Wednesday, August 1, 2012

Selepas 11 Hari Cuma Turun 2 kg Aje ....

Semalam semasa aku tengah mandi Afifah sibuk mencari timbang eletronik di bilik aku.  Dia tak tahu kat mana emaknya simpan timbang tu.

Selepas mandi aku pun tunjukkan kat mana timbang tu dan di mana kami simpan kunci almari itu.  Kalau tak kunci, mahu si Adam aje yg sibuk menimbang berat dia.

Selepas habis menimbang beratnya, Afifah cepat2 reset timbang itu - takut aku tahu berat dialah tu (ada aku kisah!).

Aku suruh dia set semula timbang tu utk aku pula menimbang berat aku.  2 Ramadan hari tu semasa aku timbang, berat aku naik daripada berat sebelum puasa ..... huhuhu.

Semalam semasa aku timbang berat aku dah turun 2 kg berbanding berat 9 hari lepas.  Walaupun tak mencapai KPI aku, tapi sekurang2nya ada jugalah penurunan.  Itupun aku timbang dgn tuala mandi aku sekali. Kalau buang tuala basah tu sebelum menimbang, mesti lebih ringan! hahaha


30 comments:

  1. agaknya tu sebab sebelum ni makan beli kan masa emak adam demam..kalau tak rasanya berat naik lagi kalau emak adam yang masak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg emak Adam dah sihat dan masak utk berbuka kena berhati2 saya ni. Saya risau sampai 20 Ramadan naik bailk 2 kg tu .... huhuhu

      Delete
  2. Replies
    1. Mungkinlah tu.

      Tapi kalau kena 3 bulan berturut, gerenti slim mcm Yasin Scenario ..... ngeeeee

      Delete
  3. assalam YB..timbang digital acik abih bateri kot..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Acik. Lama sangat tak digunakanlah tu agaknya.

      Kat rumah ni emak Adam yg rajin menimbang .... hehehe

      Delete
  4. Lepas buang hajat besor + buang hajat kecil.... Sekilo hilang, eheheheh.

    Xpercaya? Try tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai sekilo pun. Saiz purata tinja 200gram rasanya.


      p/s: kena jadi anon kali ni. hehehh..

      Delete
    2. ~najwa~

      Bukan tak percaya doc tapi sebelah petang dah takde apa yg nak dibuang sangat pada bulan puasa ni.

      Kira2 bolehlah kalau saya tolak setakat 0.5kg utk hampas tu .... hehehe

      Delete
    3. Anon,

      Tuala kering mungkinlah 200gram. Kalau basah sebab lepas mandi boleh tambah lagi 100 gram kot .... hehehe


      Alaa kenapa jadi anon kali ni?

      Delete
  5. hohohoh...cemerlang gayanya tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun lepas dapat turun 5 kg sepanjang bulan puasa. Ingat tahun ni nak up sikitlah. Tapi nampak gayanya mencabar sasaran tu seperti mencabarnya nak dapat pingat bagi pasukan kita di Olimpik .... ngeeee

      Delete
  6. tapi berapa agaknya berat yb ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat saya sekarang lebih kurang 5kg lebih berat daripada emak Adam .... hehehe

      Delete
  7. mari kita berazam menguruskan badan kan?
    sya sedang semangat nih sebab setakat ni dah kurang 2 kilo ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Eja!

      Saya rasa awak boleh turun lebih lagi sebab malam awak jarang makan sahur .... ngeeee

      Delete
  8. hahahhahaa...lain kali timbang sambil bogel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat bogel aje tapi bulu2 yg lebih tu patut dipotong atau dicukur dulu sebelum menimbang .... wakaka

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    tunggu 2-3 hari lagi nak timbang gak lah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Lagi 3 hari genaplah setengah bulan kita berpuasa. Elok juga timbang masa tu nak tahu berapa banyak dah turun. Sampai hujung Ramadan boleh hilang 2 kali ganda daripada itu.

      ps - lepas raya jadi ke nak ikut makan nasi kandaq di Penang? Kalau naik berat badan selepas tu jgn salahkan saya..... ngeeeeee

      Delete
  10. oh ya YB, nak jawab soalan YB pasal sakit tumit lepas lari kat treadmill tu...paling logik diagnosis nya ialah plantar fasciitis...iaitu keradangan pada tissue lembut di tapak kaki yg dipanggil fascia....biasa terjadi kalau lepas buat aktiviti lasak/jarang2 lari before this..should be okay after few days..bioleh makan painkiller kalau sakit sangat..kalau tidur, kaki tinggikan sikit dgn letakkan bantal kat tumit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas penerangan doc tu.

      Dah lebih 2 bulan saya dan emak Adam berhenti menggunakan treadmill tu sebab sakit tumit tu tapi sehingga sekarang masih lagi sakit terutama selepas bangun daripada tidur. Ada masa siang kurang sakit tapi ada masa siang pun sakit sehingga nak berjalan dan berdiri ketika solat pun susah .... huhuhu.

      Inilah kalau org jarang bersenam sebelum ini ....

      Delete
  11. Penimbang saya dah lama putus spring nya! toing! toing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak putus springnya. Yang naik atas timbang tu berat sangat ...... hehehe


      larikkssss

      Delete
  12. Saya ingat saya sorang je yang sibuk menimbang berat badan masa bulan puasa, rupa nya ada jugak geng timbang. Rasa rasa nya macam dah malas nak menimbang lagi sebab berat badan sama je tak naik dan tak turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak timbang setiap hari ke? Memanglah tak nampak perubahannya melainkan awak buka dan sahur dgn memakan buah kurma aje .... ngeeeee

      Cuba timbang 10 hari sekali. Kalau dapat kurang berat badan 1 - 2 kg utk 10 hari tu dah kira ok jugalah tu

      Delete
  13. tahniah YB sbb dah turun berat badan ...
    macam saya pulak tak timbang pun kawan2
    yang jumpa saya mesti kata saya KURUS
    hehehe... yg peliknya saya tak pernah gemuk
    mugnkin betul saya dah kurus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ucapan tahniah tu. Semoga ianya menjadi pembakar semangat utk turun lebih lagi di hari2 mendatang.

      Kawan2 kata awak kurus sebab dah bertambah kurus dari sebelum ini agaknya. Org bujang yg bila bulan puasa ini makan ala kadar semasa berbuka dan bersahur memang senang nak kurus. Dulu masa saya bujang pun mcm tu .... hehehe

      Delete
  14. Saya tak turun punn...Redha jer laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua orang yg berpuasa akan turun berat badan. Ada yg semakin meningkat!

      Kalau Granny Hani dapat maintain dah kira baiklah tu .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails