Semalam diadakan majlis gotong royong di surau taman perumahan aku sempena nak menyambut Ramadan. Majlis bermula pukul 8 pagi dengan sarapan pagi yg disediakan oleh pihak surau.
Aku datang lewat sikit sebab menghantar anak ke sekolah kerana ada kelas tambahan anjuran pihak sekolah.
Semasa aku sampai aku lihat ahli jemaah sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Ada yg membersihkan bahagian dalam surau dan ada yg di bahagian luar. Ada yg memotong dahan2 pokok di belakang pejabat surau dgn gergaji mesin. Siap pakai topi keselamatan sebagai langkah berjaga2.
Kaum ibu juga tak ketinggalan membantu membersihkan dapur surau.
Aku memilih membantu dua org jiran aku yg sedang meratakan pasir ke atas interlocking pavement di dataran surau. Batu bata interlocking ini dah banyak yg renggang kerana pasir asalnya telah hanyut dibawa air hujan. Tugas kami mengisi semula pasir di ruangan di antara bata tersebut. Aku tolong mengangkut pasir menggunakan kereta sorong dari tempat longgokan pasir di belakang dapur.
Semasa kami berhenti rehat dan menikmati nasi lemak dan kuih kasuwi beserta teh tarik, salah seorang AJK Surau meminta tolong belikan mentol untuk menggantikan mentol2 yg dah tak hidup di dalam surau. Beliau meminta serahkan bil pembelian mentol itu kpd beliau untuk tuntutan.
Aku lihat sekumpulan jemaah lelaki ke dalam surau dan menghidupkan semua suis untuk melihat berapa banyak mentol yg tak hidup. Ada 4 downlighter yang dah terbakar. Di luar surau pula ada 1 lampu kalimantan yg tak hidup di anjung surau yg sering digunakan sebagai tempat solat tambahan setiap bulan Ramadan kerana dewan solat biasanya penuh di awal2 Ramadan. Sementara itu di dewan makan juga ada satu lampu kalimantan yg dah tak hidup.
Salah seorang daripada jemaah itu telah ke kedai hardware untuk membeli mentol2 tersebut. Tak lama kemudian dia balik semula ke surau dan dengan bantuan beberapa org rakan, mereka menggantikan lampu2 yg terbakar itu dgn mentol baru.
Apabila AJK itu meminta bil untuk membayar balik harga mentol2 tersebut, hamba Allah itu kata tak mengapa. Dia niat sedekah kpd surau.
Aku anggarkan dekat RM100 juga harga nak beli mentol2 tersebut sebab sebiji downlighter itu harganya tak dapat RM15. Mahu dekat RM20. Lampu kalimantan aku lihat dia beli 4 batang w/p yg terbakar cuma 2 batang. Untuk spare agaknya.
Kepada dia ni aku doakan semoga kuburnya diterangi bila dia telah meninggal dunia nanti kerana sumbangannya membelikan mentol untuk menerangi surau kami.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteMoga makin ramai yang ikhlas memberi sedekah atau sumbangan..
Saya percaya ramai lagi yg ikhlas memberi sedekah di surau kami ni. Sebelum ini ada yg memberi sumbangan utk permaidani dan tak mahu identitinya diketahui. Ada juga yg beri RM10K untuk membesarkan dewan makan.
DeleteBulan lepas ada seorang hamba Allah masukkan derma RM1K ke dalam tabung surau.
InsyaAllah, murah rezeki beliau dan keluarga nanti.
ReplyDeleteAmin.
DeleteSemoga Allah murahkan rezeki kita juga dan mendorong kita utk sama2 bersedekah ke jalanNya.
Pahala sedakah memang berganda2. Yg bergotong royong tu pun tinggi ganjarannya..
ReplyDeleteBetul tu. Di dalam Al-Quran disebut 700 kali ganda.
DeleteYang bergotong royong itu sanggup korbankan masa mereka di hujung minggu. Ada pahala utk mereka itu.
betapa mudahnya mencari pahala kan?
ReplyDeletePeluang mencari pahala mmg sentiasa terbuka.
DeleteAl-Fatihah, pahala senang di cari tetapi sukar dibuat...
ReplyDeleteDalam maknanya ayat ni.
DeleteSering kali kita tewas dgn bisikan syaitan dan nafsu yg menghalang kita daripada bersedekah ke jalan Allah.
insaff kan kangg.. aminn
ReplyDeletecuba berkongsi keinsafan dgn rakan2 blog.
Deleteps - gambar2 di blog me mengundang nostalgia saya di Pasir Gudang dulu kecuali dinasour tu .... ngeeee
semoga kubur kita semua terang, dan luas kan YB..
ReplyDeleteBegitulah yg kita harapkan. Tapi untuk mendapatkan itu, kenalah kita berusaha ke arah itu.
Deleteamin..semoga kita juga begitu nanti
ReplyDeleteSemoga kisah ni menyuntik semangat untuk kita memperbanyakkan sedekah terutama di bulan Ramadan nanti.
Deletemurahezeki dia YB
ReplyDeleteAmin. Saya lihat hidup dia sekeluarga bahagia w/p tak kaya raya.
Deleteterharu membacanya...
ReplyDeleteamin amin amin ya rabal alamin...
Kadangkala amalan yg kecil tetapi dilakukan dgn ikhlas dapat menarik pengampunan dan rahmat Allah.
DeleteMungkin amalan dia ini salah satu daripadanya.
amin.. moga terus terang hidup hamba Allah tu
ReplyDeleteMacamana surau menjadi terang dgn mentol2 yg dia sedekahkan itu, macam itulah terangnya hidupnya nanti. Bahkan mungkin lebih terang lagi kerana Allah Maha Kaya.
DeleteSalam YB... semoga mereka2 yang suka membuat kerja2 amal di rumah2 ALLAH akan diterangi kubur mereka dikemudian hari..ameen
ReplyDeleteWaalaikum salam Kak aNIe,
DeleteAmin.
Saya memandang tinggi mereka yg suka membuat kerja2 amal di rumah2 Allah ni. Bukan ada bayaran pun tapi lebih kpd kecintaan utk masyarakat dan agama.