Monday, October 8, 2012

Kenapa Orang Kampung Ramai Anak

Sabtu malam Ahad baru ni kami balik kampung emak Adam di Tg Karang. Kali bertolak selepas solat Maghrib. Emak Adam tak sempat nak masak utk dibawa balik ke kampung. Jadi aku cadangkan kami singgah di KFC dan tapau.  Nenek Adam suka makan ayam goreng kepsi tu sebab dia jarang dapat makan ayam tu. Siapalah nak bawa dia ke restoran kepsi kalau anak cucu tak balik kampung.

Ada dua tempat yg ada restoran org tua berjanggut ni sebelum sampai ke kampung. Satu di pekan Kuala Selangor dan satu lagi di Ijok. Kalau nak ke restoran yg di Tg Karang tu kira dah terlajak jalan. Memandangkan restoran yg di Kuala Selangor tu biasanya penuh kami memilih ke Ijok. 

Sampai di situ ramai pula orang. Sebab awal bulan kot. 



Terpaksalah berbaris menunggu giliran



Restoran kepsi ni laku sepatutnya untung syarikat pun bertambah dan harga sahamnya pun naik. Tapi tak terjadi begitu. Terpaksalah aku pegang saham2 yg ada tu utk tunggu untung .... huhu

Bila kami dah order dan bayar ayam pula belum sempat digoreng. Kenalah tunggu.

Sebenarnya kami dah rancang nak beli susu utk Adam di kedai Speedmart di kg emak Adam. Harga susu gadis belanda di sana cuma RM21.99. Kalau di kedai Cina di situ lebih murah iaitu RM21.90 tapi kedai tu dah tutup kalau malam mcm ni. Speedmart tu tutup pukul 10:00. Oleh kerana kena menunggu ayam yg sedang digoreng, aku dan emak Adam pun cuba mencari Speedmart di Ijok. Mesti ada jual susu tu. Sementara itu kami tinggalkan Atikah utk menunggu ayam masak.

Bila sampai di kedai Speedmart, susu yg biasa dah habis. Yang ada yg berperisa cokelat dan madu. Adam tak suka yg ada perisa ni. kalau ayahnya mungkinlah suka yg berperisa madu tu hahaha

Selepas Atikah mendapat ayam yg diorder kami cuba pula cari kedai lain di pekan Ijok tu. Kebetulan ada sebuah mini market tak jauh dari restoran kepsi tu. Emak Adam saja yg turun utk riki. Oh ada rupanya susu gadis belanda di situ. Harga cuma RM20.50 utk pek sekilo. Emak Adam beli 4 pek sebab itu saja yg tinggal.

Susu tu di KL ni paling murah RM24. Ada hypermarket yg jual dekat RM25. 

Dah berapa banyak jimat tu. 

Patutlah orang kampung ramai anak. Sebab harga susu murah di kampung .... hehehe

21 comments:

  1. hhaha..lawak yb ni selalu gak suami buat
    katanya org kg dulu2 xde xtvt malam2..tu pasal anak ramai.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya dia nak ajak jejak langkah org kg dulu2lah tu .... hehehe

      Delete
  2. kat sini kaklong beli RM14.50 jer 1kg,susu gadis belanda tu,sekali borong 10 pek!..lokasi?rahsia...ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish murah giler. Saya nak kirimlah kalau mcm tu.

      Ini macam kalo, adam boleh ada adik lagi .... wakaka

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Mmmmmm ingatkan segar dari ladang kat belakang rumah ;)
    kakak saya dok di neger paling maju, harga barang mahal...tapi anak tahun depan akan jadi 7 orang sahaja ;) Belum ramaikan?

    saya cakap kat kakak: cukupkan 1 team bola (wpun 3 je anak dia lelaki) hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Segar dari ladang takde lah. Tapi segar dari bukit adalah masa adam kecik dulu. Dua tahun dia minum susu bukit tu. Melepas ayahnya .... hahaha.
      Skrg dia dah 4 tahun kenalah beli susu tin. Yg cap gadis belanda tu antara yg paling murah.

      7 org tu biasalah. Kami yg duduk di negeri paling maju ni pun ada 6 org anak tak termasuk yg diambil semula oleh Allah.

      Kakak anyss kata apa bila anyss suruh dia cukupkan jadi satu team bola? Adakah dia akan menyahut seruan tersebut? .... hehe

      Delete
  4. serang kedai kat kampung kak long!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung mana sis?
      ngehngeh ngeh....!!!

      Delete
    2. Jangan lupa ajak saya kalau Dr Singa nak serang kedai kat kampung kak long tu. Budak Debab pun minum susu yg sama macam Adam ke?


      Kaklong - kongsilah rahsia kat mana kedai tu .... huhu

      Delete
  5. sebut pakai pekan ijok. itu adalah tempat dating saye. kepsi itu juga jadi saksi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada juga org yg dating kat pekan Ijok tu rupanya. Kat mana tempat yg romantik kat situ tu? ..... ngeeee

      Kepsi tu kira baru juga. Kalau pekan dah ada kepsi kira dah majulah ... hehehe

      Delete
  6. saya cuma nak susu cair buat neskefe jer...hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu cair takde. Susu pekat manis boleh ke? .... ngeee

      Delete
  7. Org kampung zaman sekarang dah kurang anak..
    Sebab ASTRO dah masuk kampung..:P

    Dulu dulu, takde ASTRO..
    Layan katil ajalah!
    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul fenomena ni, LPKKN kena kaji betul2 ni. Sekarang ni ramai org lebih suka berkumpul tengok EPL tengah2 malam di kedai mamak daripada masuk tidur temankan isteri .... hehehe

      Delete
  8. susu gadis belanda!!! alossss...
    saya dah terbayangkan yang lain dah ni hehehehe


    * saya minum susu pekat Dairy Champs ajer
    sbb ia murah... dan tak keras bila
    simpan dalam peti sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jauh awak membayangkan sampai ke Amsterdam .... hehehe

      Tak pernah cuba Dairy Champs tu sbb biasa guna F&N. Org kata kalau nak murah lagi belilah susu pekat manis 1Malaysia .... ngeeee

      Delete
  9. Kfc dah tak laku di rumah saya, anak2 saya dalam setahun mungkin sekali dua je mereka makan itu pun kalau kami suami isteri yang beli sebab tekak teringin.

    Anak anak saya lebih suka makan pizza dan McDonald je, mengada ngada betul tekak budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai mcm tu sekali? Tak rumah ni masih boleh jalan lagi kepsi kalau sebulan atau dua bulan sekali. Itupun tak boleh beli banyak2 takut tak habis.

      Budak2 skrg mmg kalahkan kita yg duduk amerika dulu. Makan makanan mat salleh aje mereka ni .... huhuhu

      Delete
  10. wak rasa susu cak gantung kan lagi murah lagi free kangg.. ehhhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wak tapi bila anak dah melebihi dua tahun macam tak sesuai aje nak terus minum susu cap gantung tu.

      Bagilah peluang ayahnya pulak .... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails