Semalam aku dan rakan bisnes aku ke premis pelanggan kami - sebuah IPP. Pelanggan meminta kami datang pukul 11 pagi utk membuat workscoping dan memberi sebutharga.
Kami bertolak dari rumah oopss ofis aku pukul 9:38 pagi. Aku tak bawa laju semalam sebab sekarang dah banyak kamera AES sepanjang perjalanan kami tu. Itu tak termasuk lagi perangkap laju. Kalau kena saman tak berbaloi setakat buat projek kecik ni ... huhu.
Tepat pukul 11 pagi kami sampai di bangunan pentadbiran setelah melalui check point mereka yg terletak di pintu masuk utama. Sebaik kami sampai aku beritahu penyambut tetamu yg manis jelita di situ nak jumpa Encik XXX. Penyambut tetamu itu dah kenal aku rasanya sebab dah beberapa kali aku ke situ semasa projek sebelum ini. Dia memberitahu Encik XXX baru saja naik ke tingkat atas. Mendengar suara aku Encik XXX pun menjengah semula ke tangga. Dia meminta aku tunggu sebentar sebab ada urusan yg nak diselesaikan.
Sementara nak menunggu Encik XXX tu aku pun ke mesin pembancuh air di lobi tu. Aku sering menggunakannya kalau di situ kerana minum freelah katakan. Aku tengok ada 4 pilihan: White Coffee, Tongkat Ali Coffee, Milo dan Tea.
Aku pun tekan pilihan kedua w/p semalam baru hari Rabu ..... hikksss
Tapi yg keluar cuma air panas bersama sedikit saki baki kopi tongkat ali. Ciss. Takkan nak minum air yg mcm tu. Aku pun keluar ke kawasan lopong di tengah bangunan dan tuang air tu dalam kolam ikan lalu masuk semula ke mesin tersebut. Bila aku sampai ke situ aku lihat kawan aku sedang menunggu mesin tersebut membancuhkan minuman pilihannya. Bila aku lihat yg keluar cuma air panas kosong aku syak dia mesti memilih kopi tongkat ali juga!
"You pilih kopi tongkat ali kan?" tanya aku.
"Dah habis dah," jawabnya sambil tersengih.
"Itulah sapa suruh pilih yg itu," perli aku.
"Semua dah kosong agaknya," kata dia nak cover line.
"Taklah. Cuba tengok ni," balas aku sambil menekan pilihan pertama.
Bila aku lihat air yg keluar tu campuran kopi susu, lega aku. Sebenarnya aku pun tak pasti ada ke takde serbuk kopi dalam mesin tu.
Setelah aku mengeluarkan cawan aku dia pula masukkan cawan dia yg kosong. Dia terpaksa memilih salah satu daripada 3 jenis minuman selain kopi tongkat ali. Elok dia menekan butang pilihan, mesin tu menunjukkan air sudah habis!
Aku rasa ikan2 yg minum saki baki tongkat ali tu akan bersemangat semalam dan mungkin hari ni seperti bersemangatnya sebahagian daripada kita menjelang malam Jumaat ni .... hehehe
pilihan kedua tu hanya available pada hari khamis jumaat malam kot.
ReplyDeleteMungkinlah kot tapi hari saya tak ke sana utk memastikan hal ini .... huhuhu
Deletenampak sgt org malaysia suka minum tongkat ali, sampai habis air dlm vending machine..jhahahaha..kalau saya, saya pilih white coffee
ReplyDeleteMemang betul tu. Sepatutnya no 2 dan tambah lagi satu jadi no 5 utk kopi tongkat ali tu. Baru tahan lama sikit.... hehehe
DeleteDoc pilih white coffee. So innocent .... ngeeee
Tak da makna nya minum tongkat ali boleh jadi kuat, semua lelaki kat malaysia dah kena saiko.
ReplyDeleteJangan sembarangan minum yb silap haribulan sakit buah pinggang nanti, sebab bahan yang ada dalam bancuhan tu lebih banyak kimia dari tongkat ali nya, percaya lah cakap saya dan jangan percaya strategi orang berniaga tu kebanyakkan nya menipu.
Bukan lelaki aje yg kena saiko minum tongkat ali jadi kuat. Pompuan pun kena saiko jugak minum kacip fatimah boleh tambah mencengkam! hahaha
DeleteSaya tak amalkan pun minum tongkat ali ini. Kebetulan nampak ada pilihan tu saya tekan ajelah. Tak sangka dah habis pulak .... huhuhu.
Org berniaga akan guna pelbagai strategi utk melakukan barang mereka. Kita sebagai pengguna kenalah bijak ... huhu
milo!!
ReplyDeletepilihan org2 muda
hehe
minum milo anda jadi sihat dan kuat.
DeleteOrg tua pun nak juga jadi sihat dan kuat tu .... huhu
Aina rasa mesti ikan2 dalam kolam tu penat berenag sehari dua ni!
ReplyDeleteikan tu penat berenang sebab kejar mengejar ke Aina?
DeleteNanti kalau saya ke sana lagi saya nak tengok samada dah ada yg beranak .... ngeeeee
apa kaitan pandu laju, kopi tongkat ali dan malam jumaat yer...???
ReplyDeleteoh,,,, bertuah ikan2 tu dapat minum kopi free... :)
Semua tu dilakukan oleh org yg sama .... ahaks
DeleteSaya takut ikan2 tu pulak ketagih. Lain kali kalau ada org minum kopi tongkat ali tepi kolam, ada pulak ikan yg melompat masuk ke dalam cawan .... huhu
oh, maksudnya pandu laju sbb nak kejar kopi tongkat ali, dan kopi tongkat ali untuk "preparation" malam jumaat... sekarang saya mengerti heheheheee
Deletekalau ikan koi takpelah kena ikan aropaima, rosak mesin tongkat ali tu ... x dapatlah minum kopi free lagi....
Sebenarnya saya tak pandu laju pada hari Rabu tu. Tak perlupun nak kejar kopi tongkat ali sebab saya dah minum pagi sebelum bertolak. "preparation" malam Jumaat tak perlu tongkat ali bagi yg dah memang power ..... hehehe
DeleteYang ada dlm kolam tu memang ikan koi. Ikan aropaima tak muat .... huhu
saya pun akan pilih white coffee!
ReplyDeleteTapi minggu lepas GB tak order white coffee masa kita pergi minum tu .... ngeee
Deletesebab time tu dah malam laaa... :)
Deleteoh malam tak boleh minum white coffee ke? Takut susah nak tidur ek?
DeleteKalau saya, lebih rela minum air kosong... Walaupun kosong, banyak kebaikannya... hehe..
ReplyDeleteTakde butang utk air kosong. Jadi nak tak nak kenalah pilih salah satu daripada 4 bancuhan tu. .... hehehe
DeleteTapi air kosong elok utk awet muda - kata org lah.
kat ofis sy, milo cepat abeh. kalau tiba2 terhabis, malas nak refill, so buat nescafe yang 3 in 1 tu. hihihi
ReplyDeleteRamai org muda ke di ofis GC tu? Ada yg kata milo ni minuman org muda2 ... ngeee
DeleteNescafe 3 in 1 yg dalam paket mcm batang tu ke?