Yang mula2 kena ialah emak Adam. Tumbang dia dua hari. Melepek aku tengok. Untuk juadah berbuka aku beli makanan dari param. Tapi untuk sahur dia gagahkan juga bangun memasak. Aku turut ke dapur sebelum pukul 5 pagi utk memberi sokongan moral dan menolong apa yg patut.
Selepas itu Adam pula yg tumpas. Demam dan muntah2. Dahlah badan tak berisi - tambah slimlah budak tu. Bawa pergi klinik doktor bagi ubat dan suruh minum air suam banyak2.
Adam belum pulih, kena pula kpd abang2nya. Tak sekolah budak dua tu dibuatnya.
Selepas tu berjangkit pula kpd abg Adam yg sulung semasa kami balik kampung pada Sabtu lepas. Tak dapat berterawih dia pada malam tersebut.
Hari Ahad lepas giliran Afifah pula demam. Bila aku hantar dia ke klinik pada Isnin tu doktor bagi MC dua hari. Tak dapatlah dia pergi kerja pada hari2 terakhir dia di MIH.
Sepanjang tempoh tersebut alhamdulillah aku ok aje. Mungkin antibodi aku kuat kali ini (mulalah perasan).
Nanum semuanya berakhir awal pagi semalam bila tiba2 aku rasa seram sejuk semasa tidur. Tengok jam baru pukul 2:30 pagi. Aku bangun dan capai botol panadol yg memang emak Adam letakkan di dalam bilik. Telan 2 biji lalu berselimut supaya keluar peluh. Menjelang waktu sahur demam aku agak berkurangan. Tapi menjelang tengahari semalam suhu badan aku naik. Nak buat macamana. Bukan boleh makan ubat sebab puasa. Nak berbuka hanya utk makan ubat pun tak berbaloi. Selepas solat Zohor aku tergolek dog sampailah emak Adam kejutkan aku utk solat Asar. Itupun dah pukul 5 ptg. Mujur trip aku ke Penang yg sepatutnya semalam ditunda oleh pihak klien.
Hari ni aku belum sihat sepenuhnya. Mesyuarat pagi ni aku tak dapat pergi. Tapi blog dan fb masih boleh lagi ..... hehehe
meh YB
ReplyDeleteinjection ado!!!!!!!!!!
Oh tidak. Saya takut jarum!!!
Deletesemoga cepat sembuh
ReplyDeleteAmin. Terima kasih mendoakan.
Deletedok kalau injet batal posa kan? kurang sehari pulak posa yb nanti ;p
ReplyDeleteAda pendapat kata tak batal kalau injek ubat melainkan ubat kuat .... ngeee
Deletetajuk tadi ingatkan yb dapat projek kereta kebal ;p
ReplyDeleteProjek kereta kebal dah diambil sykt lain. Saya ingat nak supply kapal selam ketiga .... hehehe
Deletekita manusia biasakan..takleh lari bila dah nak kena, semoga cepat kebah ya..
ReplyDeleteBetul kata awak tu. Kita tak kebal manapun. Bila Allah nak beri kita sakit, kita tetap akan sakit. Itu menunjukkan betapa lemahnya kita sebagai manusia ni.
DeleteAmin. Semoga makbul doa awak tu. Terima kasih.
Chenta baru je selsema semalam .. & badan panas .. dapat gak la jadikan alasan balik awal .. hikhikhik ..
ReplyDeletetak boleh MC nanti xdapat bonus !! hahaha
Buka nanti jangan lupa makan ubat supaya cepat sembuh.
DeleteBetul ke kalau ambil MC tak dapat bonus? Sepatutnya org sakit dapat bonus dan dapat wang ihsan .... ngeeeee
inject aja YB...boleh inject ubat demam/tahan sakit badan...tak batal puasa..ekeke
ReplyDeleteBiar saya makan ubat telan daripada kena injek. Lagipun saya dah pulih skrg ni ..... ngeeee
Deleteabang kena masa awal puasa ..sekarang alhamdulillah dah ok. semoga diberikan kesihatan olehNya hingga selepas rasa dan seterusnya. tahun ini kami cadang nak balik ke Perlis. kalau demam nanti mungkin terpaksa tinggal sorang kat rumah ..
ReplyDeleteOh awal abang dah kena. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah di bulan yg mulia ini dan semoga kita dipanjangkan umur utk bertemu dgn Syawal.
DeleteTahun ni abg ikut menambah pendapatan PLUSlah nampaknya.
Kalau demam sekalipun takkanlah makngah sampai hati nak tinggalkan abg sorang kat rumah?