Tadi aku ke Bukit Bintang sebab ada meeting dgn seorang Dato. Beliau bekas Timbalan Menteri di zaman Dr M dulu. Aku ada tolong dia dalam urusan perniagaan dia sebagai broker dan penasihat teknikal.
Satu perkara yg aku tak berapa gemar ke Bukit Bintang ialah masalah nak meletakkan kereta. Aku nak naik kenderaan awam kena tukar antara LRT dan monorel. Tadi masa aku keluar rumah hujan renyai2. Kalau aku naik LRT tentulah basah bila aku berjalan dari stesen Dang Wangi ke stesen monorel Bukit Nenas. Makanya aku pun naik kereta saja.
Aku ikut jalan belakang di sekitar Jalan Nagasari untuk mencari parking tepi jalan yang guna meter. Kalau dapat tu baru 80 sen sejam. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Semua parking penuh. Akupun bawalah kereta perlahan2 menyusuri Jalan Bukit Bintang. Sampai dekat depan Federal Hotel aku nampak parking yg di atas pasir. Biasanya org India yg mengusahakan tempat parking sebegini. Aku pun parkinglah kat situ. Mamat penjaga parking tu pun menghampiri aku bila aku nak turun dari kereta dan meminta bayaran.
"Berapa?" tanya aku.
"Sepuluh ringgit," jawab dia selamba.
"Saya mahu park sekejap saja. Mungkin setengah jam saja. Takkan RM10?" tanya aku tak puas hati dgn kadar parking yg dikenakan.
"Sini sekejap pun sepuluh ringgit jugak," katanya tanpa simpati.
"Habis kalau satu hari pun sepuluh ringgitlah?" soalku.
"Satu hari tiga puluh ringgit," jawab dia.
Selepas membayar aku pun berjalan ke tempat meeting aku dgn Dato' tersebut. Semasa aku melalui deretan kedai dan hotel botique di situ ada seorang lelaki Cina menyapa aku.
"Mau amoi kah?" tanya dia sambil menghampiri aku. Oh ini mesti bapak ayam.
Terkezut aku. Cis muka aku ni ada mcm pelanggan ke?
"Budak2 sekolah.... banyak cantik2 maa," kata Cina separuh umur tu cuba memujuk.
"Takpe saya tak nak," kata aku sambil melajukan langkah.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Selepas selesai meeting aku lalu depan tempat tu lagi kerana nak ke parking kereta. Kali ini aku lihat sudah ada dua orang bapak ayam depan hotel bajet tu. Seorang Cina separuh umur tadi dan seorang lagi muda sikit. Yang tua tu duduk aje bila nampak aku. Mungkin dia tahu aku tak berminat setelah usahanya sebelum ini tak berjaya. Tapi yg muda sikit tu pula yg datang menghampiri aku.
"Mau amoi kah?" Budak sekolah 17-18," dia mula mengayat aku.
Budak sekolah 17 - 18 bukankah sedang menduduki peperiksaan SPM?
Aku buat tak layan tapi dia tetap mengikut aku.
"Melayu ada, Cina ada," sambung dia cuba menarik perhatian aku.
"Berapa?" tanya aku saja2 ingin tahu!
"Biasalah. 23 (makna RM230)"
Manalah aku biasa. RM230 rupanya anak ayam seekor.
Apa yg aku hairankan kenapalah tiada pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap bapak2 ayam ini yg secara terbuka mencari pelanggan. Aku lihat di kawasan Bukit Bintang tu bukan main ramai lagi polis dan DBKL. Mungkin mereka lebih tertumpu nak membantu pelancong ..... huhuhu
taktau la bape banyak sangat budak2 tu dapat...
ReplyDeleteBiasanya ciput aje. Kalau betul seperti yg mereka dakwa bahwa ayam2 tu ayam muda, kesian pulak di usia muda dah terjebak ke kancah maksiat.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAwatnya tak tanya "Yg timbang kiloa ada tak?" hu huhuhu
Waalaikum salam anyss.
DeleteSaya bimbang mereka naik berang kalau saya buat lawak bodoh. Tak pasal2 pisau melekat kat pinggang .... huhuhu
utk makluman YB...
ReplyDeleteTindakan bersepadu di buat setiap bulan.. melibatkan polis imigration, jawi dan sebagai nya.. tapi benda ni tumbuh macam cendawan.. yg di tangkap ramai yg bebas semula pun ramai.. yg nak jadi ayam ramai yg nak langgan ayam pun ramai.. bila di tangkap ayam di serah imigration kalau orang luar caj nya masuk lebih had atau menyalahguna pas pelawat.. nak dapat tangkap masa buat projek payah.. premis ada macam alat pengesan utk bau pihak berkuasa..
premis di roboh (partition) kerana sambungan haram.. tuan punya premis di denda... kerana kegiatan persundalan.. dan sebagai nya..
esok lusa di buka di tempat lain pulak... atau di tempat sama.. klau kita boleh hukum pancong may be boleh berkurangan kot hehe
Terima kasih zino utk makluman ini. Semoga org awam mcm saya ni mendapat pandangan yg seimbang.
DeleteMemang bukan mudah nak membenteras masalah sosial ni ke akar umbinya. Saya sanjung usaha pihak berkuasa tapi mungkin masih boleh ditingkatkan keberkesanannya.
Saya rasa janggal bapak2 ayam tu boleh secara terang2an mencari pelanggan tanpa rasa takut dikenakan tindakan.
Errkk...
ReplyDelete*speechless*
anak ayam warna-warni is back ! sgt cute..! ^_^
-m3
Budak2 sukalah anak ayam yg warna warni tu. Tapi org dewasa lebih tertarik kpd anak ayam yg rambut warna warni ..... ngeeee
DeleteYb, kami anak beranak boleh dikata kan setiap hujung minggu berada disana kalau tak ke outstation. Anak2 lelaki selalu mengadu dengan abah nya yang bapak2 ayam tu tanya mau amoi kah...kalau dengan abang nya mereka tanya saya tak lah pelik sebab umur dia 28 tapi adik nya yang umur 18 tahun tu pun dia orang tanya jugak....gila kan agak2 lah kalau ko nak pelanggan pun.
ReplyDeleteAlahai bukan tak pernah kerna serbu...kadang2 masa kami jalan2 waktu malam selalu nampak kena serbu tapi diaorang ni tak takut lah...bila kena serbu tutup kejap pastu bukak balik.
Saya paling sedih bila dia cakap umur 17-18 tahun dah tu melayu pulak....apa lah nak jadi dengan budak2 ni...mana mak bapak diaorang ataupun diaorang ni menipu mak bapak...mungkin mereka bagitahu kat mak bapak mereka kerja kat shopping2 centre sekitar bukit bintang kot.
Oh awak anak beranak dah biasa ditawarkan perkhidmatan ni ek? Saya ni lelaki suci. Tak pandai benda2 ni semua ..... ekeke.
DeleteAnak awak yg 18 tu mereka nak offer budak yg 17 - 18 tu lah. Bagi bapak2 ayam ni janji masyuuuk.
Mungkin ada di antara anak2 ayam ni yg menipu emak bapak kat kerja kat shopping centre kat situ. Nak hidup mewah kenalah buat kerja sambilan ni. Kalau setakat jadi salesgirl nak beli top up hp pun tak cukup kot .... huhu
Tanya la, ayam tu pandai berkokok tak? 'saya nak simpan sekor buat alarm pepagi!" hahaha
ReplyDeleteSaya takut kalau dapat ayam yg pandai berkokok nanti saya pulak kena taji sebab yg berkokok tu ayam jantan ..... hehehe.
DeleteSaya nak ayam serama. Sedap dibuat main .... hahaha
Salam,pernah jugak alami insiden yg sama area2 Plaza Low Yat,waktu tu umur saya masih agak muda,baru lepas sekolah... Diorg memang tak kira siapa2,main terjah semua lelaki,haih...
ReplyDeleteWsalam.
DeleteOrg nak cari pelanggan peduli apa mereka ni. Janji masyuuk.
Budak2 sekolah pun setahu saya ada yg dah mula jadi pelanggan .... huhuhu