Tuesday, November 20, 2012

Kecik-Kecik Jangan Gatal


Semasa nampak aku dan emak Adam nak solat Zohor tadi, Adam terus ke bilik air berwudhu kerana dia nak ikut berjemaah. Abang2nya yg lebih besar masih rilek aje masa tu.

Sementara dia menunggu emaknya berwudhu tiba2 Adam nak terkencing lalu masuk semula ke bilik air.

"Kalau dah kencing BATAL lah wudhu," terang emaknya.

"Kena ambil wudhu lagi ke?" tanya Adam.

"Yalah," jawab emaknya.
"Kalau kencing, kentut, pegang bird2 BATAL wudhu," sambung emaknya cuba memberi penerangan kpd budak 4 tahun tu.

"Kalau pegang emak GATAL jugak ke?" tanya dia.

"Pegang emak tak batal wudhu. Batal bukan gatallah," kata emaknya.

Pegang emak yg BATAL tu ayah sebab GATAL .... hahaha

12 comments:

  1. Comei ja adam...tergelak makchaq baca.. budak2 vocab tak banyak, bapak budak pulak vocab terlebih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah vocab tak banyak hukum2 agama lagilah dia tak tahu sangat sebab belum diajar dgn mendalam.

      Mungkin dia tahu perkataan gatal tapi tak tahu makna batal.

      Delete
  2. Ayah Adam memang selalu gatal...hahaaa...

    ReplyDelete
  3. Hehe.. senyum saya baca entri ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelagat anak2 kecik ni kadang2 menghiburkan hati ....

      Delete
  4. Hahaha. Nasib adam x tanya lebih2 kang masak plak nak menjawab. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tanya lebih2 saya akan cepat2 iqamat .... hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Ikut yg baik2 takpe. Jangan yg nakal tu .... hehehe

      Delete
  6. Tergelak saya bila si Adam tersalah cakap GATAL....kot dia selalu ternampak yb GATAL dengan mak dia....ingat budak2 bodoh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin perkataan BATAL belum ada lagi dalam vocab dia. Yang dia tahu GATAL kerana bila dia gatal dia selalu minta saya tolong garukan.

      Kalau ayah dgn emak dia tu bukan gatal. Itu kemesraan .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails