Tuesday, October 16, 2012

Petua Nak Elakkan Kucing Jiran Berak Di Halaman Rumah Anda

1) Adakah rumah anda dijadikan tandas awam oleh kucing-kucing jiran?
2) Adakah anda sudah letih dan muak (bercampur mual) membuang tahi kucing daripada laman rumah anda?
3) Adakah anda sudah puas menyumpah seranah haiwan tersebut (mungkin juga tuannya) bila terpijak tahi kucing yg lembek?

Kalau jawapan anda ya kepada mana-mana soalan di atas atau kesemuanya sekali ini ada satu petua untuk mengelakkan kucing jiran atau kucing tak bertuan daripada melepas di halaman rumah anda.


Anda tidak perlu mengendap menunggu kucing masuk ke halaman rumah dan mengejarnya dgn penyapu lidi atau menyemburnya dgn air (kalau sembur dgn cat merah lagi bagus). Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan sebiji bola atau apa-apa objek yang sama waktu dengannya di halaman rindu   rumah. Ya! Letakkan bola sebesar bolasepak. Nak letakkan bola ragbi pun boleh. Tapi janganlah letakkan bola yang terlalu kecil seperti bola golf.





Emak Adam menggunakan bola American football yang dah tak bocor di halaman rumah kami. Aku ambil gambar dari tingkap di tepi tempat aku buat kerja. Malas nak turun beb.



Teorinya: Kucing akan takut nak melepas kerana menyangka ada 'orang' iaitu bola tersebut yang memerhatikan mereka. Lebih kurang seperti menggunakan orang-orang untuk menakutkan burung daripada memakan padi.

Setakat ini, petua ini menjadi kerana kucing dah tak datang berak di laman kami. Anak pesawah juga yang dapat idea ini (emak Adamlah tu). Buat malu mantan engineer aje  (akulah tu ... huhuhu)


Selamat mencuba!

49 comments:

  1. huh. memang buat malu mantan engineer. hebatlah mak Adam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engineer ni buat pelantar minyak dan gas bolehlah. Benda kecik2 mcm ni bagilah emak Adam atau LA yg buat .... hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau juliet rajin nak buat baja silalah datang sini kutip. Saya akan ketepikan sementara bola tu.... huhu

      Delete
  3. Petua yg dicari2!
    Nak try lah..thx. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba.

      Kalau takde bola boleh letakkan botol minuman yg 1.5 liter tu. Cari botol yg ada warna seperti botol coke atau mountain dew. Sebelum gunakan bola emak adam gunakan botol kosong.

      Delete
  4. errrr.. kat rumah saya petua ni tak menjadi....

    ReplyDelete
  5. mak adam bijak lagi :)

    ReplyDelete
  6. ada org pernah ckp,tempat dia berak tu,tabur dgn cuka......nanti dia tak dtg dah nak melepas kat situ.


    berkesankah?
    idakle saya pernah cuba,ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh guna cuka ke? Yang saya dengar simbah tempat berak tu dgn minyak tanah. Tapi kalau saya buat mcm tu matilah rumput kat laman tu .... huhu


      Cuka dan minyak tanah tu tak tahulah berkesan ke tidak. Pernah cuba minyak tanah tu tapi datang pulak kucing lain berak ...huwaaa

      Delete
    2. kucing sebenarnya tak suka bende2 yg berasid ni.. tapi kalau dah perangai degil macam arwah kucing ina dulu..hmmm apo nak dikato.. that particular kucing punyer perangai, saje buat perangai kencing merata.. sampai TV & DVD player rosak.. tapi tang berak, mesti carik litter box dia.. kalau takde, sanggup tahan.. sehari, sehari laa..:D

      Delete
    3. Boleh terima alasan Ina ni. Tapi yg disimbah cuka cuma tempat dia berak tu. Takut dia pindah tempat lain pula. Kalau mcm laman paman ni luas tempat dia nak pilih .... huhu

      Arwah kucing Ina suka kencing merata? Nak kena sunat aje tu. Tapi dia dah pergi dulu takpelah ....

      Dia berak kat litter box tu baguslah. Jadi kita tahu dia tak pergi melepas kat rumah jiran ... ngeee

      Delete
    4. hahaha.. kalau laman paman tu takleh laa pakai cuka.. brapa botol mau habis daaa..

      Dulu konon tak nak sunatkan.. kesian.. tapi rupa2nya itulah kesudahannya.. bila dapat kucing baru, cukup umur, memang disunatkan.. Alhamdulillah tak kencing merata.. tapi yg tu pun dah arwah juger.. yg tinggal skang sekor kucing betina yg dipanggil "kakak" oleh budak2 berdua kat rumah tu..

      kucing2 ina confirm tak melepas kat rumah jiran sbb tak kasi keluar rumah.. :D tapi diaorang bebas dalam rumah laa.. jadi tak laa terkongkong sgt..

      Delete
    5. itu tak boleh pakai cuka utk memasak. Kena cari cuka getah. Tapi skrg mana nak cari .... huhu

      Kesian juga kucing tu kena sunat. Mungkinkah sebab itu mereka tak panjang umur?

      Cutenya budak2 tu panggil kucing tu "kakak". Nasib baik tak panggil bibik ... hehehe

      Delete
    6. Actually Paman, sunat tak sunat bergantung pada niat dan kemampuan..

      1- kalau betina dah memang tak keluar rumah, tak kisah kalau tak sunat.. tapi kalau tgh datang time nak mengawan tu kena bersiap sedia dgr dia meraung laa (macam "kakak" kat rumah skang ni)

      2- kalau bela sepasang, jantan dan betina, baik sunatkan yg jantan.. lagi2 kalau memang tak keluar rumah dan takde budget nak bela byk2 kucing..

      3- kalau kucing jantan yg memang tak dok rumah, jgn disunatkan..takut nanti dia kena buli dgn stray cats.. tapi kena minta maaf lah kat jiran kalau kucing tu jadi "tukang" spray tak bertauliah.. hehehe

      4- betina kalau dilepaskan, baik sunat.. kalau tak, asyik memboyot jee.. kalau memang mampu dan ada tempat nak bela byk kucing.. tak pe.. nanti kalau dah byk sgt kucing, mulalah dibuang ke pasar2 yg berdekatan.. kesian..

      dan setau ina, kucing yg disunatkan lebih panjang umurnya.. cuma kucing ina tu "merajuk" dan stress bila kitaorang nak pindah rumah hari tu.. lagipun, kalau dia masih ada rasanya mesti dia akan sentiasa jeles dgn "adik"2 dia.. dan lagi satu, stray cats ni, kalau kat luar memang sgt2 kuat..

      Delete
  7. Tak ada kucing jiran datang rumah, kucing liar ada lah datang...dah dua tahun saya bagi kucing tuw makan tapi pandai pulak dia bawak diri tak pernah berak di laman rumah saya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah kalau tak menghadapi masalah ni.

      Kucing tu pandai membalas budi. Dia tahu tak sewajarnya budi dibalas dgn tahi ... ngeee

      Delete
  8. kat rumah sewa saya ni banyak jugak kucing datang berak
    tapi buan di laman rumah tapi kat depan gate dekat jalan... ada sikit kawasan berpasir...

    tapi saya tak pernah sumpah seranah cuma naik angin jugak kadang2 sbb aa saja taik kucing kat situ... bau dia boleh tahan... hahahaaa.... kalau saya rajin saya amik buang ke dalam longkang guna cangkul sekang cangkul sudah hilang... pasrah beb,...

    jadi petua letak bola tak boleh digunakan dalam keadaan saya tu... sbb nak kuar masuk nanti susah... silap2 bola kena curi heheheee...

    setakat ni masih boleh bersabar huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing ni biasanya depan rumah tuannya pun ada juga kawasan berpasir mcm depan gate awak tu. Tapi entah mengapa, kucing ni nak juga pergi berak depan rumah org lain dan bukan tuannya. Yang tak sedap dengar tu ada org yg bela kucing berlagak kata kucing dia pandai tak berak di rumah. Dia tak tahu ke kucing dia berak di rumah org lain .... huhu


      Belilah cangkul baru supaya senang awak nak buang tahi kucing lain kali.Takkan nak biarkan aje kat situ kan.

      Kalau takut bola hilang sebab letak depan gate boleh gantikan dgn botol air yg besar tu.

      selamat mencuba.

      Delete
  9. nak tambah satu lagi.... rasanya kucing tu bukan takut kat bola tapi takut kat suar kecik itu huwa huwa huwa.... cap buaya gamaknya..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyidai tu kat situ masa menjemur pakaian saja. Bila dah kering penyidai tu disimpan. Tapi bola tu tetap di situ.

      setakat ni nampak berkesan!

      Delete
  10. blh caye lke petua ni????


    ada kucing jiran ni, asyik sibuk nk tdo kat atas cikPuteri n sedara mara dia... semak! calar la keta org!

    agak2 blh guna petua ni x? *abeh la bola ko Farissss*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh cubalah dulu. Dah berapa hari emak Adam letakkan bola tu takde kucing yg datang berak ke sini.


      Pinjamlah dulu bola Faris tu. Kalau berkesan belilah bola lain utk gantikan bola Faris. Kalau tak habis pula bulu kucing dan kesan2 jari kucing atas badan Cik Puteri tu karang.

      Delete
  11. saya dulu tiap kali blk rmh rase nak sumpah seranah sebab kuar dr kte jer aroma taik kucing dimana2.Jiran yg membela kucing, halaman rmhnya disemen, halaman jiran yg x bela kucing n tak bersemen jadi mangsa.
    Langkah terakhir saya semen area parking(rumah teres jer, kalo rmh banglo cam YB brpe tan semen nk guna)barulah hidup kami sekeluarga tidak dibayangi aura taik kucem.

    Sekian itulah flashback saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemanalah agaknya kucing tu pergi berak sekarang ni? Mungkin rumah jiran yg masih tak simen lamannya .... hehehe.

      Ish saya pun tinggal di rumah teres juga. Cuma disebabkan kami tinggal di rumah paling hujung, adalah laman besar sikit daripada rumah tengah.

      Delete
  12. ooo, menjadi ya petua ni. Tp saya takde masalah ni, masalah saya burung suka berak kat laman belakang, tempat saya menyidai baju tu. Kadang tu, habis baju yang dah nak kering tu, kena tahi burung. Pakai petua ni boleh tak?...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung apa tu yg selalu berak? Nak pakai petua ni rasanya tak berkesan. Kena guna senapang patah kot baru lari burung2 tu ... hehehe

      Delete
  13. Engineer belajar fizik. Tak belajar ilmu haiwan..Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu DZ. Kalau suruh design jambatan atau pelantar minyak pandailah saya.... ngeee


      BTW emak Adam pun tak belajar ilmu haiwan ...hehehe

      Delete
  14. kucing pun tau malu.. haha malu kat kucing kang kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal kucing tu tahu malulah agaknya mereka datang berak secara sembunyi2 .... huhu

      Delete
  15. Adakah selama ini kucing tu dok sangka orang adalah bulat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org yg bulat tau ... hahaha.

      Saya dah tanya emak Adam dia kata mungkin kucing tu sangka bola tu adalah kucing lain. Itu yg mereka segan nak berak takut kucing lain nampak. Nak control ayulah tu .... (kes kucing betina) hahaha

      Delete
  16. Hahahaa...nampak sgt kucing tu tak skolah. Kucing dan org jauh bezanya tu tapi ok gak nanti boleh cuba2 petua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kuicng tu sekolah tentu dia tak berak kat laman org. Kalau tahi dia boleh jadi baja rumput takpelah juga. Ini kasi mati rumput tu adalah .... huhu

      Tak kisahlah kucing dan org jauh beza. Yg penting bola tu dapat menakutkan kucing2 tu .... hehehe

      Delete
  17. betul ke uncle,boleh cuba ni.. rumah saya mmg jadi tandas awam kucing2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni berkesan. Takdelah emak Adam dok kena buang tahi kucing setiap pagi sebelum menjemur pakaian.

      Rumah awak pun jadi tandas awam kucing2 ke? Bolehlah cas tuan punya kucing tu sorang 20 sen .... hehehe

      Delete
  18. Lagi satu utk lebah penyegat supaya jgn bersarang letak patong kecil cicak atau dinasour kat kaw penyegat suka buat sarang

    ReplyDelete
  19. kalau berak kt longkang umah mcm mana..boleh guna ka teknik ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami takde masalah kucing berak dalam longkang. Tapi boleh juga mencuba teknik ni rasanya ....

      Delete
  20. Bro. Boleh cuba produk dari Jepun "Cat Repellent". Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan kucing menjadi tak selesa dan segera beredar. Yang paling penting, murah, mudah dan tak menyeksakan binatang. Boleh lihat info produk di http://www.tenringgitshop.com

    ReplyDelete
  21. Saya di tadika juga turut menghadapi masalah yg sama.
    Kucing jiran sgt suka buang air di laman tadika. Kasihan anak-anak tak dapat main sand-castle petang-petang.Siapa ada idea lain selain letak bola ni? Sbb memang ada byk bola di laman tadika,xmenjadi petua ini.
    http://www.tadikashahalam.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bola tu tak boleh dibiarkan di laman siang malam kerana kucing akan tahu itu bola. Muslihatnya ialah letak sebelah malam bila dah gelap supaya kucing ingat ada binatang lain di laman itu dan itu akan menakutkan kucing yg nak berak.

      Wallahu alam.

      Tapi jika ada cara lain, kami pun nak tahu juga sebab masalah kucing berak di laman ni memang masalah ramai orang .... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails