Tengahari semalam emak Adam dan aku ke kedai ubat di Jalan Raja Bot (Chow Kit) untuk membeli ubat untuk emak aku. Di situ ada beberapa kedai yg menjual ubat-ubat tradisional. Harga ubat-ubat di situ jauh lebih murah jika dibandingkan daripada membeli di kiosk-kiosk di hypermarket atau dari agen-agen syarikat ubat ni.
Sebagai contoh, sebelum ini emak Adam belikan Pamoga utk emak aku melalui agen. Mahal barang tu. Agen tu kata kalau nak murah jadilah ahli. Emak Adam pun jadi ahli dan dapatlah potongan harga. Berbaloilah juga jadi ahli w/p bukan untuk jual kpd orang lain. Tapi bila kami ke kedai ubat di Jalan Raja Bot, harganya RM20 lebih murah. Cis tipah tertipu selama ni. Patutlah tauke ubat tradisional dan konco-konco mereka ramai yg kaya raya.
Di kedai ubat di sana pelbagai ubat tradisional ada dijual.
Ini sebahagian daripada ubat yg terdapat di kedai itu. Aku rasa berjuta ringgit kot stok ubat-ubat yg ada di situ
Semalam di setelah membeli ubat untuk emak aku dan emak Adam sedang membuat pembayaran aku ternampak ubat ini
Nak pacak kat mana si Arjuna ni? hehehe
Ubat-ubat macam inilah yang banyak dibeli oleh mereka yang tak yakin dengan kebolehan diri sendiri tak kira oleh pria mahupun wanita.
hati2 ya YB beli ubat2 tradisional ni...byk yang contained illegal steroids
ReplyDeleteBetul tu doc. Itu sebab saya tak ambil ubat tradisional ni.
DeleteEmak saya makan yg ada kelulusan KKM dan yg biasa diiklan di tv terutama dlm rancangan Wanita Hari Ini. Kiranya dia terpengaruh dgn iklan tu lah ... hehehe
pacaklah dimana suka yb...hahahahaha
ReplyDeleteeh bahaya kalau pacak mana suka. Nanti ada yg kena kejar ... hehehe
Deletehehehehehe.
Deletedengar nama pun dah ngeri..ish...tak berani beli dan makan sebarangan..tak pasal2 kang berrisiko pulka..
ReplyDeletep/s bak kata YB sy mkn pun tk guna hahaha
eh takkan org pompuan nak makan ubat ni? Nak pacak guna apa? hahaha
Deletedah lama tak ke kedai ubat chow kit tu...
ReplyDeletedulu2 selalu jugak...
Dulu2 pun kami selalu juga pergi sana beli produk kecantikan dan ubat. Lepas tu berhenti membeli agak lama sehinggalah baru2 ni cari pamoga tu sebab makcik saya kata kat situ murah. Memang murah betul.
DeleteSkrg emak saya makan Umaira pula.
Saya rasa org jual ubat tempat lain pun ambil kat situ jugak.
kalau mcm tu,kaklong ngt nak kesana jugak lah kalau ada kelapangan nanti....
Deletenama ubat sangat menggoda :D
ReplyDeleteawak tergoda tang pacak atau tang arjunanya Juliet? hehehe
DeleteYb banyak kali ubat2 yang di jual disitu telah diserbu oleh Pihak kementerian, jaga2 sebab ubat yang murah kadang2 bukan yang asli tau.
ReplyDeleteTak payah lah beli pacak2 tu, takut nanti terus tak boleh nak pacak kat mana mana pun, takut indah kabar je.
Yang selalu kena serbu tu yg jual kat kaki lima dia Chow Kit dan Jalan Masjid India. Yang dikedai2 ini jarang atau tak pernah kena serbu.
DeleteHarga di situ murah sebab mereka dapat bekalan terus dari pengeluar. Kalau beli di kiosk atau melalui agen, pihak ni beli atas tangan dan ambil komisen tinggi.
Yang pacak2 tu memang tak perlu buat saya. Tak payah makan ubat mcm tu pun dah sering terpacak ..... hahaha
Saya memang guna pacak arjuna. Memang baik punya! Betul barang baik. yg penting cuba dulu baru tau!
Deletelagi satu yang tengah hot sekarang jus monavie.... monavie sangat, ehe.
ReplyDeleteminum sepuluh paket pun, kalau tak de konfiden.............hmm... hahaha.
Oh ada pulak jus monavie. Mungkin kat situ pun ada jual. Saya tak reti sangat bab ubat2 dan makanan tambahan ni. Emak Adam dan emak saya lebih terer dalam hal ni.
DeleteJus tu dijual dlm paket ke? Najwa dah minum ke belum?
jus monavie tu dalam botol mcm ribena tu, kata depa utk kesihatan, minum sesudu sehari (macam gitulah rasanya).
Deletetak pernah lagi saya cuba ;)
harga rm90-120 rasanya.
Oh kisahnya. Nanti kalau saya ke kedai ubat tu saya cuba cari utk melihat sendiri monavie ni.
DeleteSkrg ni macam2 jenis ubat utk kesihatan. Tapi semuanya mahal2. Patutlah pengasasnya kebanyakannya dah jadi jutawan. Dr Najwa tak minat ke nak ceburi bidang ni?
ubat untuk bodybuilding ek YB?? hehehe
ReplyDeleteBukan utk bodybuilding tapi utk building bahagian tertentu aje .... hahaha
DeleteItupun utk masa yg terhad kot ... wakaka
Saya cuma makan pil untuk sakit urat je.. Itupun kalau dah tak tahan sakit sangat..
ReplyDeleteTak berani nak makan ubat sembarangan.. Takut ada kesan sampingan je...
PIl sakit urat yg macamana tu? Saya ni pun sakit urat kat kaki sejak bersenam di treadmill hari tu .... huhuhu.
DeleteEloklah awak tak makan ubat sembarangan kerana mmg ubat ni ada yg memberi kesan sampingan yg tak baik.
yb....saya suka ubat tradisional ni...tapi sejak ada kes campur steroid atau bahanberbahaya......saya cari yang keluaran orang kampung atau produk malaysia
ReplyDeleteAwak antara golongan yg menyukai ubat tradisional ni ya? Saya tak suka sebab mmg saya jenis susah makan ubat tradisional.
DeleteUbat2 yg dipasaran terutama yg dari luar sering mengandungi steroid dan bahan2 berbahaya. Memang boleh memudaratkan jika dimakan.
yang jadi guard kat istana negara itu elok makan ubat tu ..
ReplyDeleteKalau mcm tu bukan setakat guard kat istana negara tapi yg belakon jadi pak pacak pun elok makan ubat ni ....
DeletePacak Arjuna Kencana Dewi
ReplyDelete