Friday, October 5, 2012

Jackie Chan Tak Jadi Nak Duduk Di Johor

Hari Isnin lepas aku ke Johor atas urusan kerja. Aku sampai di JB pukul 2:30 ptg sebab aku bertolak lambat dari KL. 

Selepas bertemu dgn rakan bisnes aku yg base di sana kami pergi makan sebelum bertolak ke Desaru. Sekarang sudah ada lebuhraya yg menghubungi JB ke Desaru. Tak perlu lagi melalui Kota Tinggi. Perjalanan cuma 30 minit. Kenderaan yg menggunakan lebuhraya ni boleh dikira dengan jari. Sebahagian lebuhraya ini cuma satu lorong sehala. Kali pertama aku jumpa highway satu lorong ni. Tapi tol tetap kena. Dari JB - Desaru tolnya RM8.20.




Highlight lebuhraya ini ialah jambatan ini. Jalan di situ 2 lorong sehala tapi jalan sebelum dan sesudah jambatan ini yg satu lorong.



Kawan aku telah membawa aku ke tapak projek syarikatnya. Mereka sedang memajukan kawasan perumahan seluas 1,000 ekar yang sebahagiannya sudah dibangunkan dgn rumah kediaman dan juga rumah kedai.  Purata harga rumah dan kedai yg dah siap itu telah naik lebih dua kali ganda daripada harga asal. Ini disebabkan sekarang semakin ramai orang berpindah ke situ lebih-lebih lagi dgn pembangunan projek RAPID Petronas tak jauh dari situ.

Dari tapak projek perumahan tersebut kami ke Tanjung Lompat yang tak jauh dari Tg Balau. Di situ terdapat sebuah projek kondominium yang baru siap. Aku diberitahu bahawa projek kondo ini dulu milik Jackie Chan. Dia melabur lebih kurang RM40 juta utk membangunkan projek tersebut. Malangnya kerana jualan yg tak memberangsangkan Jackie Chan tak jadi nak duduk situ. Takkan nak duduk kawasan itu sorang2 .... huhuhu




Sebahagian daripada kondo yg terdapat di situ


Pada asalnya hanya terdapat 300 lebih unit kondo kerana sebahagiannya mempunyai sehingga 5 bilik. Tetapi setelah diambil alih oleh sykt kawan aku, mereka mengubah suai unit-unit tersebut sehingga dapat lebih 500 unit kondo.




Ada 2 buah kolam renang di kawasan kondo ini w/p ianya terletak di tepi pantai. Sesiapa yg takut nak mandi laut, boleh mandi kat kolam



Sykt kawan aku nak jual kondo2 ini en-bloc iaitu semua sekali kpd sesiapa yang sanggup membayar sekitar RM90 juta.

Aku tengah nak cari duit nak beli kondo ini. Itupun kalau emak Adam nak ikut pindah ke Johor .... hahaha

10 comments:

  1. boleh gak beli yb,sewa kan...






    ckp jer..sbb kaklong tak mampu nk beli kondo tu,yb blh la...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dia bukan nak jual satu satu tapi semua sekali. Silap haribulan Jackie Chan rugi RM40 juta saya rugi RM90 juta ... huhuhu.


    Skrg ni kaklong mungkin belum mampu nak beli kondo tu tapi mana tahu satu hari nanti lebih daripada ini kaklong boleh beli.

    ReplyDelete
  3. 90 juta... oouh boleh jual, boleh kaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dapat pembeli yg serius boleh hubungi saya. Nanti bolehlah kita kongsi komisennya .... hehehe

      Delete
  4. Yb beli satu lah, tak payah pindah jb, buat rumah persingahan sudah.

    Ooo dekat dengan tanjung balau ya, masa saya kecik semua tempat yang yb sebut adalah tempat jin bertendang, siapa sangka sekarang dah ada kondo kat kawasan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka nak jual en-bloc - tak jual satu2. Kalau tak boleh juga buat istana hinggap kalau saya ke desaru dan kawasan sekitarnya. Masa saya takde kat situ boleh sewakan kat sesiapa yg nak bercuti ke sana. Kalau kengkawan bolehlah bagi special diskaun.


      Saya pun tak sangka ada kondo kat tempat macam tu. Pantai di situ cantik. Skrg jin pun dah kena cari port baru utk bertendang dan lepak2 .... hehehe

      Delete
  5. oohhh..
    patut lahh..
    :)

    ( merujuk kepada perbincangan dan gambar di wassap.. )
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa jgnlah beritahu org. Diam2 aje kita buat bisnes ni. Tahu2 kita dah kaya raya ... ngeeee

      Delete
  6. Memang sykt kwn tuan, tidak menjual by unit ye..?
    Kalau dijual by unit, sy berminat utk beli 1-2 buah jika harga, design berpatutan Dan menarik.. Sy tahu cantik kawasan persekitaran di situ, kawasan persisiran pantai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg saya diberitahu sykt kawan saya tu nak jual secara en-bloc. Buat masa ini mereka telah menawarkan kpd Khazanah Nasional.

      Mungkin sesiapa yg berminat nak beli kenalah tunggu siapa yg akan menjadi pembeli keseluruhan projek ni. Masa itu tak mustahil jika pemilik barunya akan jual unit by unit.

      Saya setuju pantainya memang cantik dan jauh dari gangguan org luar.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails