Kalau zaman Dr M dulu kebanyakan orang akan bercakap tentang Wawasan 2020. Kebanyakan perkara akan dikaitkan dgn perkataan Wawasan dan angka 2020.
Selepas itu di zaman Pak Lah sibuk pula dgn Islam Hadhari dan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Sekarang ini orang sibuk bercakap pasal 1Malaysia dan Transformasi.
Hari ini aku nak citer tentang Transformasi Nasi Ambeng.
Bagi sebahagian orang Jawa mungkin dah biasa dgn nasi ambeng. Sekarang dah ada beberapa gerai yg menjual nasi ambeng. Di kampung emak Adam, nasi ambeng adalah hidangan yg biasa bagi majlis kenduri tahlil atau doa selamat. Bagi mereka yg tak tahu tentang nasi ambeng ini ianya adalah nasi yg diletakkan di dalam dulang dan ditaruh lauk di atasnya. Lauk ini biasanya terdiri dari sambal goreng, ayam goreng, serunding dan mee goreng. Ada juga diletakkan tempeyek untuk melengkapkan menu.
Satu hidang iaitu satu dulang itu utk 5 orang.
Nasi dan lauk ini tidak dimakan di rumah yg mengadakan kenduri tetapi sebaliknya ianya dibahagi2kan sama rata kpd 5 bahagian dan dimasukkan ke dalam bekas plastik yg disediakan oleh tuan rumah utk dibawa balik dan dimakan bersama keluarga. Inilah yg disebut 'berkat' oleh orang Jawa.
Kenduri di rumah emak mertua aku biasanya dia akan menyediakan 12 hingga 13 hidang iaitu untuk 60 - 65 orang jemputan. Nasi ambeng termasuk lauk pauknya disediakan secara bergotong royong dengan kaum keluarga dan jiran tetangga di kampung.
Malam minggu yg baru lepas ini MIL aku sekali lagi mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suami, anak dan keluarga terdekat. Emak Adam dan aku kirimkan sekali doa untuk arwah abah aku. Sudah menjadi seperti tradisi orang kita bila nak menyambut ketibaan bulan Ramadan mereka akan mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat. Hampir setiap malam terutama di hujung minggu dipenuhi dgn majlis seumpama itu. Di kalangan orang2 Jawa bulan Syaaban ini juga dikenali dengan nama bulan Ruah kerana mereka akan mengadakan kenduri arwah atau ruahan.
Pada malam minggu baru ni ada 8 majlis tahlil di kampung emak Adam. Majlis kami diadakan selepas solat Maghrib.
Untuk mempercepatkan majlis, adik ipar aku mencadangkan nasi ambeng ditaruh di dalam bekas plastik dan siap packing untuk setiap jemputan. Jadinya tak perlulah lagi mereka membahagi2kan nasi ambeng dari dalam dulang.
Berikut adalah proses transformasi nasi ambeng tersebut:
Nasi dimasukkan ke dalam bekas tipuware ini cukup utk makan sekeluarga. Di atas nasi diletakkan daun pisang untuk menjadi pemisah antara nasi dan lauk
Serunding ditaruhkan sebagai hidangan pembuka selera
Setiap bekas tipuware ini juga dimasukkan 5 keping tempeyek
Mee goreng adalah antara menu wajib bagi nasi ambeng di kampung emak Adam
Sambal goreng juga tidak ketinggalan. Yang baju hitam/ungu tu ialah emak Adam
Akhir sekali ayam goreng belah 4 dimasukkan selaku lauk utama
Tadaaa ... ini nasi ambeng yg sudah siap untuk dibawa masuk majlis. Selain daripada ini, para jemputan juga diberikan sebungkus kuih pelbagai jenis dan air kotak
Di dalam majlis kenduri orang di kampung emak Adam para jemputan cuma minum dan memakan kuih serta buah sahaja selepas selesai berdoa. Nasi ambeng akan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk dinikmati bersama keluarga mereka.
baru makan nasik ambeng aritu. slurrppp
ReplyDeleteMakan di gerai atau di rumah kenduri org Jawa?
DeleteKalau nak yg ori makanlah di rumah kenduri.
Apa2pun mmg slurrppp
makan yang kenduri, mesti yg ori laa... hehe
Deleteaduhai sedapnya nasi ambeng nak seberkas boleh?
ReplyDeletealamak dah habislah. Dah selamat dibawa balik oleh mereka yg datang atau dihantar kpd saudara mara dan sahabat handai.
Deletekemas dan sangat mudah di bawak balik ke rumah
ReplyDeletekalau lah sya dapat satu bekas, boleh habis tu ;p
Yup. Sebelum ni masuk nasi dan lauk dalam beg plastik. Agak bersepah dan tak nampak hygienic.
DeleteKalau makan sorang tak habis tu. Eja makan dgn anak2 baru habis kot .... ngeee
tak boleh duduk lelama mengadap entry ni
ReplyDeletehrmm....ok bai....
Kalau duduk lama2 terasa lapar ke? Alaaa ciannya.
DeleteOk bai.
Ilmu baru ni YB..
ReplyDeleteBaru tahu budaya org Jawa...1st time dengar tentang bulan Ruah tu :)
Maybe lepas lepas ni YB nak share pasal budaya2 Jawa yg lain pula..:)
Inilah sedikit ilmu yg saya ada. Nak citer pasal bidang perubatan saya tak tahu ... huhuhu.
DeleteMemang dari saya kecil lagi bila tiba bulan ruah abah saya sibuk memenuhi jemputan tahlil. Bila saya dah besar sikit saya pula yg pergi. Semakin hampir nak bulan puasa semakin banyak majlisnya. Kadang2 selepas setiap solat waktu ada majlis - 5 kali sehari. Memang sampai tak larat makan.
Satu cadangan yg boleh ditimbangkan iaitu share pasal budaya2 Jawa yg lain. Tengoklah kalau saya rajin ... ngeeee
Alhamdulillah. Balik dari kenduri, orang di rumah pun tak payah masak lagi. :)
ReplyDeleteOrang di rumah memang menunggu2 berkat nasi ambeng bila suami atau ketua keluarga pergi kenduri. Balik rumah mereka akan makan sama2 dalam bungkusan itu. Makan rebut2 tu yg sedap dan berkat.
DeleteWah! Transformasi cara baru guna bekas plastik pula nasi ambeng ni. Biasa bungkus daun pisang...
ReplyDeleteKalau kat kampung emak saya, 'berkat' nasi ambeng tu di panggil 'bontrot'.
Kalau kenduri rumah makcik2 saya mmg nasi ambenglah juadah utama....sedap!
Ini pertama kali cuba gunakan bekas plastik. Nampaknya diterima baik oleh ramai org. Nasi ambengnya pun tahan lebih lama. Sampai keesokan harinya pun masih elok.
DeleteDulu kami pun guna cara biasa yg memerlukan banyak daun pisang. Nasib baik di kampung daun pisang tak jadi masalah.
Samalah di kampung emak Adam berkat tu pun dipanggil bontrot.
Makcik2 Yus duduk di Batu Pahat ke? Nampaknya samalah tradisi org Jawa di BP dan di Tg Karang.
sejak balik Kelantan dah tak rasa nasi ambeng lagi. terigin pulak rasanya:-)nasib tak ngidam...huhu. Tapi senang lah kan buat macam tu.
ReplyDeleteKat Kelantan takde nasi ambeng kan? Sana nasi kerabu, nasi berlauk dan mcm2 nasi lagi ada tapi bukan nasi ambeng.
DeleteKalau mengidam kenalah datang ke KL atau Selangor utk rasa nasi ambeng. Takut anak yg bakal lahir tu 'ngeces' nanti ... hehehe
Buat pakai bekas plastik ni memang lebih ringkas dan tak perlu basuh dulang selepas majlis tahlil.
berkeriut perut saya yb...
ReplyDeleteAsyik berkeriut perut aje GB ni. Bila nak kurus? ngeeee
DeleteMungkin akan datang ada restoran khusus nasi ambeng... YB boleh mulakan...
ReplyDeleteSekarang ini dah ada warung dan gerai yg menjual nasi ambeng ni. Tapi selain nasi ambeng ada lagi hidangan lain seperti lontong dan makanan org Jawa yg lain.
DeleteSaya tak boleh masuk bisnes makanan ni sebab emak Adam tak berminat nak menceburi diri. Saya jadi tukang makan kat kedai org lain ajelah nampaknya.
Makchaq paling suka serunding kelapa dan sambal goreng tu.. Tak payahlauk ayam pun takpa..
ReplyDeleteSerunding kelapa tu mmg best. Saya pun suka.
DeleteSambal goreng org di Tg Karang berbeza dgn Jawa di KL. Mereka taruh santan utk sambal goreng tu. Kat tempat machaq mcmana?
salam perkenalan. emmm sedapnye nasi ambeng. kat tempat kite xde nasi ambeng.
ReplyDeleteSalam kenal dan terima kasih kerana sudi ke mari.
DeleteKalau datang KL atau Selangor lain kali bolehlah mencuba nasi ambeng ni. Skrg sudah ada dijual di gerai dan warung tertentu.
Susah nak cari nasi ambeng yang sedap kat kawasan saya ni, cuma ada satu je kat pasar malam taman perwira. Walaupun saya berketurunan arab saya pandai makan nasi ambeng sebab mak saya berasal dari singapura, di singapura nasi ambeng ni orang arab pun suka dan ada lagi satu nasi yang kebanyak kan orang malaysia tak kenal iaitu nasi rawon pun best juga tapi ini makanan orang boyan mostly melayu singapura adalah melayu dari kaum boyan.
ReplyDeleteKebanyak kan penyanyi dulu seperti rafeah buang, J mizan, Julie Remie, hasnah haron ialah orang boyan. Saya kenal kebanyakan dari mereka sebab arwah hasnah haron berkawin dengan bapa saudara saya setelah bercerai dengan my yunos.
Oh susah nak dapat nasi ambeng yg best kat TPG ke? Dulu kakak emak Adam ada jual nasi ambeng di Jenjarom tapi khas utk kenduri. Masakan dia sedap jugak. Kalau ke Kg Datuk Keramat boleh cuba nasi ambeng di warung Lontong Jawa di Lrg Keramat 20. Tapi nasi ambeng hanya di jual pada hari Jumaat - Ahad saja.
DeleteSaya pernah lihat nasi rawon tu di Chow Kit tapi tak pernah makan. Sedap ke rasanya?
Oh awak kenal ramai artis2 veteran ni ya. Budak2 skrg mungkin tak pernah dengar pun nama2 seperti yg awak sebut tu sebab jurang generasi.... huhuhu
bagusnyaaa..satu transformasi yg cukup praktikal...tak menyusahkan tuan rumah!
ReplyDeleteNampaknya maklum balas yg kami terima termasuk dari komen2 di blog ini adalah positif. InsyaAllah akan diteruskan di masa hadapan.
DeleteTerima kasih kpd mokwo yg turut menyokong.
suka makan nasi ambeng......
ReplyDeleteBoleh cuba yg di Kg Datuk Keramat. Rasa nasi ambeng org kampung saya pulak.
Deletekalau kat kl mana nak cari nasi ambeng ni? Yg saya makan hari tu macam tak berapa mavles. :D
ReplyDeleteWeekend ni awak pergilah ke Warung lontong Jawa di Lorong Keramat 20. Dia buat di depan rumahnya aje tapi nasi ambeng dan lontong dia best.
DeleteKalau nak pergi sama rogerlah saya.... ngeeeee
mari follow instagram lontong n ambeng lorong keramat 20... iaitu..
Deletedcicipient
trima kasih kwn2..
mari follow instagram lontong n ambeng lorong keramat 20... iaitu..
Deletedcicipient
trima kasih kwn2.
kalau nak bebetul transformasi, gantikan tempeyek dgn donat.
ReplyDeletesekian
:D
biarkan tempeyek tu di situ. Donut boleh dibekalkan secara berasingan mcm kuih2 lain.
DeleteHarap maklum ... hehehe
penah makan nasi ambeng..saya rasa nasi ni sedap dimakan beramai-ramai mcm rebut2 gitu..tapi kalau sambutan baik,letak dalam bekas mungkin lebih praktikal kot ;)
ReplyDeleteBiasanya nasi ambeng yg dibawa balik dari kenduri akan dimakan beramai2 oleh ahli keluarga di rumah. Makan berebut2 tapi tetap bertolak ansur kalau lauk tak cukup sebab nasinya banyak.
DeleteDalam bekas plastik ni pun masih boleh dituang ke dalam dulang sebelum dimakan bersama2 bila dah sampai ke rumah.
Aah kalau kena orang yang pandai masak memang sedap nasi rawon, selalu kalau balik singapore saya suka makan kat atas pasar geylang.
ReplyDeleteSelain nasi rawon, gados pun sedap tau, tapi yang kat keramat tu tak best sedap ada inti nenas dalam nya, gados asli rasa lemak dan tak ada inti.
Nak kena try says ni nasi rawon tu. Kat KL ni kat mana yg best? Dulu arwah datuk sedara saya ada jual lontong kat pasar Kandang Kerbau. Pasar Geylang mmg banyak makanan org Melayu.
ReplyDeleteGados ni mcmana pulak? Kuih gandos tu ke? Yang intinya nenas? Yg di pasar keramat tu dah femes sejak masuk Majalah3.
mari follow instagram lontong n ambeng lorong keramat 20... iaitu..
ReplyDeletedcicipient
trima kasih kwn2.