Friday, November 9, 2012

Kembangkan Bisnes

Hari ini Atikah membuat jualan pertama untuk jualan pastri dan keknya. Kalau sebelum ini dia berniaga kain kapas melalui Sweet Little Cotton, sekarang dia meneroka bidang pastri pula.


Untuk memperingati tarikh ini maka aku buat entri ini. Mana tahu kalau satu hari nanti bisnes pastri dia jadi lebih besar daripada Secret Recipe bolehlah kami rujuk kpd entri ni utk jadi bahan sejarah .... hehehe.

Atas permintaan Atikah aku ada letakkan 'iklan' di wall facebook aku pada 26 Okt 2012 bagi sesiapa yg berminat nak mencuba kek atau cheese tart buatan Atikah. Masa itu ada 15 org yg like dan beberapa org lagi memberi komen dan bertanya tentang cheese tart dan apam polkadotnya.  Memandangkan hari tersebut adalah Hari Raya Haji maka mungkin tak ramai yg buka fb pada hari itu.

Lebih kurang seminggu lepas ada seorang menghubungi Atikah utk menempah kuihnya ini.


Atikah telah menghantar tempahan pembeli pertamanya itu semasa aku pergi solat Jumaat tadi.  Aku difahamkan pembeli itu seorang gadis dari Kemaman yang ada urusan di KL hari ni. kalau aku ada kat rumah boleh juga aku tolong hantar dan tengok gadis tersebut hehehe   Hari Ahad ini dia akan mengambil kek yang ditempahnya pula. 


Aku harap selepas ini lebih ramai lagi pembeli kek, tart dan apam polkadot Atikah. Dah alang2 mengambil ACCA kalau tak pandai berniaga pun tak guna.

Di bawah ini adalah screenshot dari fb aku.




14 comments:

  1. Rajin Atikah ya...pandai cari duit sendiri.

    Semuga peeniagaan Atikah berjaya...insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia buat masa hujung minggu atau cuti aje sebab hujung minggu dia balik rumah. Daripada takde buat apa eloklah belajar cari duit sendiri. Nak harapkan ayahnya, berapa sen sangatlah yg ayah dia beri .... huhuhu.



      Terima kasih mendoakan kejayaan perniagaan Atikah.

      Delete
  2. Like father, like daughter :)
    Mesti lah darah bisnes tu mengalir ...kan YB..:)

    Moga bisnes atikah bertambah maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Atikah pun sekarang buat bisnes emas dan perak sepenuh masa setelah tamat belajar di universiti. Mereka yakin 9/10 rezeki adalah di dalam perniagaan. Rasanya adalah darah bisnes yg mengalir di dalam diri mereka.


      Amin. Terima kasih mendoakan bisnes Atikah bertambah maju.

      Saya doakan klinik Dr DZ pun bertambah maju jugak.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Fuiyooo...!!

    Cantik dia punya kuih... Ada seni halus dalam corak tu...

    Saya kalau bab nak berhalus ni mmg fail laa.. huhuhu..

    Apapun, tahniah untuk Atikah dan moga bines makin maju dan terus maju.. Isyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pujian Cik Azz tu. Semoga ianya akan menambah semangat Atikah utk terus maju dlm bidang ini.

      Tak semua org rajin dan pandai bab nak berhalus ni. Jadi awak tak keseorangan .... ngeee

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Saya sangat suka tart tu...tapi, tak kan nak oder sampai 30 biji hu huhuu tengah DIET ni ;)

    mmmmmm jauh la pulak nak pi ambik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Kalau ada org lain order mungkin anyss boleh order kurang daripada 30 biji. Minimum order tu sebab takkan nak buat jika setakat 10 biji aje.

      Kalau kebetulan anyss dtg ke kawasan ini atau saya ke arah Bangi bolehlah saya drop by. Kalau serius nak boleh bincang.

      Delete
  6. lama tak blogwalking lah YB!!...

    agaknya kalu kami pi rumah YB hari tu.. dpt mkn ni tak??

    heheheheh.. gud luck to atikah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak bisnes ni lama awak tak blogwalking. Saya pun mcm tu jugak. Tapi bukan pasal sibuk dgn bisnes. Sibuk di fb .... hehehe.


      Kalau dtg hari tu takde tart ni tapi kuih lain adalah. Itulah ingat kalian nak singgah. Dah dekat sangat tu. Tak sampai 3km.


      Thanks b/p Atikah.

      Delete

  7. Me heart tarts so much but bit choosy on the taste & structures (yes, I'm just a UTC not a cook tp sy 'sedikit' cerewet about food) Huhu..
    Sorry for being so really late in giving my review but I hope it will help Tikah to receive loads of order soon, inshaAllah..
    The tarts all were awesome;
    i) blueberry cheese tarts less sweet ! (Saya suka!!)
    ii) basenya pun crunchy even simpan semalaman.. Besides, the taste pun sangat sedap; blh rasa butter yg digunakan itu berkualiti
    iii) I believe the blueberry cheese cake pun has met my requirement (maaf, saya tak berpeluang utk rasa krn ianya hadiah buat kanak2 yg istimewa)
    iv) kek coklat sangat moist (terima kasih utk itu)

    Saya rasa, saya suka.. Saya beri pada 'mereka' untuk rasa dan mereka juga jatuh cinta seperti saya, itulah Review dr mereka yg sudah rasa (my investors, friends, cousin & the kids) hingga ada yg nak tempah, inshaAllah.. Alhamdulillah, rezeqi Tikah sbg pelajar yg bijak berniaga.. Daripada hasil pastri tu, saya pasti beliau buat dgn kesungguhan, minat & kasih sayang (passions & love make the dishes awesome!)

    Nota buat Atikah, teruskan usaha & doa serta kualiti hasil tangan kamu, moga ianya akan terus berkembang & menjadi kesukaan ramai.. Terima kasih, xie xie, thank you, nandri, merci beaucoup, syukran for accepting my order.. Andai punya peluang & ruang, saya akan tempah lagi.. May Allah grant us with crates of Halal rezeqi yg berkat for own self, family, Islam & ummah.. Moga kita menjadi jutawan muslimah yg solehah & beriman, inshaAllah.. (Errr.. Nanti bila nak buka bakery, akk nak jd biz partner..boleh? Sesekali penat mengadap unit trust, boleh jg 'tolong' Tikah siapkan order..hehe.. Dgn harapan, tangan tak keras kaku..)

    p/s : Kemaman-KL bukanlah jauh mana ayah Tikah.. ^_^

    - Je m'appelle Bella

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails