Baru-baru ini emak Adam beritahu aku kawan satu kelas Haikal memberi dia hadiah sempena harijadi Haikal yg ke 11. Nak tahu apa hadiahnya?
Ini hah ......
Samsung Galaxy Y. (yang Galaxy Tab tu bukan hadiah harijadi ngeeee)
Menurut Haikal emak kawan dia tu yg juga seorang guru di sekolah mereka yang tolong membelikan hadiah itu.
Budak-budak sekarang beri hadiah harijadi benda yg mahal-mahal macam ni.
Kawan Haikal yg memberi hadiah itu seorang murid perempuan.
"Awek kau ya?" tanya aku.
"Bukanlah," jawabnya sambil muncung.
Aku difahamkan harijadi budak itu untuk tahun ni belum lagi. Siaplah kau Haikal nak carikan hadiah untuk kawan kau tu.
ps - ingatkan awek dia. Kalau awek alamat cepatlah Adam dapat kakak ipar .... hahaha
Sy rasa bakal awek tu YB.. siap-siapkan ler $$$ hantaran yea
ReplyDeleteSaya dah tanya tapi Haikal nafikan. Ala-ala artis buat penafian tulah. Nasib baik dia tak kata "kami sekadar kawan biasa" hahaha
Deletecpt adam dpt kakak ipar..
ReplyDeletecpt yb dpt cucu. ngeh!ngeh!ngeh!
Kalau nak tunggu cucu dari anak yg ini memang lambat lagilah. UPSR pun belum lagi.
DeleteAdam nak tunggu kakak ipar dari abg long nya. Itu cepat lagi.
perghhhh..kaklong pun guna samsung yg sama..nak memujuk cik abang beli bukan main payah lagi.....
ReplyDeleteitulah beza org dulu dgn budak2 sekarang kaklong. Kaklong puas nak memujuk cik abg utk beli samsung tu tapi budak sekarang buat hadiah harijadi kawan .... huhuhu
DeleteDah tak sabar nak bermenantu ke yb?
ReplyDeleteMasih boleh sabar ... ngeeeee
DeleteHaikal dah ada hint nak pow duit YB tak? ahaha
ReplyDeleteDia tak payah nak hint. Memang selalu dah pow duit saya .... huhuhu
Deletewah.... dasyat.... aku pun x penah terpikir nak dapat hadiah jenis ni... dok la simpan duit sebab ngidam sIII
ReplyDeleteItulah budak sekarang.
DeleteTakkan tak cukup duit lagi nak beli sIII tu?
ps - seronok kami dapat jumpa Maya dan famili dia dulu semalam kat Parit Raja.
masa saya jadi guru ganti di SK Seafield 9 tahun yg lalu, ada seorg pelajar saya bagi handset Nokia sempena hari guru. zaman dulu2 kan handset mahal. saya tak amik hadiah tu, saya pulangkan semula pd bapanya.
ReplyDelete(FYI, masa tu saya masih anak dara dan bapak murid tu duda. jeng jeng jeng)
Alaaaa apasal Yati pulangkan? Takut enJekjek merajuklah tu ... hehehe.
DeleteBapak murid tu ensem tak? Murid tu lelaki ke pompuan?
haikal ni power ni.....ahahaha!
ReplyDeletePower Rangers ke GB?
DeleteAyah Haikal yg teruk nak bayar hadiah balasannya tu nanti .... huhuhu
ps - takde ke org bagi GB hadiah special mcm ni? ngeeee
Mesti si Haikal ni budak baik kat sekolah sebab tu emak budak tu yang juga guru sekolah sanggup belikan hand set ni.
ReplyDeleteLepas ni kalau hari jadi budak tu kena lah yb belikan barangan yang setaraf dengan hadiah tu kalau tak mesti budak tu akak cakap lokeknya bapak si Haikal ni ha cane.
Haikal kalau kat sekolah pijak semut pun tak mati. Spesis adik beradik semua mcm tu. Mengikut ayahnya agaknya ... hahaha.
DeleteDah beritahu Haikal dah perkara ni. Hari Sabtu masa kami singgah di Ayer Hitam ada juga suruh Haikal carikan barangan yg elok dan agak mahal utk dibuat hadiah. Tapi dia tak nak .... huhuhu
ye la, takkan nak bagi tshirt angry bird lak kann..tak rock ar ... heheh..
ReplyDeletealaaa baru ingat nak bagi patung angry bird beli kat Ayer Hitam Sabtu baru ni .... hahaha
Delete