Wednesday, July 4, 2012

Kelebihan Air Asam Jawa

Tadi tengahari semasa aku dan emak Adam ke pasaraya kami beli 2 botol air asam Jawa ni.


Ini bukan bermakna kami nak sedapkan suara utk final Kilauan Emas.  Bukan juga utk persediaan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali malam ini sempena Malam Nisfu Syaaban.

Sememangnya air asam Jawa ini dikatakan boleh melunakkan suara org yg meminumnya.  Tak kiralah orang itu berbangsa Jawa atau bukan.  Tapi air asam Jawa juga elok untuk menghilangkan dahaga yg teramat lebih-lebih lagi di waktu malam.

Selamat mencuba....

22 comments:

  1. patutlah siti nurhalija suara sedap.. dia pun minum air asam jawa nih..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya minum dari dulu lagi mungkin susah org macam Jamal Abdillah nak cari makan .... ngeeee

      Delete
  2. Apa beza asam jawa dgn asam kecut ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa arif perbezaannya tu doc. Tapi setahu saya asam jawa ni yg basah2 warna perang gelap. Asam kecut tak basah tapi kecut .... hehehe

      Delete
  3. saya suka air asam jawa taruk garam

    ReplyDelete
  4. Terus terasa masamnya... makchaq tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah masam sangat sebenarnya. Masam2 sikit tulah yg menghilangkan kehausan. Cubalah makchaq ..

      Delete
  5. Kata orang kalau sakit tekak minum air asam jawa pun bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang yg mengamalkan petua ini. Air asam jawa dapat 'melonggarkan' tekak yg sakit.

      Delete
  6. Asam gelugor juga mempunyai pelbagai khasiat. Khasiat yang ada pada asam gelugur bukan sahaja terletak pada buah yang belum dijemur, malah ia juga mempunyai pelbagai kegunaan selepas dijemur. Secara amnya buah asam gelugur ini mengandungi asid askorbik yang bersifat antibakteria. Kandungan asid sitrik yang terdapat dalam buah ini juga mampu mengurangkan masalah obesiti selain dapat menyingkirkan lemak dalam badan.

    ehheee, salam kang YB tuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam hajiMete,

      Wah panjang lebar penerangan mengenai khasiat asam gelugor. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan.

      Saya suka tang mampu mengurangkan masalah obesiti tu.... hehehe

      Delete
  7. kalau tak sakit tekak jangan harap saya nak minum air asam jawa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kalau saya nampak awak minum air asam jawa maknanya awak sakit tekaklah ya....

      Delete
  8. Saya dari kecil jika sakit tekak..emak saya buat sendiri air asam Jawa ni...skrg mmg saya beli aja yg sudah siap di pack mcm YB tunjuk tu...dah lama saya amalkan..tapi suara saya tak juga sedap mcm Siti Nurhaliza! ahaks...

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya emak awak kpd anaknya. Emak saya pun dulu beri saya minum air limau nipis dgn kapur yg dibakar di dapur jika saya batuk tak baik2. Masa saya belum kahwin dululah.

      Air asam jawa ni bila saya dah ada anak2 ni baru saya amalkan selain makan ubat batuk.

      Kalau suara awak mcm Siti Nurhaliza takut awak tukar profession pulak ... hehehe

      Delete
  9. batuk batuk layan air assam jawa sedap jugak, lebih lagi di sejuk kan perhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum air asam jawa terutama yg dah disejukkan tu sebenarnya sedapnya aje lebih. Baik batuknya tu tidak jugak.

      Kebetulan emak Adam tengah batuk sekarang ni tapi tak baik2 pun w/p dah minum air asam jawa tu .... huhuhu

      Delete
  10. sekarang ni kalau nak minum air asam jawa senang beli je asam jawa pes adabi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli pes asam jawa adabi tu pun boleh jugak tapi beli air yg dah dibotolkan lagi senang .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails