Wednesday, September 5, 2012

Adam Dah 4 Tahun Hari Ini. Kecik2 Dah Femes

Hari ni genap 4 tahun usia Muhammad Adam Hakimi. Ramai yg panggil dia Adam. Ada juga yg panggil dia Kimi. Arwah neneknya antara yg memanggil dia dgn panggilan Kimi.

Kisah dia sejak dilahirkan sehinggalah dia dah berumur empat tahun ini banyak aku rakamkan di blog aku ini. Sebab itu dia femes - sefemes emak Adam. Bila aku bawa dia berjumpa saudara mara atau rakan blog/fb yg tak pernah berjumpa dia, mereka sering teruja dan berkata, "Oh inilah Adam."

Sempena ulangtahun hari lahirnya dan perjalanan kami ke Sabah baru2 ini di bawah ini aku kepilkan gambar2 Adam utk tatapan bersama.


4 tahunlah ...


Kecik2 lagi dah naik kapalterbang. Pakai selipar aje pulak tu .... hehehe


Apalah emakbapak Adam ni asyik makan seafood aje kat Sabah ni? Tapi sotong goreng tepung ini Adam suka

Ini sekolah Kakak Afifah. Nanti selama 4 tahun dia di sini bolehlah Adam selalu ke Sabah


 Universiti Kakak ada pantai. Kapel tentu suka pergi kat pokok ni. Tengok ayah dan emak Adampun nak romen kat situ. Biar Adam kacau daun .... ngeeee


Pagi2 lagi emak suruh Adam bangun utk ambil gambar Gunung Kinabalu. Ini baru pukul 6:15 pagi. Sejuknya bukan main. Nasib emak bawakan baju panas. psst - tak kuasa adam nak buat mcm yg lain tu



Ikan2 kat sungai ii suka gigit2 kaki. Adam tak berani nak masuk ke dalam sungai. Lain kali ayah tunjukkan gambar2 close up pulak.

20 comments:

  1. jauh kakak belajar takpe..nanti boleh la mak ayah kesana selalu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang long dan kakngah belajar dekat sini aje tapi kak fifah yg kena belajar jauh. Dulu dia dapat tawaran buat medic kat Mesir tapi emak dan ayah tak kasi.

      Nak ke sana selalu pun tak larat. Mana nak cari duit belanja dan mana pula nak cari cuti ... huhuhu

      Delete
  2. hai Adam !!!
    pis !!


    hari tu saya tak sempat pergi kat tempat ikan yang suka gigit gigit kaki tu ... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aunty. Pis no war.

      Rugi aunti tak pergi tempat ikan gigit2 kaki tu. Besar2 dan jinak2 ikan kelah dan sebarau (kot). Ikan keli afrika pun ada seekor dua!

      Delete
  3. anak lain jeles tak nama dia org tak se gelemer adam....ngeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya anak yg lain tu tak kisah sangat .... cuma sekali sekala tu mereka kata kenapa sebut emak Adam sedangkan itu pun emak mereka jugak .... huhuhu

      Delete
  4. Selamat Hari Jadi Adam,
    Sebaya Nafisah rupanya.. Nafisah bulan Disember

    cool gaya Adam naik kapalterbang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih makchaq.
      Oh boleh geng dgn Nafisahlah ni. Tua 3 bulan aje. Tahun depan masuk tadikalah.


      Dia ikut suka dia aje semasa naik kapalterbang tu. Dah kat dalam tu dia dapat kawan pula budak lebih kurang baya dia yg duduk di kerusi depan dia.

      Delete
  5. walau saya dah pernah pegi sabah, tapi saya tak penah tengok adam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau balik Subang singgahlah sini beraya. Bolehlah jumpa Adam.

      Delete
  6. Replies
    1. Thanks kak jard.

      Kalau jard ada kat Sabah hari tu kan best. Boleh singgah kampung jard.

      Delete
  7. wahh...6.15 pagi da terang mcm tu ehh??? cepatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana memang cepat terang. Tambahan gunung tu tinggi. Maka ianya cepat kena sinaran mentari.

      Kat sana kalau bangun pukul 6 dah Subuh gajah .... huhuhu

      Delete
  8. dah besar adam rupanyerr.. ehhhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu cepat masa berlalu.

      Kali terakhir Adam jumpa en_me nenek dia ada lagi. Skrg nenek dia pun dah tiada. Itu sebab Adam pun dah besar.

      Bila kita boleh pekena teh tarik?

      Delete
  9. happy birthday adam comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Adam comel sedang menonton kartun tu.

      Ramai org cakap adam ni comel termasuk ayahnya.

      Delete
  10. Hi adam, selamat hari lahir yang ke 4, jangan ikut perangai ayah yang suka romen2 kat pokok tu, malu orang nampak nanti tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you auntie.

      Pasal ayah suka romen2lah Adam ada. Kalau ayah tak suka romen abg Haikallah jadi yg bongsu .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails