Tuesday, July 31, 2012

Terlebih Jual (Over Selling)

Semalam aku dan rakan bisnes aku ke HQ pelanggan baru kami.  Mereka ada nak buat penambah baikan utk pejabat tambahan mereka dan membaiki surau.  Kami baru saja diberikan Purchase Order (PO) untuk kerja2 itu Jumaat lepas.

Sebetulnya kami telah memberi sebut harga kira-kira 3 minggu lepas tetapi mereka agak sangsi dengan harga yg kami tawarkan utk kerja2 di surau.  Mereka beritahu kami, harga kami jauh lebih murah dari sebutharga kontraktor lain - tak sampai separuh.  Aku jelaskan bahawa memang utk kerja2 pembaikan surau itu kami tak bercadang mengambil untung banyak kerana kami juga nak 'menyumbang' untuk Akhirat.

Selepas mesyuarat di situ, aku ke HQ Sykt Kulit Kerang pula - ke ofis lama aku - untuk berbincang pindaan susunatur sekeping tanah utk stesen minyak yang aku tolong uruskan penjualan daripada seorang Dato' kpd Sykt Kulit Kerang.

Sementara menunggu pelanggan aku turun ke lobi utk bertemu dgn aku, aku terserempak dgn ramai kawan2 lama.  Mana yg tak tahu apa aku buat sekarang, sibuklah bertanya aku kerja apa sekarang.  Ada pula 2-3 org yg mengikuti blog dan/atau facebook aku kata aku dah senang sekarang.  Bisnes macam2 dan masuk juta2.

"Ish mana ada?" kata aku.

"Alaa kan you selalu update tu." balas orang tu.

Aku syak mesti dia tersalah tafsir sebab cara aku tulis tu ter'over'.  Bila aku cerita pasal dapat projek ada yg menyangka semua projek yg aku dapat tu bernilai berjuta2 ringgit..... huhuhu.

Inilah masalah kalau terlebih jual.  

 kalau nak masuk meminang buat cerita macam ni takpe jugak hehehe


Oh ya!  Kerja yang aku sebut di atas itu taklah besar mana pun ..... ngeeeeee

32 comments:

  1. Replies
    1. eh dah mula main chop2 balik mcm dulu ke? .... ngeeee

      Delete
  2. ala...

    janganlah merendah diri bang.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak meninggi diri mcmana kalau saya ni memang tak tinggi ..... huhuhu


      Kita serupa!

      Delete
    2. ceit gelak tak hingat .... hahaha (tumpang gelak jugak)

      Delete
  3. As salam En Yunus,

    Tersenyum baca komen doc tu! Apa2 pun itu semua doa tu.. Moga tuan menang di dunia & kaya di akhirat... Ameen..

    * Terima kasih atas sokongan :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Puan Marya.

      Kat Peru dah buka puasa ke ni?

      DrSinga memang suka mengusik saya.

      Terima kasih kpd yg mendoakan saya termasuk Puan Marya. Saya hanya seorang hamba Allah yg kerdil lagi banyak dosa yang cuba melakukan beberapa kebaikan yg termampu.

      Terima kasih kembali kerana sudi singgah di blog saya ni. Temuramah Khamis ini ada disertakan dgn gambar2 sekali ke?

      Delete
    2. ha ah...
      saya pun dah set reminder nak dengar sora merdu Marya !!

      Delete
    3. Itu untungnya org yg kerja sendiri mcm ni kan doc?

      Org lain dah masuk ofis time tu ..... ngeeeee

      Delete
  4. Replies
    1. datang rumah pun tidak nak duit raya .... huhuhu

      Delete
  5. Replies
    1. no dah berterabur sebab DrSinga ada balas komen atas komen .... ngeeee

      Delete
  6. rezeki dunia dan akhirat
    mudah mudahan...
    amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirat kita kejar dan dunia jangan kita lupakan bahagian kita.

      Amin. terima kasih di atas doa itu.

      Delete
  7. macam masy
    nak duit raya...kata ibu ariq dan kc
    hehehe......tetiba guna nama anak;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emaknya tak sesuai nak duit raya. Bawalah famili beraya ke pondok kami ni nanti. InsyaAllah raya pertama kami ada di sini.

      Delete
  8. tahun ni kalau anak saya gi rumah YB, dapat duit raya ala ala jutawan punya duit raya tak? ~ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya duduk di Jakarta mcm Tony Fernandes haruslah anak2 DZ dapat duit raya ala ala jutawan .... hehehe

      Delete
  9. Wisma U Cyber ke Shell House YB?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ke Shell House sebab di situ ofis saya dulu. Bahagian Retail pun masih di situ juga.

      Delete
  10. Yb tak kesah projek besar ke kecik ke yang penting kita mencari rezeki yang halal dan barokah, sambil buat kerja sambil kita beramal bertambah double triple lagi Allah balas, insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka ayat awak ini. Sesungguhnya kita mencari rezeki yg halal, baik dan barokah tanpa mengira banyak atau sedikit. Nak beramal tak perlu tunggu kita dah kaya. Sambil melaksanakan projek pun kita boleh beramal jika kita mahu.

      Delete
  11. hehe
    cakap mesti lebih..sangkaan orang ibarat doa jugak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut ada yg kata saya nak menunjuk2 pulak... huhuhu

      InsyaAllah kalau ramai org yg sangka macam tu, ianya akan menjadi seperti doa.

      Apapun saya nak kena low profile sikit selepas ni.

      Delete
  12. Replies
    1. Selamat berbuka puasa Eja w/p ucapan saya ni datang sehari selepas ucapan awak .... ngeeee

      Delete
  13. As-Salam YB, ALhamdulillah rezeki yg Allah kurniakan ... jika kita memberi, Allah akan balas berlipat kali ganda lagi...sebab itu jangan takut untuk bersedekah..Ini memang janji Allah ...

    Jika rezeki YB dah juta-juta dan YB dah jadi jutawan ..jangan lupa kami insan marhaen ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam nurazzah8.

      Alhamdulillah rezeki yg Allah berikan tak putus2. Bolehlah saya berkongsi dgn orang2 lain yg memerlukannya. Tak akan miskin orang yg bersedekah. Itu janji Allah.

      Tak perlu tunggu saya jadi jutawan. InsyaAllah saya tak lupa kawan2 semua.

      Azzah mana pulak insan marhaen? Dah boleh digolongkan di dalam kelompok atasan.

      Delete
  14. haaa terover sell ehh... takpe, tak sumer orang terover buy ... hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak terover buy tu baguslah. Yang saya risau yg terover buy w/p tiada niat utk saya berbuat begitu....

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails