Thursday, August 30, 2012

Senarai Semakin Panjang - Sabah Bah...!

Bila aku masuk bilik Afifah pagi ini aku lihat dia sedang berkemas.  Eloklah tu sebab esok dah nak terbang ke Sabah.

Bila aku lihat whiteboard tempat dia mencatat senarai barang2 yg nak dibawanya semalam, listnya semakin panjang dan detail. Berikut senarai tersebut:



Dia dah beli air kotak dan nak dibawanya sekali.  Aku dan emak Adam kata beli ajelah kat sana. Yang ini tinggalkan kat rumah utk kami atau utk org yg datang beraya .... hehehe

24 comments:

  1. Replies
    1. Saya pun terkejut tengok list dia ni .... huhuhu

      Delete
  2. humangai! udah macam nak pindah umah! ni konfirm lebih berat luggage nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh rumah pun dia nak bawa pergi ...

      Memang lebih daripada 20kg luggage dia tu tapi kami pergi sekeluarga. Boleh bawa sampai 160kg ... ngeeee

      Delete
  3. afifah tau tak abahnyer post kan nie ...
    hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tahu masa saya nak ambil gambar tadi tapi tak pastilah kalau dia tahu nak keluar kat blog saya. Itu sebab ada barang2 yg sensitif saya tutup dgn pemadam tu .... hehehe

      Delete
  4. jauh jugak tu afifah..tapi tak pe abah afifah boleh terbang bila2 afifah perlukan pertolongan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya ini IPTA paling jauh bagi kita yg duduk di Semenanjung ni. Tapi nasib baiknya ia dekat dgn KK dan ada 1Borneo shopping complex di seberang jalan dari UMS ni.

      Abah afifah nak terbang bila dia perlukan pertolongan tu susah sikit. Tapi setakat pindahkan duit sikit2 tu bolehlah.

      Delete
  5. stail saya jugak Afifah ni...hehehe!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    jangan lupa bekalan biskut tin dan megi, kot2 terdesak dlm seminggu dua tu coz masa tu blm tahu lagi mana nak cari (pengalaman pribadi ni... serik ambo!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Bekalan biskut tin dan megi tu memang dah mesti. Tapi nak beli di sana aje sebab tak nak beratkan beg yg memang dah berat selain takde tempat nak bawa dari airport ke UMS.

      Apa jadi kat anyss masa belum tahu nak cari makanan kat mana dan bekalan biskut tin dan megi takde? Puasa ke?

      Delete
  7. mak ai..list dia..part beg ngan flat shoes saya tak tahan gelak tu yb. details sungguh dia ni...berapa beg barang dia saja tu yb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkejut tengok list dia tu. Patutlah budak pompuan bila masuk asrama atau kolej bawa 2-3 beg besar. Semua nak dibawanya mcm duduk kat rumah.

      Dia kata nak bawa 2 beg besar dan satu beg sandang. Itu tak masuk barang2 yg nak beli di KK.

      Delete
  8. Waduh.. memang panjang listnya.. tapi tulaa.. kalau tak buat, lupa.. kalau tertinggal tak kuasa laa pilot nak patah balik kan? tapi kalau excess luggage tu, antor kargo jek Paman.. ataupun kalau Paman kenal pegawai airline kat airport, mintak diaorang kow tim je.. hehehe.. ngajo laa plak.. :D

    teringat cerita Hefni masa kat Sabah dulu.. menghantar abangnyer mendaftar di UiTM Sabah. Pelajar2 semenanjung siap bawak beras tu. Parents takut anak2 tak dapat makan kat Sabah.. ahaks..

    apa2 pun good luck ye Afifah.. selamat "mengembara".. jgn nangis tau.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pukul 1 lebih ni masih belum siap mengemas barang2nya. Mungkin tak muat nak masukkan ke dalam tiga beg. Paman dan emak Adam cadangkan masukkan kotak aje. Kalau bawa beg banyak2 nanti kat kolej takde tempat nak simpan beg2 tu.

      Memang barang2 dia akan lebih dari 20kg. Tapi sebab kami pergi sekeluarga boleh bawa 160kg. Rasanya total tak sampai seberat itu sebab yg lain taklah bawa barang banyak sangat. Tak perlu nak kow tim dgn org MAS kat check in kaunter tu .... hehehe

      Sampai bawa beras? Ish buat malu aje. Kat sana mcm2 ada sekarang. UMS ni dgn 1 Borneo tak jauh. Di 1B tu Giant pun ada. Senang nak beli grocery.

      Terima kasih bagi pihak Afifah. Rasanya dia tak nangis sebab dari Tingkatan 1 dia dah belajar jauh dari rumah.

      Delete
  9. ..salam uncle..

    ni bukan untuk dia sorang ni..untuk adik beradik perempuan yg lain jugak ni..beg dah berapa banyak?

    zaren dulu satu beg pegang, satu beg galas je. 3 tahun. selamat.

    selamat menghantar.
    p/s: masuk gambar naik alphard tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam zaren...

      Dia cuma ada seorang kakak. Adik2 semua lelaki. Memang ini semua utk dia saja. Takde kerja dia nak buatkan senarai utk Atikah. Kakak dia tu pun tak rela dibuatkan senarai mcm ni .... hehehe

      Pelajar lelaki mmg sempoi. Satu beg pegang dan satu beg galas pun dah cukup. Ada yg beritahu mereka ini berkongsi pakaian dgn kawan2. Itu sebab cukup ..... betul ke? hehehe

      Bab ambil gambar tu uncle serahkan kpd Hazwan. Dia yg bawa kamera canggih.

      Delete
  10. Yb anak perempuan cam ni lah. Anak perempuan saya akan balik ke UIA kuantan pada 8hb Sept ni, tengok barang barang yang dia dah pack mak oi takut nya macam nak pindah rumah, bila kita tegur dia kata semua barang barang tu dia nak guna. Malas dah nak tanya lagi angkut lah satu rumah pun kalau dia nak, ya lah bukan boleh di sekat sekat ada je jawapan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik kereta takpe lagi selagi muat kereta tu. Bagilah anak awak tu bawa apa yg dia rasa perlu. Kalau tak nanti dia call kata barang ini takde barang tu takde.

      Hari tu memang barang2 afifah ni overweight kalau timbang sendiri. Tapi kerana kami 8 org bolehlah bawa sampai 160kg. Cuma pakai 93 kg aje.

      Delete
  11. Replies
    1. janji bahagia. Itu pun banyak yg kena beli kat KK.

      Delete
  12. Mohon kebenaran untuk blog ini di linkkan dengan blog STJ Online www.stjonline.com . Email admin@stjonline.com





    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails