Esok pagi ada burger free di McD bermula dari pukul 7:00 pagi. Aku syak mesti ramai org berebut untuk mendapatkannya. Orang kita ni pandang dengar percuma mesti berebut-rebut. Yang percuma tu pun cuma egg Mcmuffin aje. Lain2 kalau nak kena beli.
Aku tak nak ulas sangat pasal McD tu tapi aku nak cerita tentang Pizza Hut dan KFC free.
Pada cuti Maal Hijrah tiga hari lepas ada van City Link datang ke rumah aku menghantar courier. Takde yg pelik tentang van atau motor dari syarikat courier datang menghantar dokumen atau parcel ke rumah aku kerana aku bekerja di rumah (kira macam pejabat). Selain itu anak2 aku suka memesan barang melalui internet dan penghantarannya melalui khidmat syarikat courier. Apa yg agak aneh tentang penghantaran pada hari Khamis tersebut ialah ianya pada hari cuti umum.
Bila mamat yg menghantar courier tu nampak aku buka gate dia memberitahu ada baucer dari Pizza Hut utk aku. Dalam hati aku berkata,"Terer mamat ni tahu isi sampul yg nak diserahkannya."
"Ha'ah baucer Pizza Hut dan KFC," kata aku kerana aku ada buat penebusan mata BonusLink kira2 dua minggu sebelum itu.
Sambil menghulurkan sampul berisi baucer tersebut mamat tu meminta aku turunkan tandatangan, nama dan nombor IC di dua keping kertas. Satu pada slip di atas sampul tersebut dan satu lagi pada daftar penerima courier.
"Hari ni kan cuti? Jalan pulak courier hari ni?" tanya aku ingin tahu.
"Ha'ah cuti hari ni tapi ada banyak baucer Pizza Hut ni yg nak dihantar." Bos bagi dua ringgit utk setiap penghantaran. Ada 120 sampul yang nak saya hantar dalam van tu bang," jawab mamat tu.
Kalau satu penerima dia dapat RM2, 120 orang dah dapat RM240. Berbaloi kerja cuti2 ni. Kepala aku ligat menghitung. Aku pun nak buat kerja macam tu kalau ada.
Ini sebahagian baucer Pizza Hut/KFC yg aku terima. Setiap baucer bernilai RM10. Ada 10 keping semuanya.
Bila aku tunjukkan kpd emak Adam baucer itu terus dia mencari tarikh luputnya.
"Oh sampai 31 Okt 2013. Bolehlah simpan tunggu Afifah balik bulan satu nanti. Kita pergi sambut harijadi emak dan Fifah di Pizza Hut sama2." saran emak Adam.
Hari jadi Afifah dan emaknya cuma beza dua hari di awal bulan Februari.
Kalau ada sesiapa nak pow aku minta belanja pizza atau kfc menggunakan baucer tu, awal2 aku minta maaf .... hehehe
wooo. best keje time cuti. gajinya triple...
ReplyDeleteItu untungnya org kerja masa cuti ni.
DeleteMamat ni mungkin tak dapat triple tapi dia dijanjikan RM2 utk setiap surat yg dia hantar pada hari tersebut. Masyuuukk
As salam YB,
ReplyDeleteNak jugak voucher.. lama tak mamam KFC ni! huwaaaa...
Waalaikum salam Marya.
DeleteVoucher ini tak laku digunakan di Lima. Eh di sana pun ada kfc ke?
Sy tetap setia menunggu MFM treat dr boss..!
ReplyDelete- sy
Bukan awak ke yg nak belanja saya kat situ? ... ngeee
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteDulu2 selalu dapat voucer mcm gini...tapi jarang gunapun sbb x suka sgt. Bila dah TERsuka mkn kat sini, voucer la pulak tadak ;)
waalaikum salam anyss.
DeleteDah lamalah anyss dapat voucher mcm ni? Saya rasa ini first time dpt voucher pizza atau kfc. Itu yg gigih tulis kat blog ni .... ngeee
TERsuka makan kat pizza atau kat kfc? Nanti bolehlah kita pergi sama .... hehehe
Mamat tu memang orang yang rajin ler....ada orang kita nak bagi gaji tripple pun pada cuti umum di tak nak...cemana tuh.
ReplyDeleteSaya suka org mcm mamat tu. Selagi ada peluang cari rezeki tambahan, pulun. Kalau tak kerjapun bukan buat apa sangat cuti Maal Hijrah tu. Kebanyakannya dok habis masa tengok tv aje.
DeleteSaya tak nafikan ada org kita yg cepat merasa cukup (dibaca sebagai malas). Bukan nak rebut peluang menambah pendapatan masa cuti. Lebih suka lepak2.
Elok jugak simpan baucer tu macam cadangan emak Adam tu..
ReplyDeleteMakchaq tak kisah kalau YB nak belanja makchaq tak guna baucer
InsyaAllah akan kami simpan sampai awal bulan Feb nanti. Bukan tak boleh guna duit atau kad kredit masa pergi makan anak beranak tu nanti tapi bila guna voucher ni nampak mcm makan free betul2. Bukan selalu dpt makan free pun dari sykt besar ..... ngeeee
DeletePandainya makchaq. Saya suka statement makchaq tu. Kalau ada rezeki bolehlah saya belanja.