Semalam emak Adam masak bihun untuk brunch (breakfast + lunch). Semasa aku ke dapur sebahagian besar bahan2 utk memasak bihun itu dah siap. Sambil nak masak tu emak Adam sibuk dengan pakaian kotor dan mesin basuhnya. Multi taskinglah tu.
Dia minta aku tolong potongkan bebola ikan. Potong dua aje katanya. Itu kerja senang. Kalau potong tiga dia nak pastikan aku potong sama rata.
Selepas selesai memotong bebola ikan, dia minta aku tolong buangkan kulit udang. Bila aku buang kepala, kulit kat badan dan ekor udang yg pertama, menjerit emak Adam. Janganlah buang ekornya. Tinggalkan biar cantik. Orang perempuan ni memang teliti bab masak memasak ni. Kalau aku yg masak memang dah aku togelkan aje udang itu supaya senang bila nak makan nanti.
Sementara dia memasak bihun tu aku naik ke atas utk berfb. Bila aku turun dia minta aku rasa masakannya tu samada dah cukup masin ke belum. Aku kata ok tapi bila dia rasa dia kata kurang masin. Bolehpun rasa sendiri tapi tetap nak suruh aku merasa. Aku kata cukup masinnya sebab bila letak kicap nanti mestilah bertambah masin. Emak Adam kata takde nak letak kicap. Buat bihun putih aje.
Aku kata, "Oh cakaplah nak buat bihun Singapore."
Dia balas dgn rasa tak puas hati, "Ingat kalau putih aje mesti Singapore ke?"
"Ini bihun Jawalah sebab yg memasaknya orang Jawa,"bantah emak Adam.
"Mana pula orang Jawa putih?" balas aku cuba menguji.
"Eh adalah orang Jawa putih," kata emak Adam.
"Ha'ah. Tikah tu putih," kata aku merujuk kpd Atikah anak kedua kami.
"Emak dia pun putih," kata emak Adam tak nak kalah.
"Yalah Tikah putih. Emak Tikah putih," kata aku
"Jadi kita panggil bihun ini bihun emak Atikah. Kalau panggil bihun emak Adam, Adam tak putih," kata aku.
Ini dia bihun emak Atikah tu. Perhatikan udang yg masih ada ekornya tu. Sayur sawi Jepun tu aku tolakkan ke pinggan emak Atikah sebab aku tak suka sayur
laaaaaaa YB..macam budak kecik tak makan sayur! ahahahaha..Nampak sedap tu beehun tu
ReplyDeleteoit!!
Deletetak semestinya budak kecik tak makan sayurrr!
:P
Budak besar pun ramai yg tak makan sayur. Contohnya saya dan Dr Singa.
DeleteKami berpegang kpd prinsip tak makan sayur pun ok sebab binatang maging sihat ajepun w/pun tak makan sayur! hehehe
Memang sedap. Satu pinggan besar tu sekejap aje saya habiskan (kecuali sayur2nya).
Oit! Macamana nama Haikal pulak yg keluar kat komen saya ni? Mesti budak tu dah belasah gunakan iMac saya malam tadi ..... huhuhu
Deleteyb mak saya orang singapore, mee hoon mak saya goreng tak pernah putih.
ReplyDeleteSelalu nya mak goreng mee siam(mee hoon) pakai taucoo dan kucai dan letak udang,daging dan sotong....bebola ikan tak pernah letak....kalau rajin mak buat kuah nya....bila letak kuah orang singapore panggil mee siam kuah...sedap tau.
Awak buat saya terliur pagi2 ni. Nanti kalau kami ke rumah awak bolehlah buatkan mee siam kuah tu. Sayur saya akan tolak ke pinggan emak Adam.
Deletesalam sejahtera YB
ReplyDeleteMama jarang makana mi putih, tapi sedap jugakan. Tulah selalu sebut asal putih memang sporelah....
Salam sejahtera mama ju. Harap mama sihat.
DeleteKami pun jarang makan yg putih tu. Sesekali buat rasa sedap pulak. Tambahan banyak rencahnya ....
Sy suka bihun goreng putih walau pun sy JACI..
ReplyDelete- m3
Ada juga peminat bihun goreng putih.
DeleteBoleh saya tahu apa makna JACI tu?
anak2 saya semasa kecik juga tak suka sayur .. hehe
ReplyDeleteKecik mereka tak suka sayur. Dah besar ni mereka jadi suka ya bang? Apa rahsia nak buatkan mereka suka sayur?
Deleteaku pun layan bihun putih. roomate aku rajen masak, harapkan aku? hahaha
ReplyDeletetinggal layan makan oklah. Untung awak dapat roomate rajin masak. Sorang rajin masak dan sorang lagi rajin makan..... ngeeeee
Deleteps - roomate saya pun rajin masak jugak .... hehehe
Boleh aje YB.. Minggu depan anak saudra Dato Nordin kawin disini... Anak abang Aziz bin Hj Selamat...ada dapat jemputan tak? Kalau ada boleh lah singgah rumah kami.
ReplyDeleteTakde pulak dapat jemputan. Mungkin mereka lupa kot. Lagipun kami lebih rapat dgn anak2 Hj Selamat dgn Hjh Fatimah. Dgn isteri pertamanya dulu kurang rapat.
DeleteDah alang2 awak nak masak tu apa kata tambahlah lagi menu tu. .... hahaha
Kat rumah anak2 pun tak makan sayur. Bila nak makan emak rebus je sawi dak pun kubis dak pun potong je tomato sikit. Masak2 tak makan buat sakit ati je...:(
ReplyDeleteKesiannya Jun. Takkan makan sayur rebus2 aje? Dah macam masak mee jawa aje pulak.... ngeee
DeletePaman ni macam Hefni juger.. tak nak sayur.. lagi2 togeh.. so kat rumah tu kalau bende2 goreng memang confirm takde sayur, dan confirm udang akan ditogelkan.. hehehe..
ReplyDeleteOh Hefni pun tak suka makan sayur. Give me 5!
DeleteTapi togeh paman makan. Kalau dlm mee tu togeh ok. Sayur hijau aje yg paman tak suka.
Kalau utk makan keluarga paman sokong udang tu ditogelkan supaya senang masa makan tu. Tapi emak Adam utk makan keluarga sendiri pun seni memasak tu tetap maintain .... hehehe
Masa kecil dulu memang saya tak makan sayur.. Sekarang ni baru je start belajar makan sayur dan ulam-ulaman.. Bihun tu nampak sedap...
ReplyDelete