Thursday, June 21, 2012

Nasi Arab Terbaik Di Seremban

Dah seminggu lebih aku tak update blog ni.  Semalam kawan2 blogger kat Grup Sikret Bloggerz - Kite Kite Aje suruh aku update sebelum blog aku berhantu.  Kalau nak kata bersawang, memang dah bersawang.

Antara yg bising semalam ialah Daddy Ziyyad.

Jadi kali ini aku nak citer pasal nasi arab terbaeekkk di Seremban.

Khamis lepas aku ke Senawang atas urusan projek.  Projek kecik aje tapi kecohnya lebih     Selesai perbincangan di tapak projek aku pun call Tuan Doktor kita ni.  Rabu tu aku dah PM dia kata aku nak datang ke Senawang.  Tapi masa aku call dia tak jawab.  Mungkin dia sibuk dgn patient dia.

Aku pun keluar dari site dan singgah di stesen minyak.  Pergi tapak projek yg agak jauh dari rumah ni bukan saja aku yg merasa dahaga tapi kereta aku pun dahaga.  Kereta aku bagi minum puas2 sementara aku bantai air mineral sebotol.

Elok aku habis isi minyak Daddy Ziyyad call aku.  Dia ajak jumpa di Giant Senawang.  Aku pun ke sana.  Ingat nak makan kat situ aje tapi rupanya dia ajak aku makan nasi arab.  Dia suruh aku ikut kereta dia.  Akupun ikutlah sehingga kami sampai ke tempat ini ....




Nasib baik Damsyik ini kat Senawang aje.  Kalau ke Syria, mahu tak balik aku Khamis lepas.   Kesianlah emak Adam dok tunggu aku malam Jumaat tu sorang2 ... hehehe  





Ini dia nasi Arab tu.  Kami order yg ayam.  Aku ingat nak order kambing tapi takut terlebih power   panas petang Khamis tu.



Air yg kelihatan dalam gelas plastik itu Shai namanya.  Kami order sorang segelas.  Tapi selepas habis makan nasi Arab aku masih dahaga sebab balik dari tapak pembinaan.  Aku sebat lagi satu gelas.

Dan untuk menunjukkan bukti yang kami betul2 sampai ke tempat itu, silalah tatap wajah dua jejaka ensem ini



DZ kontrol macho sementara aku tersenyum lebar dapat makan free.  Kalau nampak kurang ensem tu salahkan kamera cap ayam aku.

Oklah aku nak bersenam kat treadmill ni untuk bakar lemak.


26 comments:

  1. Replies
    1. Dah cuba ke? Memang marvelous. Kena pergi dgn kawan. Sambil makan sambil borak2 dan gelak2 ...

      Delete
  2. kena lari satu jam tau YB atas treadmill kalau nak bakar kalori sepinggan nasik arab tu! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lepas bersenam atas treadmill tu. Hari ni berjalan dan lari anak selama 23 minit. Selalu tu separuh daripada itu. Ingat nak sambung lagi tapi bagi peluang emak Adam pulak guna. Afterall dia yg beli .... ngeeee

      Kalau lambat2 dia tak sempat nak cool down sebelum mandi dan pergi ke surau malam ni.

      Delete
  3. amacam sedap kan? nak2 sambal dia tu mmg salu mintak lebih lah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal dia memang sedap tapi segan pulak hari tu nak mintak tambah sebab DZ tak tambah. Kalau ko ada hari tu harus tambah lagi makan tu.

      Lain kali bila kau ke Senawang lagi aku roger ko lagi.

      Delete
  4. Makchaq pun suka nasi arab, tapi biasanya makan yg kat cyberjaya.. Restoran Saba'
    Nasi dia putih je..
    Shai tu teh la kan... (baru dok belajaq bahasa Arab)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh nasi Arab putih ke? Setahu saya dia mesti ada warna sebab dia guna minyak sapi dan bahan pewarna. Mungkin saya silap.

      Shai tu mmg maknanya teh dalam bahasa kita. Tapi shai yg kami minum tu teh tak macam teh kita. Teh dari Timur Tengah kot.

      Delete
  5. senawang kat solok mana ni?? nx week nk blk kmpung, blh paksa rela abem singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa susah kakngah. Google aje keluarlah peta tempat ni. Dia kat Taman Bougenvilla (eh betul ke aku eja ni?) iaitu selepas Taman Rashidah Utama. Kalau dari tol Senawang tu terus aje di lampu isyarat simpang nak ke Seremban/Tampin ke arah Giant. Selepas CIMB kat traffic light pertama tu belok kiri. Ikut jalan tu menurun bukit sehingga sampai traffic light lagi satu. Kat traffic light tu terus lebih kurang 2.5 km. Kedainya sebelah kanan jalan.

      Delete
  6. Dua jejaka terhangat dipasaran....!
    ngeeee....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang seorang tu terhangat terutama pada pagi Isnin sebab ramai patient nak minta MC.

      Yang sorang lagi tu terhangat sebab apa ek? hehehe

      Delete
  7. Wow..nampak sedap jer nasi arab tu..
    Lg sedap kalau oprg banje..kan YB? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sedap sebab memang sedap. Lebih2 lagi bila org belanja.

      Bila pula nak merasa cik yun belanja saya ni? ... ngeeee

      Delete
    2. Cyberjaya ade restoran nasi arab gak YB..
      Ape? YB nak banje? bereh boh...
      hahaha

      Delete
    3. Kat sebelah mana kat cyberjaya tu? Tapi saya jarang ke sana. Kalau tak silap saya kali terakhir saya ke sana 4 tahun lepas utk berjumpa Timb CEO SPAN.

      Kita makan tempat lain ajelah cik yun. Bila nak pergi? PM saya bila ready ... ngeeee

      Delete
  8. memang sedap kalau free.. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau benda tu tak sedap, free pun tetap tak sedap.

      Kalau benda tu sedap, free bertambahlah sedap.... hehehe

      Delete
  9. nasi arab yg penah makan kat saba' dan kat inti kolej nilai
    dua2 tpt pun sedap..yg senawang belum penah smpai tapi ramai kata sedap jugak..bukan jauh pun dr rumah kami
    kena cuba jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org kata nasi arab kat Saba' sedap. Ini Saba' yg kat mana? Dekat rumah saya ni pun ada Saba' juga tapi tak tahulah samada tauke yg sama.

      Saya selalu juga lalu depan Inti Kolej tu semasa saya ada projek di PD tak lama dulu. Tak tahu pulak kat situ pun ada nasi Arab.

      Selamat mencuba nasi arab damsyik ni. Nanti bila dah cuba boleh buat review kat blog Irfa.

      Delete
  10. Dah naik berpeluh kita bukak blog yb tapi tak ada update baru,nasib baik hari ada kalu tak ada kita dah fikir nak mogok.

    Ye lah tu kemaiiin sedap dapat makan nasi arab, kalau kita kesana kita nak try juga lah kut2 lagi sedap dari nasi arab yang banyak di jual di Kl kan. Thanks for the info ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood nak tulis kat blog merudum. Ada 2 draf yg suku siap tapi tak jadi nak teruskan... huhuhu.

      Terima kasih kerana masih setia dtg ke sini. Bukan awak sorang aje tapi ramai yg dtg seminggu lepas w/p takde update. Kesetiaan kalian sangatlah saya hargai.

      Awak kena cuba nasi Arab ni. Org kata sedap. Kalau time makan mmg happening sampai susah nak dapat tempat duduk.

      Delete
  11. besar kan portion tu.. kalo saya confirmmm tak habiss..takut rugi, suh bungkus lakk.. boleh ke? saya selalu suh bungkus belen meegoreng sya makan kat mamak.. kekeke..makan ciput, belen lebih, sayang wo kalau tak tapau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayang kalau ditinggalkan begitu saja kalau masih banyak belen. Kalau takut tak habis lain kali kongsilah dgn kawan. Kalau takde kawan boleh ajak saya .... hahaha

      Delete
  12. Yb disebabkan dah selalu..sampai dah tak lalu..nasi boleh lagi..ayam lansung dah tak boleh nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok noted. Memanglah nasi arab ni kalau terlalu kerap agak menjemukan. Kalau saya jumpa Acik Erna lain kali, bolehlah bawa saya makan masakan nogori pulak. Tapi saya tak makan yg pedas2 .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails