Hari Sabtu lepas aku dan keluarga menghadiri satu majlis akad nikah anak jiran kami di sebuah masjid di ibu negara. Anak jiran kami tu pengantin perempuannya dan bekerja sebagai doktor. Pengantin lelaki berasal dari NS dan bekerja di Cyberjaya dgn sebuah syarikat ICT antarabangsa.
Kedua2 mereka berkenalan melalui mukabuku beberapa bulan yg lalu. Kedua2 mereka nampak matang dan serius untuk menjadi suami isteri. Baguslah macam tu. Tak macam anak2 muda yg lain dok berkapel bertahun2 tapi nikahnya tidak juga.
Sebelum majlis akad nikah, majlis bertunang telah disempurnakan.
Pengantin perempuan bersalaman dgn bakal ibu mertua selepas menerima cincin pertunangan
Aku tak tahu samada dalam kes ini majlis bertunang itu perlu atau tidak. Selepas selesai majlis bertunang yg siap dgn pantun2, majlis akad nikah pun dijalankan.
Bapak pengantin perempuan (berbaju merah) menikahkan sendiri pasangan pengantin
Selain cincin perkahwinan, pengantin lelaki juga menghadiahkan seutas rantai leher kpd isterinya. Mencabar juga nak masukkan penyangkuk rantai tu ke dalam lubang.
Pengantin lelaki sedang cuba memasukkan penyangkuk rantai sambil dibantu oleh ibu mertuanya (yg berbaju merah tu)
Nasihat aku, kalau ada sesiapa nak kahwin, tak payahlah hadiahkan rantai leher. Belikan rantai tangan aje sebab senang nak masukkan penyangkutnya. Kalau nak bagi rantai leher juga, bagi selepas nikah .... hehehe
Pengantin perempuan adalah anak ketiga di dalam keluarga. Kakaknya yg sulung sudah berkahwin tetapi kakak kedua masih solo. Kiranya melangkah bendollah pengantin lelaki itu. Macam aku dulu jugalah lebih kurangnya sebab akupun langkah bendol masa berkahwin dgn emak Adam.
Sebagai adat, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak ipar yg dilangkahi
Kami diberitahu pada Sabtu lepas tu cuma majlis bertunang dan akad nikah. Majlis persandingan akan diadakan pada awal tahun depan. Kiranya nikah gantunglah ni. Jarang orang sekarang buat majlis nikah gantung.
Kepada kedua mempelai, aku doakan semoga kalian berbahagia sehingga ke syurga.
Semoga jodoh mereka hingga ke syurga. Amin.
ReplyDelete:)
Begitulah yg kita semua doakan.
Deletesaya rasa mereka nikah gantung mungkin sebab si doktor tak dapat apply cuti panjang..dah hujung tahun..hihihih
ReplyDeleteHanya doktor yg memahami nasib kaum sejenis oopss maksud saya yang sama bidang dgn mereka.... hehehe
Deletelamanya nikah gantung..
ReplyDeletetp xpe, asal bkn gantung tak bertali..
- sy
Nikah gantung ni org kita aje. Kalau dari segi agama, dah sah mereka tu suami isteri .....
DeleteMasing2 ada komitment, mungkin tahun depan tu sama2 ada masa yang lebih lapang.
ReplyDeleteMungkin jugalah tu selain memberi lebih masa kpd ibubapa masing2 utk membuat persediaan.
Deletebberapa bulan berkenalan terus decide kawin.. best nya cinta mukabuku tu hehe
ReplyDeleteIni berkenalan mmg utk jadi pasangan hidup. Bila rasa dah sesuai dan dah istiharah, apa yg ditunggu lagi.
DeleteSaya rasa ada kebaikan dalam kisah ini. Sebab itu saya terpanggil utk berkongsi kisah mereka.
takde dedapa ke kat mukabuku tu yg nak ajak saya kawin? hahaha!
ReplyDeletesaya suka je konsep nikah gantung ni sebenarnya. memudahkan.
Saya rasa mesti ada yg menaruh hati kat GB tu tapi mereka segan kot sebab ingat GB dah ada pakwe steady.
DeleteBila dah nikah w/pun nikah gantung dah boleh bawa ke mana2. Nak dating pun takde salahnya.
Saya ritu nikah ganting juga pasal final year exam belum lagi tp udah gatai nak kawen. Ekekeke. Nasib baik lulus jadi dokte. kikiki.
ReplyDeleteSaya nikah gantung 6bulan. Aduh. Lama tahu....
Boleh percaya ke dalam masa 6 bulan tu masih tak kawen .... hehehe
Delete*nikah gantung
ReplyDeleteHappy anniversary nikah gantung najwa yg ke 6.
DeleteSemoga kekal bahagia sehingga ke syurga.
Teringat kawan sepejabat saya seorang akauntan....bernikah gantung dengan pegawai bank...nikah gantung sebab nak naik pelamin sekali dengan abang nya yang berkahwin dengan anak saudara Tun Siti Hasmah...
ReplyDeleteMereka kena tunggu 3 bulan lagi untuk bersanding bersama..... mak pengantin perempuan tak bagi tinggal serumah sehingga hari yang dinantikan tiba.....satu hari dia ajak saya keluar makan tengahari...rupa rupa nya dia nak meluah kan perasaan.... Dia cerita ' shidah kau tau tak semalam aku ambik bini aku balik kerja aku tak hantar dia balik rumah mak dia dulu...aku sewa hotel jap sebab dah tak tahan....saya gelak pun ada kesian pun ada...nasib baik masa bersanding isteri tak mengandung so sampai sekarang tak pecah tembelang yang dia dah tidur dengan isteri nya sebelum naik pelamin...
3 bulan kalau mengandungpun tak lah nampak sangat. Kalau sampai 6 bulan, mahu sanding bertiga.
DeleteNasib baik juga mereka tak kena serbu pencegah maksiat. Kalau tak, letih juga nak terangkan .... huhuhu
Yb, 6 bulan itu saya. Selamat jgkla pasal kami dok jauh, KL-penang. Tapi naik bas 4 jam sampai.kikikiki. org tua xtau.
DeleteSempat juga tu walaupun terpaksa dgn gigihnya naik bas 4 jam. Mesti perjalanan 4 jam tu rasa mcm 4 hari ... hehehe.
DeleteApapun semuanya dah selamat dan Dr pun dah hidup berbahagia skrg.
Apa program hari ni? Takde jemputan ke majlis kahwin ke?
Lebih baik dah menikah dari bertunang lama-lama. Saya pun sokong jika mereka bernikah terus, tak kira la disebut nikah gantung ker tak gantung. Yang penting, nikah dulu.
ReplyDeleteTempoh bertunang tu kata org utk berkenalan dan mencari kesesuaian. Tapi ramai org muda ingat bila bertunang tu dah macam jadi milik dia. Kalau mcm tu memang lebih baik bernikah terus.
Deletememang betul rmi yg bercinta bertahun2 kawinnyya tidak... tp mungkin belum sampai masanya. doakan yg terbaik untuk mereka. sebab lain org lain caranya. kan? hehe
ReplyDeleteRamai yg dah bercinta dari sekolah atau uni lagi. Itu sebab percintaan mereka mengambil masa yg lama.
DeleteKami doakan yg terbaik utk mereka dan semoga ianya berakhir di jinjang pelamin.
Cinta, jodoh pertemuan itu rahsia Allah swt. Ada org nikah gantung janji setahun tunggu habis belajar kununnya, 6 bulan lepas u naik pelamin dgn perut 5 bulan. Takpalah dah sahkan.
ReplyDeleteBetul tu. Semua itu rahsia Allah. Jodoh kita telah ditentukan - cuma kita yg tak tahu siapa orgnya dan bila masanya.
DeleteKalau dah besar perut tu mcm tak berapa sesuai nak naik pelamin. Tapi makan beradat tu ok lagi rasanya.
sy masih ingat dulu, bapa sy menentang keras kes nikah gantung cam gini. katanya, takut nnti bersanding udah bertiga, nnti baju pengantin tkde saiz...hahahah
ReplyDeletesy ada 7 org adik beradik perempuan..sorang pun tkde nikah gantung..semua nikah tk perlu di gantung :))
Saya faham penentangan keras bapa Ita tu. Kerana bagi org tua2, kalau nikah gantung tu tak sepatutnya bersatu sebelum bersanding w/pun dah halal. Memang tak semua boleh tahan nak tunggu hari persandingan .... huhuhu.
DeleteRamainya adik beradik perempuan Ita. Ita ni nombor berapa? Ada tak yg dilangkah bendol?
wak pon sonok tengok orang kawen nii.. iiIHIiks
ReplyDeleteKita seronok sebab bila kahwin dapatlah jauhkan dari maksiat. Syaitan akan menjerit bila ada umat Nabi Muhammad s.a.w yg bernikah.
Delete