Malam tadi jawatankuasa Persatuan Penduduk taman perumahan aku ini telah mengadakan mesyuarat untuk kali kedua tahun ini. Ini juga merupakan mesyuarat kedua AJK yg baru dipilih bagi sesi 2012 - 2014.
Banyak perkara yg dibincangkan di dalam mesyuarat yg bermula selepas solat Isyak tersebut. Antara perkara yg menarik perhatian aku ialah perbincangan samada Persatuan kami patut ada websitenya sendiri.
Kami diberitahu bahwa AJK yg lepas telah mengadakan website pada tahun lepas. Persatuan terpaksa membayar RM500 untuk pendaftaran dan tambahan RM250 setahun untuk web hosting tersebut. Ada salah seorang AJK telah bermurah hati menaja bayaran tersebut.
Walaubagaimanapun cabaran utama bukanlah tentang bayaran tapi tentang content. Webmaster tak larat nak kemaskini secara konsisten dan akhirnya website tersebut bersawang begitu saja.
Malam tadi ada di antara AJK yg begitu bersemangat untuk meneruskan usaha mengadakan website utk persatuan. Ada juga yg cadangkan kami gunakan blog saja kerana ianya percuma.
Seperti tahun sebelumnya persoalan pokok ialah siapa yg akan mengemaskinikan blog tersebut. Timbalan Pengerusi mencadangkan pihak Persatuan membayar seseorang utk mengelolakan blog tersebut dan memberi sedikit bayaran ( dia cadangkan RM2/hari).
Tapi semua AJK berdiam diri kerana mereka semua sibuk dengan kerja masing2. Bagi mereka yg telah bersara, mereka juga ada urusan lain yg perlu dilaksanakan selain sebahagian mereka tak biasa atau tak pernah mengelolakan blog.
S/U Persatuan memberitahu dia ada membantu mengelolakan blog surau tapi banyak sangat pihak yg menghentam pihak surau terutama jika ada penceramah yg 'tersasar' ketika berceramah di surau kami.
S/U ini tahu aku ada blog dan dia ada menyebutnya malam tadi. Aku hanya berdiam diri untuk mengelak AJK yg lain tahu aku ada blog. Nanti tak pasal2 mereka meminta aku pula jaga blog Persatuan sedangkan blog aku ni pun dah nak bersawang bila tiba masanya aku sibuk.
Aku nak tanya korang: Wajarkah Persatuan Penduduk mempunyai blognya sendiri?
Silalah beri pandangan dan cadangan kalian untuk manfaat bersama. Jika ada di antara korang yg ada blog Persatuan Penduduk atau blog organisasi yang boleh dijadikan rujukan, harap boleh berikan link nya.
Kerjasama kalian aku dahulukan dengan ucapan terima kasih ayat skema giler
kalu macam tu .. YB je lah yang ambil .. YB kan active segalanya ...
ReplyDeleteSaya tulis cerita merapu meraban kat blog bolehlah. Nanti blog utk Persatuan Penduduk saya buat mcm blog lawak pulak .... huhuhu
Deleteinovasi baru tu!
Deletemugkin itu adalah daya tarikan utuk orang ramai ..
kita semua tahu lah YB boleh ..
hikhikhik...
Wah bukan main puji saya lagi nampak. Ini yg saya risau ni. Nanti harapan org terlalu tinggi.... huhuhu
DeleteLagipun AJK tak minta saya kelolakan blog tu.
Kadangkala kan YB, mungkin juga bukan masalah kekangan masa nak menulis entri dalam blog Wakil Penduduk, tapi ISI nya takda...tak tau nak cerita apa...ekekekeke..
ReplyDeleteTapi kalau persatuan penduduk kawasan YB mmg aktif, maka saya rasa takda masalah kot nak menulis blog...tak perlu expect setiap hari updtae..at least, 3 -4 hari sekali...
Terima kasih di atas pandangan tersebut.
DeleteKalau nak kirakan aktif, persatuan kami ni agak aktif juga. Mcm2 kegiatan dijalankan. Di samping itu boleh juga jadi forum utk mengadu masalah setempat atau utk memberitahu kenduri kendara dsbnya.
Cuma org yg nak mengendalikan takde buat masa ini.
tak semestinya update tiap hari,kan...tp yg bagusnya,org luar boleh tahu aktiviti dan perkara semasa dikawasan tuan...
ReplyDeleteBetul tu. Tak semestinya setiap hari. Siapa pulak nak baca kalau update terlalu kerap...
DeleteBila org luar ikuti aktiviti dan perkara semasa di sini rasa dah macam suratkhabar nyamuk pulak ... hehehe
kalau sya tak kerja bolehlah tolong diupahkan untuk kemaskinikan blog tu, email bahan je
ReplyDeletehehehehhe...macamlah rajin sangat ye ;p
RM2 sehari boleh ke?
DeleteMasalahnya org yg nak hantar emel pun mungkin takde .... huhuhu
Pandangan kakak yg tak diundang (maaf). Kalau penduduk taman sentiasa ada kegiatan rasanya memang baik ada blog tapi kalau kegiatan seminggu pun tak sekali atau sebulan baru sekali bagai tidak ada kesan.
ReplyDeleteTempat kakak kegiatan dipantau oleh surau (bagi umat Islam) dan rukun tetangga (bagi semua agama) kami bagi list macam brochure bila ada perjumpaan saja.
Eh apa pulak tak diundang pandangan tu? Kan saya dah minta dan terima kasih kerana kakak sudi memberi pandangan.
DeletePenduduk taman ini sentiasa ada kegiatan. Ada kegiatan berbentuk umum dan ada yg bercorak keagamaan. Memandangkan semua penduduk di taman ini beragama Islam kegiatan sering dijalankan secara JV antara persatuan penduduk dan surau. Contohnya sambutan hari raya atau sukaneka.
Skrg ni pengumuman utk sebarang xtvt dilakukan di surau pada malam Jumaat atau melalui flyer yg dihantar ke setiap rumah.
Jika ada blog mungkin kami boleh gunakan blog sebagai medium.
sangat wajar...tapi kalau sorang tu je yg update tak guna..kecuali sorang ni dpt mesej, update apa2 lah time kat surau utk kontent yg nk ditulis.
ReplyDeletebagus nya ada blog ni kalau boleh share tempat pengasuh yg bagus, tukang rumah ke, segala jenis servis berdekatan kawasan umah
kalau takde aktiviti, xperlu update.kalau ada kenduri pn leh letak jemputan dlm blog utk yg tak ke surau tp online..byk juga lah benefit dia..tggl yg nk mengelola n kontent dia je
Satu pandangan yg baik. Saya akan cuba kongsikan dgn AJK yg lain. Mana tahu ada yg nak menawarkan diri utk jadi blogger persatuan.
DeletePara kedua tu saya suka. Mungkin boleh buat ruang iklan bagi mereka yg nak tawarkan khidmat seperti home tuisyen, kelas mengaji, jual barang2 dsb. Ada juga income utk persatuan selain masyarakat setempat dapat mengenali sesama sendiri dgn lebih dekat lagi.
Takut masalah lain datang nanti, mula mula memang semua bersemangat tapi bila blog bersawang akan ada je rasa tak puas hati yang di suarakan tapi jika persatuan di kawasan rumah yb tu aktif terus kan lah.
ReplyDeleteMungkin juga timbul masalah seperti yg pernah dialami oleh AJK sebelum ini.
DeleteAda beberapa org yg pakar ICT tinggal di tempat kami ni tapi mereka sibuk dgn tugas masing2. Yang lain tak berani nak ke tengah sebab takut tak boleh beri komitmen.
Kat perumahan saya cuma ada website forum penduduk...
ReplyDeleteMacamana sambutan terhadap website forum tersebut?
DeletePersatuan kami pun pernah ada website mcm tu tapi dah berkubur tanpa nisan .... huhuhu
Agak aktif...
DeleteLink : http://www.putraheights.com/forums/
Kat Putraheights ramai penduduk dan kebanyakannya celik ICT. Senang nak buat forum dan sambutan mmg menggalakkan.
DeleteTerima kasih berkongsi link.
Wajar kot.
ReplyDeleteSbb kami di KW ni mmg ade website sdiri
Surau pun ada
Boleh update kes2 jenayah yg berlaku di sini
Website KW ni link dgn web surau n skolah
Jadi ape2 xtvt yg diadakan semua org tau.
KW tu besar kawasannya. Web itu utk semua penduduk ke?
DeleteTempat kami ini cuma ada 224 buah rumah dan sebuah surau serta dewan orangramai. Tapi saiz tak menjadi halangan kerana banyak juga xtvt di sini.
Link kan dgn surau dan sekolah pun idea yg bagus tu.
kalu kampung saya punya, persatuan didaftarkan atas nama masjid kampung. Jadi, semua pekembangan kampung dihebahkan melalui laman web masjid..
ReplyDeleteUntuk daily updates, diorang guna facebook je. Faceboo tu dilinkkan sekali dengan laman web masjid tu.
wajar juga tapi ia bukanlah keperluan rasanya.. :)
Persatuan didaftar atas nama masjid? Jadi persatuan tu tak berdaftar dgn ROS lah. Tak kisahlah yg penting penduduk bersatu padu dan kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan berjalan lancar.
DeleteBagus juga ada daily update gunakan Facebook. Lebih senang dicapai dan dibaca.
Terima kasih Asrul utk feedback ni dan saya akan kemukakan pada mesyuarat akan datang insyaAllah.
Sapa pun boleh ada blog, asal niat betul dan tidak disalahgunakan. Kalu persatuan penduduk tu, masing-masing nak update, kang ada plak yang gunakan sebagai tempat nak kutuk dan kondem ahli lain plak. hehehehe
ReplyDeleteSaya tak pasti blog kami ni akan disalahgunakan jika ianya diadakan kelak. Tapi saya lebih bimbang jika blog ini bersawang kerana alasan semua org sibuk dgn kerja masing2.
DeleteSudah semestinya hanya org2 tertentu diberikan password utk mengupdate blog ni. Yang lain tu boleh baca dan komen saja. Kalau nak beri teguran membina apa salahnya. Kalau nak kutuk pun biarlah berhemah. Jangan sampai ada unsur caci maki.