Monday, November 5, 2012

Anak Dengan Isteri Kedua?

Malam semalam semasa aku baru nak makan selepas selesai majlis taknik, bacaan Yasin dan tahlil di rumah salah seorang jiran kami, Atikah telefon aku.  Mujur aku dah set hp aku ke normal mode. Sebelum itu aku letakkan dalam silent mode.

"Ayah, susu adik tengah murah kat Giant. Satu pek cuma RM18.59," kata Atikah dgn penuh semangat.

"Eh murahlah tu! Kat kampung bulan lepas pun dua puluh lebih sebungkus," balas aku sambil meletak semula pinggan yg telah aku ambil untuk mengisi laksa.

"Tapi sorang cuma boleh beli 3 pek," terang Atikah seterusnya.

"Sampai bila tawaran tu?" tanya aku.

"Orang yg jual ni kata sampai hari ni saja," balas Atikah.

"Alamak dah pukul 9:30 lebih. Nanti ayah ajak emak supaya boleh beli 6 pek," aku menerangkan rancangan kiasu aku untuk membeli sebanyak mungkin susu bayi yg sedang sale tu.

Aku pun menjengah ke dalam rumah jiran di mana kaum ibu makan. (kaum lelaki makan di garaj). Bila terlihat emak Adam aku pun minta dia makan cepat2 sebab nak ke Giant beli susu. Aku takut pukul 10 malam Giant tu tutup. Terlepas peluang nak jimat duit. Biasanya susu tu RM24.79. Satu pek dah jimat RM6.20. Kalau pergi dgn emak Adam dan dapat beli 6 pek dah jimat RM37.20

"Alaaa bagilah peluang emak Adam nak makan dan cerita2," kata salah seorang daripada jiran kami.

Kaum ibu ni kalau dah berjumpa sampai tengah malam pun mereka tahan. Macamlah dah lama sangat tak berjumpa sedangkan tengahari Sabtu tu mereka dah berjumpa di majlis cukur jambul di rumah jiran yg satu lagi.

"Bukan selalu Giant buat sale susu bayi. Ini kebetulan tengah murah nak belilah lebih sikit sebab Adam tu kuat minum susu," jelas aku kenapa aku nak kidnap isteri aku tu.

"Alaaa awak berbarislah dua kali. Boleh beli 6 bungkus," saran kakak jiran kami tu.

"Bukan besar sangat tempat nak bayar tu. Mesti mereka kenal saya," kata aku.

"Kalau dia tak bagi beli dua kali awak cakap ajelah yang mula-mula tadi untuk anak isteri pertama. Yang ini untuk anak isteri kedua pulak!" bernas sungguh cadangannya.


Adam sedang melihat susu untuknya yang sedang dijual dengan harga murah. Dia bukan tahu pun berapa harga susu tu.  Yang dia tahu minum susu .... huhuhu



Adam tersenyum lebar melihat stok susunya yang cukup utk beberapa bulan. Kami berjaya membeli 18 pek susu ini semalam. Selain emak Adam, aku balik rumah utk membawa Atikah dan Haikal bagi membantu membeli susu2 tersebut. Dan seperti yang dicadangkan oleh jiran aku tu, aku berbaris dua kali (di kaunter yg berlainan) utk beli 6 pek susu.

Oh ya. Budak yg di atas dan yg di bawah tu adalah anak dengan isteri pertama aku..... hahaha

20 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kalau Haizam & Hazwan pergi sekali, mahu jd 30 packs tu.. ;)
    Jimat berbelanja, untung punya anak bakal genggam ACCA..

    p/s : Ada angan2 punya isteri no. 2 kah tuan ..?

    - m3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lagi banyak bawa jiran2 pergi beli sekali .... hehehe


      Atikah ke Giant tu pasal nak belikan char kueh teow utk adik2nya. Kebetulan nampak susu utk adiknya tengah murah tu yg dia beli.


      Angan2 ok lagi. Jangan ada perancangan sudahlah... ngeee

      Delete
  3. mak aiiii banyaknya borong:-) Anak saya dah takmo minum susu..tak tahulah kenapa. Risau jugak kan tak cukup kalsium pulak budak tu:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli banyak sebab Adam ni kuat minum susu. Kalau dia tak nak makan dia minum susu aje. Satu pek 1 kg tu seminggu habis .... huhuhu.

      Budak2 yg sedang membesar eloklah bagi susu. Nampaknya awak kenalah pujuk anak awak minum susu. Kalau tak nak yg biasa mungkin boleh cuba yg perisa cokelat atau madu.

      Delete
  4. Mak aiii...kenduri susu la Adam nampaknya...

    YB org lelaki ini kalau cakapnya lebih mesti dia tak buat tapi kalau yg senyap2 tu silap2 haribulan anak dgn isteri kedua dah berderet...ahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg dia senyum lebar. Tapi dia memang kuat menyusu.

      Betul kata Jun tu. Yang cakap lebih tu biasanya takde apa2. Yang senyap2 tu yg bahaya. Tahu2 dah ada cawangan lain .... huhuhu

      Delete
  5. mak ai....byk tu yb. saya ni bakal2x beli byj gitu jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tahanlah utk 5 bulan kot. Lagipun susu tu tak expire sampai tahun depan. Jadi takde masalah beli banyak2 utk disimpan kecuali kena keluar duit skrg ni sekaligus.... huhuhu

      Adli minum susu apa Lea? Kalau boleh cari susu yg biasa sebab senang nak beli kat mana2. Kalau yg pelik2 tu kadang bila balik kampung kedai di kampung takde jual.

      Delete
  6. Replies
    1. Betul tu. Hypermarket ini pandai. Barang yg memang kita kena beli mcm susu bayi ni jarang dia buat sale.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Hu huhu hu bab beratur beli susu murah, sanggup aje ngaku ada isteri muda ya?

    bagus betul atiQah tu, boleh fikirkan tentang harga susu murah tu. Jarang jumpa budak2 sekarang fikir sampai tahap gitu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      eh bukan saya punya idea ok ... ngeeee. Jiran kami punya cadangan. Emak Adampun dengar masa dia cakap tu. Jiran2 yg lain dok pakat gelak tapi emak adam hanya mampu senyum.


      Atikah memang otak bisnes sebab dia buat bisnes bahan pakaian daripada kain kapas. Dan yg terkini dia buat kek utk dijual. Jadi bila dia nampak tawaran susu bayi dgn harga murah dia terus ingat nak suruh saya belikan utk adiknya.

      Delete
  8. hahhaa!!
    YB betul2 buat saya ketawa la.. siap hngkut 1 family borong susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tauke Giant tu tak baca entri ni. Kalau tidak, lain kali kami kena ban daripada beli banyak2 mcm ni ..... hehehe

      Delete
  9. salam YB ...
    Betol2 soping!! Adam kaya~!!

    no alasan la untuk lambat2 buat susu Adam ...

    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Chenta,

      Shopping susu aje. Oopss ada lagi barang lain juga. Iaitu drypers dan Daia sebab ada tawaran jugak.

      Saya memang cepat buat susu dia.

      Delete
  10. Satu hari berapa kali si adam ni menyusu...banyak sangat tuuuu...kalau minum susu banyak selalu nya budak2 ni tak lalu makan makanan lain.

    Tapi kalau untuk buat stock dua tiga bulan memang betul lah banyak kena beli kan...lagi2 sale pulak tu...

    ReplyDelete
  11. Tak tentu tapi dalam 10 kali ada kot. Baru aje ni dia minta susu dari saya. Dah bagi dia 6 oz.

    Dia tak kuat makan. Itu sebab gantikan dgn susu. Budak lain kalau banyak minum susu badan montel. Adam ni tengoklah tu - maintain comel.

    Ini utk stok 5 bulan kot. Tapi susu kan tahan sampai setahun lebih. Expiry date semua tahun depan.

    ReplyDelete
  12. Tersenyum saya baca kisah ni.. Macam adik saya, kalau jumpa tawaran sale ...memang dia borong sakan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails