Semasa aku melihat dashboard aku baru-baru ini aku dapati ada beberapa komen atau soalan dari pembaca berkaitan entri aku yg terdahulu. Ada entri yg dah zaman Tok Kadok. Komen-komen ini menunggu moderation sebelum boleh tersiar di entri yg berkenaan.
Sila klik di bawah untuk melihat komen2 tersebut. Mana tahu ada di antaranya datang dari anda.
Berikut adalah komen balas daripada saya seperti turutan komen di atas:
1) Terima kasih untuk maklumat tersebut. Kepada sesiapa yg berminat nak beli manik bolehlah menghubungi nombor yg diberikan atau terus ke lot yg disebutkan.
2) Kalau banyak sangat soalan penat juga nak jawab kat kaunter pertanyaan tu. Salah satu cara nak jawab ialah dgn buat entri ini.
3) Tempat shopping memang dikenang. Org perempuan kerana nak datang lagi sementara orang lelaki untuk elakkan tempat itu kalau ke kawasan itu di masa depan. Takut banyak kopak duit sekali lagi ... huhuhu
4) Esok bolehlah pergi beli buah lai tu. Memang crunchy dan juicy.
5) Amin dan terima kasih di atas doa itu. InsyaAllah 30hb ni MIL nak buat kenduri utk arwah FIL dan anaknya yg bongsu yg telah meninggalkan kami terlebih dulu.
6) Mergong depan masjid tu. Ada lorong di seberang jalan besar tu. Masuk ke dalam ikut permatang di sawah padi kira-kira 300 m.
7) Samalah kita miss JB. Esok saya ingat nak ke Johor tapi tak sampai ke JB.
Jika ada masa jemputlah ke blog ini supaya tak rasa rindu.
8) Komplek Kenanga ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari termasuk cuti umum kecuali CNY.
9) Dah lama saya tinggalkan pelantar Baronia itu. Memang ianya antara medan minyak terbesar di Baram Delta semasa saya bekerja di sana dulu.
10) Waalaikum salam anep. Kalau saya nak terangkan caranya pun saya ni bukanlah pakarnya. Saya pun masih baru di bidang pembinaan sebagai kontraktor ni. Tapi secara amnya, kalau nak dapatkan kerja atau projek kenalah cari. Kalau untuk projek kerajaan pastikan anep berdaftar dgn PKK di dalam kelas yg sesuai. Kalau untuk projek swasta, kenalah pergi berjumpa dgn bakal client dan terangkan kepada mereka keupayaan sykt awak. Sekiranya mereka ada kerja yg sesuai, bolehlah minta memberi peluang memberi sebut harga.
Selamat berjaya!
Itulah antara soalan yg terdapat di dashboard aku yang sempat aku jawab. Sesiapa yg ada soalan atau komen untuk entri lama bolehlah tinggalkan di entri yg bertajuk "Kaunter Pertanyaan"
mn nampak ..sapa yang bagi soklan tu .. rasa macam baca citer yang tergantung ..
ReplyDeletePerghh giler senang nak paham .. * ayat terlabik*
eh tak nampak ke? Saya tekan dia jadi besar sikit dan bolehlah dibaca kalau tak rabun dekat ...huhuhu.
DeleteKalau mcm tu baca komen balasnya ajelah. Kalau nak tahu siapa yg bertanya atau apa komen asalnya, bolehlah tanya ustaz oopsss tanya YB
rasanya macam saya takde tanya pape. ke saya ada tanye pape? ke saya lupa nak komen?
ReplyDeleteDi dalam 10 soalan di atas tu GB takde tanya apa2. Kan sebelum ini GB ada kata kalau ada apa2 soalan nak sms saya saja .... ngeeee
Deletemcm mcm ...memang kaunter pertanyaanlah tu....
ReplyDeleteSaya dapati lebih seminggu saya tak update tapi ramai juga yg datang melawat ke blog saya dan ada yg tinggalkan komen di entri2 lama.
DeleteAda yg menarik agaknya entri2 tu .... ngeeee
Halus nya mana nak nampak, tapi confirmed saya punya soalan tak ada kat sini.
ReplyDeleteSaya tekan sebelum ni ia jadi besar. Tapi takdelah sebesar kingkong. Setakat besar beruk hehehe.
DeleteMemang soalan awak takde sebab dah lama juga awak tak singgah sini atau tinggalkan komen ... ngeeeee
bukan saya yg tanya.. kan? hehe
ReplyDeleteKebanyakan soalan dan komen dari kawan2 baru. Otai mcm zino takde tinggalkan soalan .... hehehe
Delete