Antara aktiviti yg kami paling teruja semasa ke Sabah minggu lepas ialah mengurut kaki menggunakan ikan di Sungai Moroli. Kalau anda dah sampai ke Kundasang dan Air Panas Poring, rugi kalau tak lajak ke Sg Moroli. Daripada simpang ke Poring, terus ikut jalan besar ke arah Telupid dalam 18km (kalau tak silap) sehingga anda jumpa ladang Sabah Tea di sebelah kiri jalan. Kalau dah jumpa jalan masuk ke ladang tu, terus saja di jalan utama sejauh 1km. Di sebelah kiri nanti anda akan nampak pintu gerbang lambang ikan kelah. Beli tiket di kedai di situ. Untuk dewasa RM5 dan kanak2 cuma RM2 untuk satu sesi selama 15 minit.
Tempat bergambar sebelum turun ke sungai (lepas naik semula pun boleh bergambar)
Sebaik anda mencecahkan kaki ke dalam sungai, ikan2 di situ akan datang berbondong2 utk menggigit dan membersihkan kulit2 mati anda. Bukan ikan kecil2 mcm di spa di KL ni. Ini ikan kelah yg besar2. goreng pun sodap
Yang warna gelap tu kelah. Ada juga sejenis ikan lagi yang ikut menyibuk. Ikan keli afrika pun ada 2-3 ekor. Buat-buat tak nampak ajelah kalau tak nak naik cepat
Kalau tak geli, tunggulah lama sikit. Lama banyak ikan yg datang. Aku rasa kebanyakan ikan yg mengerumuni abang Adam ini ikan betina. Ikan jantan cari pengunjung wanita!
Sekilas ikan di air sudah ku kenal jantan betina ..... cewah. Tapi kalau dah banyak macam ni mana nak kenal .... hahaha
Kalau nak bagi ikan2 ini makan pun boleh. Ada disediakan pallet dgn harga 20sen sebungkus. Campak aje dalam sungai tu menderu ikan bekejar ke arah pallet tersebut.
Kalau nak letak di tapak tangan pun boleh supaya ikan2 itu makan di tapak tangan
Di situ juga terdapat sebuah jambatan gantung. Kalau tak gayat, bolehlah menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung tersebut
Jadi apalagi? Pastikan anda masukkan lawatan ke Tagal Sg Moroli ini bila anda berkunjung ke Sabah lain kali.
banyak nya tempat yang pB tak pergi masa ke KK hari tuuuuuuu
ReplyDeleterugi rugi
Nampaknya kenalah pergi sana lagi. Memang kalau nak melawat semua tempat menarik sekitar KK dan Kundasang, seminggu pun tak cukup. Itu belum lagi tempat2 lain di Sabah.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHu hu hu daku sangat cemburu dengan ikan2 tu...geram nak jala terus ;)
Waalaikum salam anyss.
DeleteSaya pegang2 ikan tu. Kalau nak cekup memang boleh tapi mereka tak kasi. Kalau dapat seekor pun cukuplah. Bawa balik terus bakar.
rugi aaah !!
ReplyDeletesaya tak sempat gi
sabah tea dah sampai tapi!
Memang rugi.
DeleteKami give Sabah Tea tu a miss sebab nak ke Tagal ni. Setakat pokok teh di Cameron pun banyak .... ngeeee
Ohhh..YB ke Sabah ya last week..nanti saya nak backlog baca entri2 YB...itu betul2 punya besar ikan yg bersihkan kulit2 mati!
ReplyDeleteHa'ah kami pergi pada 31 Ogos dan balik pada 3/9/12 kerana menghantar anak ketiga mendaftar di UMS.
DeleteBanyak kisah kami di sana saya update di fb aje sebab tak berblog masa di sana. 3-4 entri sebelum ni kisah persiapan nak ke sana dan gambar2 semasa kami di Sabah.
Besar dan jinak ikan2 tu. Siap baring2 lagi kalau mereka nak bersihkan kulit mati sebelah bawah kaki kita .... ngeee
ni sape yg geli habisla bile kene serbu dgn ikan tu...
ReplyDeleteMemang ramai yg terjerit2 bila kena serbu dgn ikan2 tu ....
DeleteTak tahan geli ...
Gambar first tu ayah nampak kurus. Eh? Hahaha ^_^
ReplyDeleteeh bukan ayah memang kurus ke? .... lalala
Deletemacam mana ikan tu boleh kekal banyak ya...
ReplyDeletetak ada ke yg curi2 tangkap.. ?
Saya pun hairan juga ikan2 tu tak pergi ke tempat lain. Org nak tangkap memang susah sebab tempat tu dijaga. Cuma saya hairan kenapa ikan2 tak berenang ke tempat lain.
Deletesakit tekak menjerit di sini hari tu... sampai lupa batuk.....
ReplyDeleteeh ko pun terjerit2 jugak ke? Ingatkan Masy aje yg menjerit2.
DeleteTapi memang geli siot .... huhuhu
Saya dah pujuk suami bercuti ke sabah, dia kata insyaallah akan ditunaikan ni semua gara2 teegoda dengan gambar2 yb disana.
ReplyDeleteBaguslah tu. Nanti sampai sana sewa kereta (kalau takde yg sediakan) dan bolehlah pergi ke banyak tempat. Kundasang is a must. Pastikan tidur di sana kalau nak rasa kesejukkan suhu Kinabalu.
Delete