Tuesday, July 3, 2012

Bila Emak Adam Potong Rambut

Sejak dari anak dara emak Adam akan pergi ke sebuah kedai gunting rambut khas utk wanita yang terletak tak berapa jauh dari kampungnya.  Selepas berkahwin pun dia masih ke situ untuk memotong rambutnya.

Beberapa bulan lepas semasa balik kampung dia telah meminta aku singgahkan dia di kedai itu tapi malangnya kedai itu tutup.  Selepas daripada itu, ada 2-3 kali kami pergi ke kedai itu bila balik kampung tapi masih juga tutup atau kalau bukapun tiada tukang gunting rambut di situ.  Ada juga ketikanya kami balik kampung tapi tak sempat nak pergi potong rambut utk emak Adam kerana tak sempat.  Akibatnya rambut emak Adam sudah panjang.  Tahu-tahu ajelah kalau orang perempuan berambut panjang ini leceh bila nak mandi ....

Ahad baru ni selepas pulang dari menziarahi pusara abah, kami terus ke kedai gunting rambut itu.  Nasib baik kedai itu dibuka.  Ada seorang pelanggan sedang bergunting rambut ketika itu.  Kerana dah banyak kali datang dan hampa kali ini terpaksa tunggu pun tunggulah.

Sementara emak Adam menunggu di dalam kedai gunting aku dan anak-anak tunggu di dalam kereta yang dihidupkan enjin dan air cond nya.  Sambil itu kami makan aiskrim dan jajan.  Dah macam berkelah pula dalam kereta itu.

Pagi tadi semasa aku nak keluar rumah dan bersalaman dgn emak Adam dia tersenyum kerana rambut dia dah pendek.

"Nampak muda kan bang bila dah rambut pendek ni?" tanya dia.

"Ha'ah muda tiga tahun," balas aku.

Itu yang aku suka dia berrambut pendek ni.  Bukan saja kelihatan lebih muda dan lebih cantik tapi senang utk mandi ... hahaha

24 comments:

  1. erk..lain macam bunyiknya ni :)
    ada makna tu.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macam yg macamana tu? .... ngeeeee

      Ish mestilah ada makna. Cuma org yg dah kahwin faham maknanya ... hahaha

      Delete
  2. rambut panjang banyak gugur la...
    :(

    ReplyDelete
  3. ada suami yang tak suka isteri berambut panjang ...

    aBear tak kesah , asal jangan botak sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak kisah sangat sebenarnya tapi kalau terlalu panjang memang agak menyusahkan.

      Kalau botak tu jangankan aBear, Adam pun terkejut agaknya .... hehehe

      Delete
  4. huhuhu...tapi mmg betul rambut panjang ni cantik tapi agak leceh nak membelanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak terlalu panjang cantik tapi kalau dah sampai paras pinggan tak cantiklah saya tengok. Rambut yg panjang agak leceh nak membelanya selain susah bila nak mandi.

      Delete
  5. Kalau terlebih protein gout la pulak kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Protein yg diperlukan oleh rambut taklah sebanyak yg diperlukan oleh badan. Jadi taklah sampai jadi gout rasanya .... hehehe

      Delete
  6. ngeeeee....ingat nak mandi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim2 panas ni sedap kalau mandi.

      Tapi kalau hujan sedap pula tidur. Cuma lepas tidur kena mandi pulak ... hehehe

      Delete
  7. rambut pendek kemas dan comel ngeeeeeeee...
    tp sya suka lepas separas bahu boleh belai2 masa bersikat tu ala ala tuan puteri hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ala2 tuan puteri aje tapi mcm Mahsuri.

      Jadi rambut Eja panjang sampai ke bahulah ya?

      Delete
  8. agak2 rambut siapa pendek rambut mak adam ke ayah adam ke rambut adam?

    ReplyDelete
  9. Mak Adam pun nak bergaya juga, bosan kalau fesyen rambut sama jer, ialah walaupun dia bertudung tak semesti nya rambut tu tak bergaya ye tak sekurang kurang nya bergaya depan Yb sambil kenyit kenyit mata kompom malam ni masuk bilek awal, ahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sekadar nak bergaya tapi emak Adam kata dia rimas kalau rambut dia panjang. Memang dia lebih suka berambut pendek kerana lebih kemas dan ringkas.

      Malam tadi masuk bilik lambat sebab saya ada mesyuarat persatuan penduduk. Balik dari meeting dah pukul 12:30 huhuhu

      Delete
  10. gunting rambut di kedai yg sama dari dulu? Wah! Setia sungguh mak adam dengan kedai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa dgn tukang gunting tu. Lagipun gunting kat situ murah aje .... RM5

      Delete
  11. adam kn bersedia. mak dah muda 3 thn. pas ni dpt adik la tu.

    hiksssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam dah lama bersedia. KTS dah sedia ke? ... hikssss

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails