Friday, June 29, 2012

Udang Harimau ..... ngaummm

Sudah menjadi routine setiap 2-3 minggu sekali pada setiap hari Jumaat emak Adam akan mengajak aku ke pasar di kampung aku untuk membeli udang.  Ini bukan sebarang udang tapi udang yg agak besar.  Kerana saiznya besar, harganya pun besar.  Sebab itulah tak boleh pergi setiap minggu.

Ada orang kata udang ini bagus untuk sistem produktiviti.  Kalau betullah dakwaan ini, ianya tiada kena mengena dengan membeli udang pada hari Jumaat .... hehehe.

Emak Adam suka beli udang pada hari Jumaat sebab harganya lebih murah jika dibandingkan pada hujung minggu.  Hujung minggu ramai orang ke pasar terutama mereka yg bekerja makan gaji.  Penjual  pun apa lagi.  Mestilah menaikkan harga barang termasuk udang.  Teori pemintaan dan penawaran.

Hari ini emak Adam ke pasar di kampung aku untuk membeli udang.  Kami dah ada 2 gerai yg menjadi tempat tetap utk membeli udang.  Kerana sudah biasa kami mendapat harga diskaun setiap kali membeli udang di situ.  

Hari ini emak Adam membeli udang harimau sebesar jari kaki aku.  Sekilo RM40 tapi dgn emak Adam penjual tu bagi RM36 .... syyyyyy jangan cakap kat pembeli lain.



Ini dia udang harimau tu.  Emak Adam beli 3 kg.

Cukuplah untuk memberi khasiat sehingga Jumaat depan ..... hahaha

22 comments:

  1. kat mana tu YB? Kuala Selangor?

    Saya teringin nak makan udang galah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad,

      Kuala Selangor tu kampung emak Adam. Kat sana kalau nak beli udang, ikan atau hasil laut yg lain bolehlah ke pasar Pasir Penambang.

      Yang ni kat kampung saya di Kg Datuk Keramat .... hehehe

      Udang galah galahnya aje yg panjang dan kepala besar. Isi tak berapa banyak .... huhuhu

      Delete
  2. selalu beli udang yg kaler hitam tu je
    sbb kat umah ramai yg x makan seafood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu udang bela. Emak Adam ada juga beli udang tu. Sekilo tak sampai 30.

      Kalau ramai yg tak makan seafood jaranglah Irfa pergi gerai tomyam ya?

      Delete
    2. yg tak makan seafood cuma en suami
      kalau nak makan tomyam buat utk diri sendiri @ ajak adik2 makan kat luar ;)

      Delete
    3. Oh en suami yg tak makan seafood. Siannya dia. Tapi biasalah kalau ada yg tak makan yg lain2 nak makan rasa tak sedap pulak.

      Delete
  3. Udang harimau ni standard harganya mmg gitu. Mahal tp sedap dan memberi khasiat,ahaha.

    Daddyz sebut udang galah,terus teringin :)


    Hati2 kolestrol yer,ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila najwa cakap sedap aje dah terliur nak makan udang harimau tu. Tapi hari ni emak Adam masak asam pedas ikan mayung.

      Udang galah biasanya buat makan pengantin. Galah dia yg buat ianya nampak menyelerakan w/p bukan ada isi dalam galahnya tu.

      Sedap punya pasal kolesterol lupakan sebentar. Petang boleh bersenam utk kurangkan kolesterol .... hehehe

      Delete
  4. Wah lepas makan tentu YB jadi garang macam harimau... :D

    ReplyDelete
  5. Ada jugak beberapa kali orang sedekahkan udang harimau dari sabah, besar sangat, tak tau nak masak apa..
    Anak2 pun tak berapa minat, isinya keras, ke makchaq yg tak reti masak..
    Makchaq sendiri belum pernah beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang harimau mmg banyak diternak di Sabah. Dulu saya pernah beberapa kali bawa udang harimau dari sana kerana ada kawan org Sabah bagi saya utk bawa balik. Udang tu besar tak kalau tak pandai masak boleh jadi keras mcm makan getah pemadam ... huhuhu

      Delete
  6. Mula mula baca ingat kan Yb beli di Kg Jenjarum, dalam hati saya berkata kata rajin nya sampai ke Jenjarum nak beli udang, aaah tipah teetipu rupa rupa nya kat kg dato keramat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Jenjarom ada jual udang murah ke? Kat sana yg biasa saya beli nanas aje ... ngeee

      Tipah tertipu mcm dalam filem Ali Setan semalam ... hehehe

      Delete
  7. makan udang harimau.. nanti hari2 mau.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari2 mau takpe sebab udang itu memberi khasiat yg diperlukan.. ... hehehe

      Delete
  8. sy dpt mkn udang geragau pun dah bersyukur

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kamu bersyukur dgn yg kecik nescaya Allah beri yg lebih besar.

      Kalau bersyukur dgn udang geragau nanti dapat udang harimau .... ngaummmm

      :)

      Delete
  9. petua baru ke yb. makan udang...hahahaha. bila balik kampung di kuching puas makan udang bila betul ngan musimnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petua dah lama dah ni Lea. Dah sampai anak 6 .... hahaha.

      Kat Kuching udang memang murah. Jeles tengok org sana makan udang .... ngeeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails