31 Ogos ni kami sekeluarga akan ke Kota Kinabalu menghantar Afifah utk mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada keesokan harinya. Kebetulan cuti umum Hari Merdeka dan dapat pula tiket kapalterbang murah.
Berikut adalah senarai semak yg disediakan sendiri oleh Afifah untuk memastikan semua yg diperlukan ada dibawa bersama semasa mendaftar nanti. Kalau tertinggal bukan oleh nak balik2 rumah:
Daripada senarai itu ternyata masih banyak perkara yg masih perlu dibereskan. Antaranya ialah:
1) Buka Akaun SSPN - kerana ini diperlukan jika mahu dapat pinjaman daripada PTPTN. Hazwan dulu syarikat kulit kerang yg taja sepenuhnya manakala Atikah aku bayar sendiri yuran dan duit kolej dia. Tapi ada pihak dah janji nak kira halal pinjaman PTPTN kalau mereka memerintah. Oleh itu ambil ajelah pinjaman ini - mana tahu mereka menang PRU13 nanti .... hehehe
2) Sijil SPM - ada di MRSM Serting. Afifah di dalam perjalanan balik dari sana petang ini. Dia pergi naik kereta. Ada kawan2 dari Johor yg tunggu utk tumpang keretanya dari Seremban.
Kalau masa dia belajar di Serting dulu akulah yg berulang alik ambil dan hantar dia setiap kali cuti semester, sekarang dia dah ada lesen kereta maka kenalah usaha sendiri.
3) Barang Asrama - malam tadi Afifah dan emaknya dah pergi beli sebahagian barang2 asrama tu. Selebihnya seperti baldi, gayung dsbnya kami beli di KK aje nanti. Takkan nak bawa barang2 tu naik kapalterbang? huhuhu
4) Kemas dan Timbang Luggage. Biasalah budak2. Selagi tak last minute jangan harap nak siap kemas.
tak dapat dibayang bawa baldi naik kapal terbang....hehehehe
ReplyDeleteBawa baldi tu ok lagi. Masa saya di Miri org sana bawa ayam sabung naik belon ..... huhuhu
Deletetu memanglah yb.beli telur ayam pun naik kapal terbang....
DeleteDah biasa ok. Mula2 terkejut jugak
Deletetu mereka cakap org belah sana kaya-kaya. tu je pun pengangkutan yang senang dan ada. sekarang tak taulah.dulu ada gak twin oter tu...sekarang mas wing kot
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah anakanda Afifah. Tahniah YB dan Mak Adam.
Errr...pasport antarabangsa kalau ada sila bawak. kalau tak ada guna ic dulu, nanti buat pasport hijau kat sana nanti.
Ke tak payah guna pasport dah sekarang?
Waalaikum salam anyss.
DeleteTerima kasih bagi pihak Afifah, emak Adam dan ayah adam.
Sekarang ni dah tak perlu guna passport utk masuk Sabah atau Sarawak. Guna IC atau surat beranak dah cukup.
mmg boleh guna IC tapi tempoh lakunya 3 bulan sahaja, nanti kena ulang alik ke imigresen utk perbaharui. Student semenangjung yang pi sana biasanya akan buat pasport hijau tu...kalau dah sedia ada pasport antarabangsa, elok bawa.
DeleteTak tahulah kot sekarang dah tak payah buat mcm tu...cer try tanya sesiapa yang masih belajar kat sana. masa adik saya belajar di Kuching dulu, undang2nya begitu ;)
Terima kasih di atas keprihatinan anyss di dalam perkara ini.
DeleteSaya telah bertanya dgn rakan fb yg juga pegawai immigresen di KK. Dia memaklumkan bahwa sekarang ini IC sudah memadai. Bagi para pelajar mereka hanya perlu mengemukakan IC dan kad matrik bila nak keluar dari Sabah setelah tempoh 3 bulan tamat. Bagi pelajar tiada tempoh tertentu dikenakan dgn syarat mereka menunjukkan kad pelajar.
Adik anyss belajar di UiTM Semariang ke dulu?
Alhamdulillah, dah banyak dipermudahkan dlm tempoh 4 thn ni. Adik saya di Poli kuching nun di hujung jalan sana. tapi best sbb byk kaw perkelahan. 3 tahun dia kat sana tapi tak pandaipun klaka sarawak.
DeleteAlhamdulillah. Semoga satu hari nanti kalau nak travel antara semenanjung dgn Sabah/Swak senang mcm kita di sini.
DeleteOh dia di Poli. Anyss ada ke ke Muzium Budaya tu?
Kamek di sinun marek ada belajar kelaka sarawak. Mun kitak ajak kelaka boleh juak.
hehehe. best tu, boleh bercuti ke sabah sekali...
ReplyDeleteIni yg habis satu keluarga ikut kerana kecuali emak adam dan anak sulung kami, yg lain tu tak pernah ke Sabah.
DeleteSaya dah banyak kali ke Sabah atas urusan kerja tapi tak sama pergi bertugas dgn pergi bercuti dgn keluarga.
baru nk p beraya rumah yb...heehehhh
ReplyDeletekek KK pulak yer...
semoga selamat semuanya...
Sabtu dan Ahad lepas kami memang tunggu org datang ke rumah. Kalau kaklong datang masa tu best juga sebab makanan memang dah tersedia. Nampaknya belum rezeki lagilah tu.
DeleteTerima kasih mendoakan. Amin.
Beg memang kena kemas last minute, klu kemas awal2 tiga empat kali punggah balik...
ReplyDeleteMakchaq masa belajaq jauh dulu2 mak suruh bawak pakaian saja.. Alasan dia..bawak duit lagi ringan.. ..
Afifah sedang kemas beg dia pagi ni. Panjang senarai barang yg nak dibawa di dalam 3 buah beg tu. Tak tahulah muat ke tidak ....
DeleteMakchaq belajaq kat mana dulu? Betul apa kata emak makchaq tu tapi selain pakaian ada juga benda2 lain seperti Al-Quran, iPad, dan kasut yg Afifah bawa selain duit.
tahniah Afifah dapat melanjutkan pelajaran ke UMS...terbang sentiasalah YB ke KK...balik hari pun boleh!
ReplyDeleteNak pergi luar negara tak dapat, keluar negeri pun jadilah. Arwah nenek dia minta dia cari yg dekat2 mcm abang dan kakak dia tapi UPU dah tawarkan tempat di KK maka terima ajelah.
DeleteKalau saya nak pergi selalu tak larat. Biar dia aje yg balik sini.
everyone can fly...........
ReplyDeletedlu mase blaja,imigresen bg pasport kaler biru
dpt la eksen mcm study oversea..haha
eh,over the seaaaa..
everyone can fly kite ..... kami naik MAS! Dapat tambang promosi RM159 sehala.
DeleteDulu awak belajar di mana? Masa itu memang ada pasport kaler biru tu. Saya pun gunakannya semasa bekerja di Miri. Satu yg kaler merah dan satu yg kaler biru. Setiap kali keluar masuk Sarawak w/p nak ke pelantar minyak di perairan Sabah kena cop pasport. Sekejap dah penuh. Itu sebab guna yg biru.
awat tak datang klenet saya buat medical tuu..?
ReplyDelete:(
Afifah pergi buat check up tu sendiri. Dia tak tahu klinik DrSinga kat mana. Lagipun nak kena buat x ray sekali.
Deleteada gak xray kat sini..
Delete:P
Oh ya ke? Lain kali bolehlah kalau Haizam nak ke IPTA
Delete:)
tahniah .....
ReplyDeleteaBear nak ke KK jugak tapi pada 5hb
Terima kasih,
DeleteaBear ada kerja kat sana ke? Kami balik sini semula pada 3hb. Tak dapat jumpalah.
Yb,anak buah saya yg saya citer amik matrik sama
ReplyDeletengn afifah dulu tu pun masuk UMS gak.Esok kakak saya
p hantar dia daftar.Dia amik Biotech.
Oh ya ke? Afifah ada juga beritahu ada budak2 matrik London yg dapat tawaran ke UMS. Itu yg dia agak suka tu sebab ada juga kawan.
DeleteSiapa nama anak buah Cik Yun tu? Mungkin Afifah kenal dia. Flight mereka pukul berapa esok? entah2 same flight .... ngeeee
tahniah afifah..
ReplyDeleteTerima kasih b/p Afifah.
DeleteNak ucap tahniah kat Afifah juga, dia ambik apa yb?
ReplyDelete