Hisham: Aku nampak kau senyum2 masa sembahyang tadi.
Hashim: Eh kau perasan ke? Mesti kau tak khusyuk masa sembahyang tadi.
Hisham: Sedapnya kau kata aku tak khusyuk. Mestilah aku perasan. Kan aku sebelah kau tadi. Lagipun bukan sekali aku tengok kau senyum2. Kau nampak bidadari syurga ke?
Hashim: Mana ada aku nampak bidadari syurga.
Hisham: Habis tu kau nampak apa sampai senyum mcm kerang busuk?
Hashim: Aku teringat komen2 kelakar kawan2 fb kat status aku tadi ..... hehehe.
Hisham: Ceit. Ingatkan kau dah nampak bidadari syurga. Banyaklah kau punya khusyuk.
Kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa baik yg masih hidup ataupun yang telah mati.
Moral of the story: Fokus kepada ibadat yang hendak kita lakukan. Jangan sibuk berfb sebelum sembahyang.
hehehe..
ReplyDeleteigt fb lagi tu
Ingat fb masa sembahyang tu satu hal. Masa dengar khutbah pun ada yg berfb .... huhuhu
DeleteBetuintu.. Jangan dok chatting sebelum solat.. Nnti tak kusyuk..
ReplyDeleteDulu2 makchaq pernah main brick game.. addict jadinya.. sampai satu malam masa nak pejam mata nak tidoq ternampa2 brick dok jatuh macam2 bentuk.. Semenjak tu tak main game over2 sangat..
Setuju cakap makchaq tu. Kalau kita buat kerja atau projek, kadang2 masa sembahyang tu ingat kerja atau projek tu.
DeleteMasa dulu mmg permainan brick tu tengah hot. Berebut2 nak main sebab tak mampu nak belikan sorang satu. Lagipun masa tu mana ada hp atau smartphone yg ada mcm2 permainan.
Saya pernah kena macam MakChaq tuh. Do giler main Tetris tuh. Seketul seketul bata tu jatuh depan mata bila pejam. Dok nampak-nampak. Cisss... Nyampah terus berenti.
DeleteBegitu sekali akibatnya ke? Mujur saya tak pernah lagi kena mcm tu.
DeleteAgaknya kalau tak jatuh bata tu seketul seketul masa pejam mata, tak berhenti lagi main tetris tu ... ngeeee
berfb lepas sembahyang adalah juga sebelum sembahyang yang satu lagi ..
ReplyDeleteJadinya dah tak boleh berfb lah kalau mcm tu.
DeleteDengar tu Hashim .... ngeeee
Kuat sungguh pengaruh kemajuan dan kecanggihan teknologi kan? Orang barat la yg buat FB ni... tengok la kesannya antara sedar tak sedar.
ReplyDeletePengaruhnya mengalahkan tv rasanya.
DeleteFB dan yg sewaktu dgnnya memang boleh membuatkan orang2 kita lalai dan leka .... huhu
senyum sampai ke telinga lah tu...
ReplyDeletesolat pun tergangu...
sampai org sebelah pun boleh perasan...
bahaya fb nih...
saya dah lama delete akaun facebook!
tingal satu jer lagi akaun rahsia hhuhuhuu
Itulah bila tak khusyuk sembahyang ....
Deleteingat macam2 perkara yg di luar solat ..
bukan dia saja yg terganggu tapi org sebelah pun sama ...
dunia dah masuk ke dalam diri ....
Ada elok ada tak eloknya FB ni.
Saya rasa akaun rahsia awak tu terlalu rahsia sehingga awak sendiri dah lupa passwordnya .... hehehe
kalau nampak bidadari syurga, dia tak senyum. Dia melopong.
ReplyDeleteBetul juga tu. ... hehehe
Deletehashim dan hisyam tu kembar ke..?
ReplyDeleteMereka bukan kembar. Adik beradik pun bukan.
DeleteYang kembar tu Yunus dan Yusuf ... ngeeee
Saya tengok kekadang tu ramai yang sibuk buka fb semasa di dalam masjid sementara menunggu azan berkumandang, ini lah masalah nya bila hp boleh digunakan untuk buka fb.
ReplyDeleteSebelum azan dok buka fb tu takpe juga lagi. Ada yg tengah khutbah pun dok berfb .... huhu
Deletehasyimah takde ke yb?
ReplyDeleteLain kali saya cuba guna watak Hasyimah pulak. Mungkin saya gandingkan dgn Fadzilah .... ngeeeee
Deletemcm-mcm penangan fb ni
ReplyDeleteMemang macam2. Yang bertemu jodoh pun ada. Dan yg skandal pun ada ..... huhu
Deletehuhu..dlm solat selalu teringat dimana barang yg hilang
ReplyDeleteBukan Irfa sorang yg macam tu.
DeleteLain kali kalau hllang barang atau terlupa letak barang di mana, solat sunat 2 rakaat. Masa solat tu mungkin teringat kat mana letak .... huhu