Friday, July 13, 2012

Pacak Arjuna

Tengahari semalam emak Adam dan aku ke kedai ubat di Jalan Raja Bot (Chow Kit) untuk membeli ubat untuk emak aku.  Di situ ada beberapa kedai yg menjual ubat-ubat tradisional.  Harga ubat-ubat di situ jauh lebih murah jika dibandingkan daripada membeli di kiosk-kiosk di hypermarket atau dari agen-agen syarikat ubat ni.

Sebagai contoh, sebelum ini emak Adam belikan Pamoga utk emak aku melalui agen.  Mahal barang tu.  Agen tu kata kalau nak murah jadilah ahli.  Emak Adam pun jadi ahli dan dapatlah potongan harga.  Berbaloilah juga jadi ahli w/p bukan untuk jual kpd orang lain.  Tapi bila kami ke kedai ubat di Jalan Raja Bot, harganya RM20 lebih murah.  Cis tipah tertipu selama ni.  Patutlah tauke ubat tradisional dan konco-konco mereka ramai yg kaya raya.

Di kedai ubat di sana pelbagai ubat tradisional ada dijual.


Ini sebahagian daripada ubat yg terdapat di kedai itu.  Aku rasa berjuta ringgit kot stok ubat-ubat yg ada di situ


Semalam di setelah membeli ubat untuk emak aku dan emak Adam sedang membuat pembayaran aku ternampak ubat ini


Nak pacak kat mana si Arjuna ni?  hehehe

Ubat-ubat macam inilah yang banyak dibeli oleh mereka yang tak yakin dengan kebolehan diri sendiri tak kira oleh pria mahupun wanita.

28 comments:

  1. hati2 ya YB beli ubat2 tradisional ni...byk yang contained illegal steroids

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu doc. Itu sebab saya tak ambil ubat tradisional ni.

      Emak saya makan yg ada kelulusan KKM dan yg biasa diiklan di tv terutama dlm rancangan Wanita Hari Ini. Kiranya dia terpengaruh dgn iklan tu lah ... hehehe

      Delete
  2. pacaklah dimana suka yb...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. dengar nama pun dah ngeri..ish...tak berani beli dan makan sebarangan..tak pasal2 kang berrisiko pulka..

    p/s bak kata YB sy mkn pun tk guna hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takkan org pompuan nak makan ubat ni? Nak pacak guna apa? hahaha

      Delete
  4. dah lama tak ke kedai ubat chow kit tu...
    dulu2 selalu jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 pun kami selalu juga pergi sana beli produk kecantikan dan ubat. Lepas tu berhenti membeli agak lama sehinggalah baru2 ni cari pamoga tu sebab makcik saya kata kat situ murah. Memang murah betul.

      Skrg emak saya makan Umaira pula.

      Saya rasa org jual ubat tempat lain pun ambil kat situ jugak.

      Delete
    2. kalau mcm tu,kaklong ngt nak kesana jugak lah kalau ada kelapangan nanti....

      Delete
  5. Replies
    1. awak tergoda tang pacak atau tang arjunanya Juliet? hehehe

      Delete
  6. Yb banyak kali ubat2 yang di jual disitu telah diserbu oleh Pihak kementerian, jaga2 sebab ubat yang murah kadang2 bukan yang asli tau.

    Tak payah lah beli pacak2 tu, takut nanti terus tak boleh nak pacak kat mana mana pun, takut indah kabar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang selalu kena serbu tu yg jual kat kaki lima dia Chow Kit dan Jalan Masjid India. Yang dikedai2 ini jarang atau tak pernah kena serbu.

      Harga di situ murah sebab mereka dapat bekalan terus dari pengeluar. Kalau beli di kiosk atau melalui agen, pihak ni beli atas tangan dan ambil komisen tinggi.

      Yang pacak2 tu memang tak perlu buat saya. Tak payah makan ubat mcm tu pun dah sering terpacak ..... hahaha

      Delete
    2. Saya memang guna pacak arjuna. Memang baik punya! Betul barang baik. yg penting cuba dulu baru tau!

      Delete
  7. lagi satu yang tengah hot sekarang jus monavie.... monavie sangat, ehe.


    minum sepuluh paket pun, kalau tak de konfiden.............hmm... hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada pulak jus monavie. Mungkin kat situ pun ada jual. Saya tak reti sangat bab ubat2 dan makanan tambahan ni. Emak Adam dan emak saya lebih terer dalam hal ni.


      Jus tu dijual dlm paket ke? Najwa dah minum ke belum?

      Delete
    2. jus monavie tu dalam botol mcm ribena tu, kata depa utk kesihatan, minum sesudu sehari (macam gitulah rasanya).

      tak pernah lagi saya cuba ;)


      harga rm90-120 rasanya.

      Delete
    3. Oh kisahnya. Nanti kalau saya ke kedai ubat tu saya cuba cari utk melihat sendiri monavie ni.

      Skrg ni macam2 jenis ubat utk kesihatan. Tapi semuanya mahal2. Patutlah pengasasnya kebanyakannya dah jadi jutawan. Dr Najwa tak minat ke nak ceburi bidang ni?

      Delete
  8. ubat untuk bodybuilding ek YB?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan utk bodybuilding tapi utk building bahagian tertentu aje .... hahaha

      Itupun utk masa yg terhad kot ... wakaka

      Delete
  9. Saya cuma makan pil untuk sakit urat je.. Itupun kalau dah tak tahan sakit sangat..

    Tak berani nak makan ubat sembarangan.. Takut ada kesan sampingan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PIl sakit urat yg macamana tu? Saya ni pun sakit urat kat kaki sejak bersenam di treadmill hari tu .... huhuhu.

      Eloklah awak tak makan ubat sembarangan kerana mmg ubat ni ada yg memberi kesan sampingan yg tak baik.

      Delete
  10. yb....saya suka ubat tradisional ni...tapi sejak ada kes campur steroid atau bahanberbahaya......saya cari yang keluaran orang kampung atau produk malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak antara golongan yg menyukai ubat tradisional ni ya? Saya tak suka sebab mmg saya jenis susah makan ubat tradisional.

      Ubat2 yg dipasaran terutama yg dari luar sering mengandungi steroid dan bahan2 berbahaya. Memang boleh memudaratkan jika dimakan.

      Delete
  11. yang jadi guard kat istana negara itu elok makan ubat tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu bukan setakat guard kat istana negara tapi yg belakon jadi pak pacak pun elok makan ubat ni ....

      Delete
  12. Pacak Arjuna Kencana Dewi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails