Wednesday, July 11, 2012

Cara Orang Melayu Berniaga

Tadi semasa aku nak pergi lunch meeting ada seorang kenalan menelefon aku.  Aku masih simpan lagi nombor hp dia.

Setelah bertanya khabar dia memberitahu aku dia dapat permit untuk buat iklan di atas badan teksi.  Dia ajak aku melabur dalam bisnes tu.  Dia kata kami cuma perlu pasang 'bracket' untuk meletakkan iklan di atas teksi.  Sebuah teksi dia cas RM800 untuk setahun dan minima kena ada 100 buah teksi.  Jadi setahun boleh dapat RM80K.  Itu kalau setakat 100 teksi.  Kalau dapat banyak buah, lagilah masyukkk (kononnya).

Aku kata itu bukan bidang aku.   Sebenarnya aku ada tengok teksi yg dok bawa iklan ke sana sini.  Dulu adalah juga tapi sekarang tinggal berapa kerat aje.

Selepas aku kata tak minat dia ajak aku melabur di dalam MLM.  Dia dah dapat lesen untuk menjalankan perniagaan piramid ni.  Aku tanya apa produk dia nak jual.  Dia kata barang kesihatan dan kecantikan.  Itu yang tengah laku sekarang ni dan dah ramai yg jadi jutawan kosmetik.

Sekali lagi aku kata tak minat sebab aku memang tak jalan dgn MLM ni.  Takde bakat menjual dari rumah ke rumah.

Dia tak berputus asa.  Dia tanya pula kalau ada sesiapa nak sewa permit lori.  Dia dah dapat 10 permit lori.  Permit lori aku tak nak.  Kalau permit kapalterbang bolehlah ... hahaha

Macamanalah orang mcm dia ni boleh dapat macam2 lesen dan permit?  Nak berniaga atas angin aje.

Inikah día cara orang kita berniaga?

36 comments:

  1. YA! Itulah cara orang kita berniaga... dah jadi budaya pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara ini membudaya di kalangan org yg nak cepat senang tapi tak nak berusaha keras.

      Ada juga org kita yg betul2 berniaga dari bawah dan telah berjaya

      Delete
  2. erm ... tu la pasal .. kerja nyusah kan org pempuan jer ...

    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kenapa pulak nyusahkan org pempuan jer? Ini menyusah ramai orang termasuk lelaki .... huhuhu

      Delete
  3. Ye ke itu lesen dia..? Entah2 lesen pinjam je..

    Bisnes atas angin, masuk angin keluar asap... huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pastilah lesen dia ke bukan sebab saya tak tengok dgn mata kepala saya sendiri.

      Tapi memang ada org yg menggunakan 'kabel' untuk mendapatkan pelbagai lesen tapi selepas mendapatkan lesen tersebut mereka akan 'menjual' nya kpd pihak ketiga utk mendapatkan keuntungan atas angin.

      Bisnes atas angin ni ada yg telah melahirkan jutawan! .... huhuhu

      Delete
  4. Berhati hati yb jangan sampai terkena, zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat.

    Bukan bangsa kita je, bangsa lain pun sama asyik nak menipu je berniaga, kalau betul pun berniaga secara jujur boleh dikira dengan jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas peringatan tersebut. Itu sebab saya tolak semua tawaran dia dgn baik tadi. Saya tak nak jadi alat org lain utk senang dgn jalan mudah. Lebih baik saya atau sykt saya yg memohon lesen2 yg berkenaan kalau kami nak gunakan.

      Memang perkara ini tak terhad kpd bangsa kita saja. Menipu dalam bisnes ni di mana2 memang ada. Tapi org kita yg beragama Islam ni sepatutnya ambil kira halal haram di dalam berniaga.

      Delete
  5. wah asal boleh je ye!

    macamanalah dia handle jadual harian dia agaknya. kagum sekali. harap kalau YB boleh korek nak jugak turut sama mengagumi! hahaha... parah, parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya dia rilek aje sebab bukan banyak kerja sangat yg nak dilakukan. Sekali sekala pergi ke jabatan2 kerajaan yg berkaitan utk memohon permit dan lesen. Lobi sana lobi sini sampai dapat permit atau lesen.

      Dia juga pernah menawarkan pink form saham IPO kpd saya. Modal suruh saya keluarkan tapi kalau untung bagi dua!

      Delete
    2. oh saya jugak pernah menawarkan diri sendiri keluar modal lepas tu offer rakan kongsi untung bagi dua jugak!

      tapi aduhai tak ke mana. lesson learned! mencari rakan kongsi mesti yang serasi, misi mesti serasi, kalau tak sehati, susah la nak maju sekali.

      nak berniaga memang nampak senang. tapi asas tu kena ada. cari kelas, daftar masuk belajar. or cari inisiatif sendiri untuk belajar. pengalaman jugak boleh mengajar tapi kalau harapkan suapan sahaja susah la kan. wah sempat membebel kat sini pulak hehe.

      Delete
    3. Org jenis ni kalau berniaga nak untung saja dan tak nak tanggung risiko. Modal tak nak keluar tapi bila untung dia nak sama. Susahlah mcm tu.

      Baguslah awak dah belajar dari kesilapan. Kita semua haruslah belajar dari kesilapan - samada sendiri punya atau daripada kesilapan org lain. Yang lebih baik kita belajar daripada kesilapan org lain sebab tak keluar duit!

      Berniaga mesti ada ilmu, usaha dan bakat. Dan tak semua org ada ketiga2 elemen tersebut.

      Delete
  6. Cepat la kawan YB tu kaya...
    Makchaq berniaga x pandai, membeli pandai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya dia belum kaya lagi makchaq. Hidup dia sederhana aje. Tapi apa saja yg boleh jadi sumber duit dia sapu. Pernah dia beritahu saya dia bagi kontrak buat bumbung teduhan di sekolah anaknya yg mana dia jadi YDP PIBG. Kontrak itu diberikan kpd kenalannya yg telah memberi dia komisen utk itu!

      Ceit! Duit PIBG pun dia nak makan jugak.

      Pandai membeli tu kira hebat jugak makchaq sebab tak semua org pandai membeli. Ramai yg kena tipu masa membeli sebab tak pandai ..... hehehe

      Delete
  7. nampaknya...mmg macam tu la cara org kita berniaga. tapi tak semua ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah antara org yg merosakkan nama bangsa terutama yg betul2 nak berniaga secara jujur dan sebenarnya.

      Sykt baru GB tu tuanpunya nya org kita ke?

      Delete
  8. Salam sejahtera YB

    Apa kabar, moga sentiasa bersemangat menjalani kehidupan bahagia ini. Mcm2 kerenah org...pelikkan mcm2 dia ada, betulkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam mama Ju.

      Alhamdulillah saya sihat dan bersemangat menjalani kehidupan ini w/p ada ranjau dan rintangan yg perlu diatasi.

      Saya tak pastilah dia ada semua yg dia sebut tu tapi daripada pengalaman sebelum ini dgn dia ni, tak mustahil dia ada semua yg dia sebutkan tu.

      Delete
  9. ..no komen uncle...
    tapi ni pun dah dikira komen kan, jadi kenalah komen sikit..

    tak berapa setuju la dengan cara tu..memang tak nafi, banyak yang kaya cenggitu je..

    dia fikir halal, tapi tak fikir syubhah..

    dia fikir, selagi takde hukum yang dijatuhkan pada benda yang atas pagar ni (MLM contohnya), dia akan anggap benda tu halal.

    uncle tarbiah la sikit hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle pun tak suruh sesiapa setuju dgn cara dia tu. Mereka yg telah menjadi kaya dgn cara ni beranggapan mendapatkan lesen atau permit itu adalah satu usaha. Sesiapa nak berusaha lebih lagi dengan menjalankan perniagaan berasaskan lesen dan permit yg telah diperolehi itu terpulanglah. Bagi golongan ini, usaha mereka setakat itu kerana itu pun dah boleh kaya .... huhuhu.

      Bagi mereka bukan tak fikir yg syubhah tapi yg haram pun jalan. Janji tak kena tangkap dan didakwa.

      Tak payahlah uncle nak tarbiah dia. Ramai lagi org yg lebih layak utk mentarbiahkan golongan seperti ini.

      Delete
  10. MLM tu besar risiko nya jadi sumber rezeki haram..kalau tak haram pun, syubhah..:)

    Org Melayu..suka sub kan projek..tau nak untung atas angin, duduk rumah goyang kaki aja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu. Macam kenalan saya ni dia memohon dan mendapatkan lesen utk MLM w/p dia belum ada produk utk didagangkan. Apa cerita macam ni?


      Sub kan projek ni cerita lama. Sudahlah sub kan projek, sub kontraktor tak dibayarnya. Saya tahu sebab saya ini antara subkontraktor tersebut .... huhuhu

      Delete
  11. Salam, rezeki yang diperolehi dengan cara begini selalunya tidak kekal lama ...sekejap aja singgah di tangan ...cepat dapat cepat habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam nurazzah8.

      Betul cakap awak tu. Easy come easy go.

      Kalau tak rasa peritnya mendapatkan rezeki, senang aje duit tu dihamburkan di tempat yg tak sepatutnya. Lagipun rezeki mcm ni tak berkat.

      Delete
  12. memang ramai jumpa yang macam ni, tp tulah yang macam nilah yang banyak di kejar sekarang. Kalau saya di tempat YB pun jawapan saya sama, mmg tak pandai semua ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yakin dia dah menghubungi ramai orang lain untuk 'melabur' dgn dia. Dah tak dapat orang lain tu makanya dia hubungi saya. Kami bukan kenal rapat pun. Cuma sekali saja pernah berjumpa dulu semasa dia minta saya masuk projek di Melaka.

      Saya setuju kata Yus tu. Kalau kita nak menyertai bidang yg kita tiada kepakaran, tunggu ajelah masa lingkupnya .... huhuhu

      Delete
  13. Biasanya orang yang macam ni tak berkat hidup dan jadi " A loser " ..huhuhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mcm tu lah tapi ada juga yg jadi jutawan dan org bergelar .... huhuhu

      Delete
  14. atas angin pun asalkan halal YB..salah satu cabang usaha gak tu kan..ni sy assume MLM dia tu barang mmg ada la tak menipu, permit pn mmg dia ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz saya beritahu kalau minta rezeki mintalah yg halal dan baik serta BERKAT. Bukan halal, baik dan banyak.

      Kalau dia tak menipu, tak rasuah dan salah laku yg lain, atas angin pun halal kot.

      Setahu saya MLM dia tu belum ada barang yg nak dijual. Dia dapat permit dulu, barang baru nak cari. Kalau Hemy ada produk yg baik, bolehlah bincang dgn dia .... hehehe

      Delete
  15. org mcm nie biasanya kalau bercakap memang hebat dan untung ribu-riban tuh memang selalu diulang2...tp kenalah hati2 kan.


    bajukurung sedondon utk tempah raya
    www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak pandai cakap susah org mcm ni nak cari makan. Itu sebab mereka ni diberikan kelebihan petah berkata2. Untung ribu riban tu perkara biasa. Kadang2 tu untung berjuta2. Kalau dah untung berjuta2 takkanlah masih duduk rumah pangsa kos sederhana .... huhuhu


      Semoga perniagaan baju raya awak bergerak maju.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails