Friday, August 3, 2012

Nak Sedap Makan Sahur?

Biasanya kita susah nak makan sahur. Makan nasi pun hujung senduk aje. Bukan pasal nak kurus tapi pasal susah nak masuk pagi2 buta. Aku pun macam tulah. Kadang tu aku kesian tengok emak Adam bertungkus lumus memasak lauk dan sayur di awal pagi tapi kami makan ala kadar aje.

Tapi pagi tadi agak berbeza. Kalau biasanya aku bangun pukul 5 pagi setengah terdengar alarm dari BB aku, pagi tadi belum pukul 5 aku dah terbangun sebab mendengar alarm. Tapi bukan alarm dari BB.... alarm rumah aku yg menjerit pagi2 buta. Tak pasti apa yg menyebabkan ianya berbunyi. Nak kata ada org nak pecah masuk ke rumah kami takde tanda2 ada org. Mungkin kucing kot. Apa2pun aku terbangun awal sikit pagi tadi lalu turun ke dapur menolong emak Adam yg sedang memasak. Dia masak lemak kuning rebung madu dan udang. Rebung tu MIL yg bagi semasa kami balik kampung Sabtu lepas.

Selepas siap memasak rebung madu tu, emak Adam mendadar telur pula.

Kami makan dgn sayur dan lauk ini saja tapi pagi tadi aku tambah nasi!

Kalau ada pencuci mulut belimbing madu atau jambu madu tentu lebih sedap lagi.

20 comments:

  1. banyak nho perkataan madu kat sini....



    mak Adammmm.... !!!!oohhhh mak Adammmmm !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lupa ayam madu.

      Apa2 yg ada perkataan madu memang membuat kebanyakan lelaki jadi berselera ..... hahaha

      Emak Adam tak baca ni..... ngeeee

      Delete
  2. udang campur rebung memang sedap wangi je
    rajin mak adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tambahan pula rebung madu. Bau wangi tak mcm rebung jeruk.

      Emak Adam dari dulu memang rajin masak. Kalau kita rajin makan lagi bersemangat dia nak masak.

      Delete
  3. sengaja nampak tekan lebih kat perkataan MADU tu?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah sampai guna huruf BESAR. Saya tekankan perkataan sebelum madu tu jugak kan? ngeeee

      Delete
  4. kenape kena semuanye madu ni? hikhik

    ReplyDelete
  5. saya tak makan rebung. Wahhh .. Tips utk senang bangun sahur dan tolong isteri ~ train kucing cuit alarm rumah pkl 4 pagi. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga org tak makan rebung sebab baunya yg kuat. Tapi rebung madu ni tak bau dan rasanya lebih manis. Cer try cuba sekali .... ngeee.


      Kalau kakchik pandai train kucing utk cuit alarm tu bolehlah guna cara ini. Kalau tak, gegarkan aje sendiri grill tingkap tu. Gerenti melompat suami bila dengar alarm berbunyi .... hehehe

      Delete
  6. haha.. sengaja ehh bold kan perkataaan yang ada madu tuu....ada hajat kahh? eh silap, ada berani kahhh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut org tak perasan apa jenis makanan yg boleh menaikkan selera tu .... ngeeee.

      Ramai lelaki menjadi ahli kelab TTM (bukan Teman Tapi Mesra) atau Takut Tapi Mahu. Antara ciri2 ahli kelab ini mereka suka bercerita tentang perkara ini sesama mereka saja. Yang dok cerita kpd org ramai tu biasa takde hajat pun.

      Delete
  7. Replies
    1. Kan madu itu manis?

      Skrg ni kurma madu pun ada.

      Delete
  8. kalau bergilir makan sahur kat rumah rumah MADU pun, berselera lebih kot?

    ~hahahaha

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Alahai...tetiba je teringat belum pekena nangka madu hu hu hu

    PsssT: bila la mak Adam nak masak banyak2, leh la ketuk pintu sambil bawak mangkuk kecil ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Nangka madu buat buka hari ni pun sedap juga cuma takut angin bila makan perut kosong... huhuhu.

      Selalu juga emak Adam masak banyak. Rebung madu tu pun dia masak banyak - ada lagi dalam periuk. Malam ni boleh diulang makan. Kalau tak segan datanglah sini. Tak payahlah bawak mangkuk. Buka aje sama2 kat sini .... ngeeee

      Delete
  10. sekarang ni rumah celebrity yg tgh HOT jadi sasaran perompak... adakah YB juga popular macam celebrity2 tu huhuhu...
    saya yakin YB pandai silat...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak popular mcm selebriti. InsyaAllah rumah saya tak jadi sasaran perompak. Skrg ni mmg rasa tak berapa aman sebab bnyk kes rompakan dan pecah rumah. Kalau mereka dtg 3-4 dan bersenjata parang, pandai silat pun tak guna .... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails