab ada kubur2 tu. Mereka kalau nak berhenti solat cuba cari masjid yg takde kubur .... huhuhu

      Delete
  3. ni masjid kat kampung mak saya ni..da lama x balik sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh emak awak dari kampung tu ek? Lain kali bolehlah kita buat rombongan cik kiah ke sana

      Delete

  4. First time solat di sini dgn keluarga, ayah Hj pun did say the same thing.. Kg SeBATU.. ;)

    Last visit with my friends pun singgah masjid ni & one of us siap blh merenung masa dpn mengadap kubur tu..

    - m3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great minds think alike .... hehehe

      Masjid ni senang nak parking dan masjidnya bersih. Tepi jalan utama pulak tu. Itu sebab ramai org suka singgah sembahyang di situ.

      Siapalah kawan awak yg merenung masa depan menghadap kubur tu? Tentu dia fikir satu hari nanti kita semua akan mati juga.

      Delete
  5. Replies
    1. Ianya terletak lebih kurang di tengah2 antara Merlimau dan Muar ikut jalan lama yg tepi pantai tu. Kira2 30km dari rumah awak .... ngeeee

      Delete
  6. Orang kalau dah malas nak beribadah tu tak kira...setapak pun dikata kan jauh apalagi sebatu kan...tapi kalau nak buat ibadah tu baik setapak mahu pun sebatu pejam mata dah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ustaz beritahu kita dapat berjemaah dan beribadat di masjid atau di surau bukan kerana rumah kita dekat atau jauh dari masjid atau kerana kekuatan kita tapi semua itu kerana rahmatNya. Dialah yg memilih siapa yang diterima bertamu ke rumahNya.

      Ada org rumah sebelah masjid pun tak datang tapi org yg bertongkat serta duduk jauh dapat berjemaah setiap waktu.

      Semoga Allah memilih kita menjanji tetamuNya sehingga ke akhir hayat kita.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    bElakang umah saya di kg adalah tanah perkuburan diwakafkan arwah datuk. Semasa hayatnya, dia sentiasa sahaja di kaw perkuburan tu dan bersihkan kawasan berkenaan. jadi, kami dah terbiasa ke kaw perkuburan. Dah tak takut pun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Anyss.

      Org dulu ramai yg gemar mewakafkan tanah utk kegunaan awam seperti utk masjid dan tanah perkuburan. Kalaulah kita dapat meneruskan amalan mulia ini kan bagus.

      Kiranya anyss tak takutlah ke masjid yg ada kubur berhampirannya? Ada org tengok tempat mandi mayat pun seram .... huhuhu

      Delete
  8. Masjid ni lah tempat saja bermain 45 tahun lalu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails