Wednesday, September 26, 2012

Gambar-gambar Semasa Di Rumah Pakengku Kuziecaterer


Bersama Riz Ardy dan Nassier Wahab


3 jejaka Malaya bersama dgn Pak Engku yang bersongkok tinggi (trademark dia tu)


Makanan sedap-sedap malam itu dengan diberi layanan istimewa lagi. Kebanyakan jemputan lain makan di bawah khemah di luar rumah .... ngeee


Abon berseorangan menjadi pengacara majlis pada malam tersebut. Rasa-rasa boleh tak aku ganti Os untuk bergabung dgn Abon?


Jamal Abdillah dengan mata kuyunya. Peminat wanita bawa bertenang ya .... hahaha

BTW gambar-gambar ini telah disiarkan ditag ke fb aku pada malam kejadian oleh Riz Ardy. Sesiapa yang nak mengikuti fb aku bolehlah add aku. Aku lebih kerap update di fb drpd di blog ini.


18 comments:

  1. bagai pucuk dicita, ulam mendatang..dah lama nak add YB dekat fb..tapi segan :) bila Yb dah pelawa..bolehlah saya add ye!..

    meriahnya makanan atas meja tu!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak disegankan. Ieda dah lama pun ikut blog saya ni. Ada org dari Nigeria yg saya tak kenal langsung pun cuba nak add saya di fb. Saya tak layan .... ngeeeee


      Memang banyak makanan. Dah Pak Engku tu kan caterer yg tersohor.

      Delete
  2. Kemain bergumbira yb di kelilingi rakan2 artis, kakak sulung saya berkawan baik dengan Pak Ungku sebab dulu kakak saya duduk di Shah Alam. sekarang dia dah berpindah balik ke Jb setelah suami nya bersara dari menjadi Timbalan Ceo kontena Nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis2 tu pun bukan selalu dapat jumpa YB .... hehehe (gelak perasan)

      Oh kakak sulung awak kawan baik Pak Engku. Mesti dia kenal kalau saya tanya. Saya taklah kenal rapat dgn Pak Engku tapi sekadar di fb. Dan entah mcmana saya antara yg dia pilih utk diundang ke majlis dia malam Sabtu baru ni.

      Delete
  3. Salam YB...kat FB selalu menyapa tapi rasanya first time singgah sini. Glamour raya dengan artis ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam JunAina.

      Itulah kadang kita kenal di fb tapi tak di blog. Begitu juga sebaliknya. Tapi yg ramai, kita kenal di fb dan blog sehingga kita tahu segala gerak geri mereka dan keluarga serta rakan2 mereka.

      Terima kasih sudi singgah di blog saya ni.

      Raya dah habis pun sebenarnya tapi masih disambut. Hebat org Malaysia ni.

      Delete
  4. Replies
    1. Kenal artis2 atau PakEngku?

      Artis2 tu memanglah ramai org kenal. Malam tu ada ramai lagi artis seperti Helen Velu, Maulana, Zur Eda dan beberapa org artis veteran.

      Pakengku tu saya kenal melalui fb. Kira kami ni rakan fb lah.

      Delete
  5. nassier wahab yang masih kacak dan gantengg... kekeke.. suka dengar lagu2 lama dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang maintain dari dulu. Suara dia pun masih semerdu dulu.

      I wish you were there that night ... ngeeee

      Delete
    2. ngeee.. if i'm there i nak berduet ngan nassier wahab.. haha..

      Delete
    3. tak sabar nak dengar anaa menyanyi live .... lalala

      Delete
  6. nasib baik abon tu rendah sikit dari YB,kalau tak rasa kaklong YB lah yg paling rendah kat situ..ngehhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah .... bila tengok gambar ni terserlah saya lebih tinggi daripada Abon. phewww

      Delete
  7. Yesss! saya memang nak komen macam Kaklong juga! Rupanya Bang YB tidak ler tinggi mana pun! silap-silap saya lagi tinggi! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jahatttt.

      Saya nak pakai songkok tinggi mcm Pakengku utk tak nampak rendah sangat .... huhuhu

      Delete
  8. Ooo ni baru nampak pemilik Kuzie yang terkenal tu.. tengok nama saja..
    Semua orang2 terkenal dan ternama nampaknya kat jamuan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah dia Pak Engku yg femes tu. Dia biasa menyediakan hidangan utk org2 kenamaan spt PM, TPM dan Sultan Brunei selain majlis perkahwinan artis spt Lisa Surihani dan Sha/Awal.

      Semua org2 terkenal dan ternama kat jamuan tu kecuali saya nilah yg tak terkenal lagi tak ternama .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails