Thursday, September 6, 2012

Puding Kelapa dan Lokan Panggang Salut, Sabah

Jika kita ke sesuatu tempat yg tak pernah atau jarang kita kunjungi, elok kita mencuba makanan yg ada di situ yg tiada di tempat lain.

Semasa kami ke Sabah minggu lepas, kami telah ke Salut utk mencuba puding kelapa dan lokan panggang. Ada banyak gerai di kiri kanan jalan di situ yg menjual hidangan tersebut. Pilih saja mana yg suka.

Bagi yg tak pernah mencuba atau melihat benda ini, sila terus membaca entri ini .... hehehe


Inilah gerai yg kami pilih. Gerai Kak Tini.  Lokan kita boleh pilih dari longgokan di meja berwarna merah jambu.  Ada 3 saiz berbeza. Yang besar di sebelah atas tu yg paling mahal.  Selonggok RM12. Yang sederhana di tengah tu selonggok 20 biji berharga RM10 manakala yg kecil di bawah sekali tu RM7/longgok



Setelah kita memilih lokan, ianya akan dimasak di atas zink ini



Bila dah terbuka lokan2 itu, sebelah kulitnya yg tiada isi akan dibuang. Isi lokan yg tinggal di sebelah lagi kulitnya itu akan diletakkan bumbu daripada bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia untuk menambah rasa



Ini dia lokan panggang yg telah siap untuk dihidangkan bersama cincahan kicap .... perghh (menyesal order 2 longgok aje huhu). Hari berikutnya semasa kami pulang dari Kundasang, kami singgah untuk membeli lokan panggang ini lagi!



Yang ini pula adalah puding kelapa. Sebiji RM4. Kalau nak beli yg dalam gelas plastik pun ada. Cuma RM2 satu. Di UMS mereka jual RM3 satu gelas. Ambil untung sampai separuh! ish ish ish




Nak tahu betapa lazatnya puding ini lihatlah betapa seronoknya pasangan ini menikmatinya .... hehehe


Satu lagi gaya mereka berdua ..... jangan jeles

20 comments:

  1. nampak sedap tu..

    #salam ziarah dan persahabatan dari saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih sudi singgah dan komen di blog saya ni.

      Nampak sedap dan memang rasanya pun sedap. Patut dicuba kalau awak ke sana.

      Delete
  2. Replies
    1. alaaaa shaliza pun boleh suap menyuap dgn suami. Tak perlu jeles .... ngeee

      Delete
  3. salut lah awak yang tak takut mencuba benda baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni takde fear factor sangat. Beranilah saya cuba.

      Di Kundasang saya cuba tuhau (betul ke saya eja ni?) iaitu jeruk bunga kantan kalau tak salah saya. Tapi yg itu tak berapa ngam dgn selera saya ..... huhuhu

      Delete
  4. Replies
    1. Memang best. Lokan tu mereka beli dari Pitas. Begitu juga kelapa.

      Delete
  5. Makchaq pun singgah makan lokan ngan puding kelapa masa balik dari taman buaya..(kejadian hujung tahun lepas) dua2 sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak sempat nak singgah taman buaya tu sebab nak cepat sampai ke Kundasang sebelum gelap.

      Selain dari lokan dan puding kat situ juga ada jual nasi goreng, soto dsbnya. Kami makan juga sikit di situ sebelum meneruskan perjalanan. Keropok yg dalam plastik pun sedap.

      Delete
  6. CkLah baru pos kerang kupas dingin beku untuk adik ipar di K Kinabalu. Nak buat rendang open house katanya. Kerang kat sana tak best ke apa?

    Oh, anak dapat belajar di seberang laut rupanya. Hehe. CkLah ada 2 adik berkeluarga di KK. Penginapan percuma dah ada kalau ke sana. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang di sana mahal. Masa malam pertama kami pergi gerai makan di Tg Lipat, kerang sekilo RM30 mereka cas. Itu termasuk upah membakar dan meletakkan sambal. Tapi bagi kami masih mahal harga tu. Patutlah adik ipar ckLah minta diposkan dari sini.

      Dah ditakdirkan Afifah dapat tawaran belajar di sana. Kalau boleh memang nak dia belajar dekat Lembah Klang ini aje abg dan kakaknya.

      Oh senanglah kalau ckLah nak pergi makan angin ke KK sebab ada adik di sana. Oh adik yg selalu beri hadiah mutiara tu kat KK ya? Ingatkan kat bandar lain di Sabah.

      Delete
  7. nnt nak ngtau aBear suruh makan kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah tu. Tempat ni tak jauh dari Sepangar Bay.

      Puding kelapa tu kalau tapau bawa balik pastikan ianya disimpan di tempat sejuk semasa di dalam perjalanan. Kalau tak, ianya akan rosak.

      Delete
  8. gelak mengekek saya baca entri ni. YB mmg terer buat entry yg tergantung tapi best. heheheh!

    ReplyDelete
  9. alaaa..tak jeles punnn....













    kaklong ada jgk mkn bersuap,cuma tak ambil gambo jer....huhuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambo mana, gambo?

      (ala drsinga tanya bukti) .... hehehe

      Delete
  10. Wah pergi honeymoon sambil makan suap menyuap lagi, kelas ko yb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi honeymoon dgn anak2. Memang kelas mcm tu .... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails