Dah dekat seminggu aku tak update blog ini. Minggu lepas pun macam tu juga. Lepas seminggu aku biarkan blog ni bersawang, baru aku update. Itupun dua kali aje.
Tadi semasa aku jengah dash board aku, terdapat 6 komen yg menunggu moderation. Kebanyakan soalan itu mengenai entri aku yg dulu2. Ada yg komen pada entri tahun 2010.
Mujurlah soalan ini tak terus masuk kotak komen pada entri2 tersebut. Kalau tak, gerenti aku tak perasan ada komen2 itu.
Sebahagian besar komen utk entri2 lama aku tu (bukan 6 komen ini saja tapi komen2 sebelum ini juga) berupa soalan yg ingin penjelasan atau jawapan daripada aku.
Terus terang aku katakan, aku tak berapa rajin nak lompat sana lompat sini utk lepaskan soalan2 ini dan membalas komen2 atau soalan2 tersebut.
Untuk menyenangkan semua pihak, entri kali ini aku dedikasikan untuk membalas sebarang komen atau soalan yg pembaca blog aku ada. Jika anda ada memberi komen atau soalan sebelum ini yg belum aku jawab, silalah kemukakan sekali lagi di sini. Jika ada soalan2 baru, juga bolehlah bertanya pada aku.
haaaaa soklan saya,
ReplyDeleteberapakah umur YB sekarang?
19 tahun lebih senior daripada Yati ... hehehe
Deletefyuhhhh byk mkn garam tu. YB ade darah tinggi tak?
Delete*saje bagi soklan kaanak2. hihihi*
Kira banyaklah jugak. Bukan kat satu tempat aje tapi di beberapa tempat.
DeleteAlhamdulillah saya takde darah tinggi atau penyakit2 kronik yg lain.
hehehehe. memang betul2x kaunter pertanyaan ni nanti yb.....
ReplyDeleteKaunter ini mungkin akan ditutup sebaik ada n3 baru. Kalau tak, susah juga saya nak kena jenguk ke sini setiap hari ..... huhuhu
DeleteSoalan saya:
ReplyDelete-dah berapa kilo hilang sejak ada treadmill?
Ekekekeke
Hilang tidak tapi bertambah berat adalah! huhuhu
DeleteSaya baru timbang sekejap ni tadi. Dah tambah 400gm. Mungkin kerana pagi ni saya sarapan heavy... (mcm lah hari lain tak heavy hehehe).
boleh tanya lebih dari sekali,sebab khidmat kaunter pertanyaan percuma...heheheh!
ReplyDeleteSelagi kaunter ni belum tutup boleh tanya banyak kali.
DeleteTapi apa soalannya kaklong? .... ngeeeee
As-Salam..saya pun dah lama tidak menjenguk ke sini, tidak berkesempatan...nak update blog sendiri pun tak sempat ...
ReplyDeletetapi nak juga tanya di kaunter ni:
YB apa khabar? Emak Adam dan anak-anak juga apa khabar?
Waalaikum salam.
DeleteSamalah kita. Azzah sibuk pasal kerja dan urusan rumahtangga. Saya ni sibuk tak tentu pasal. Antaranya sibuk di fb .... huhuhu
Saya, emak Adam dan anak2 semua sihat. Tapi cuti sekolah ni kami tak bercuti ke mana2 sebab anak yg sulung baru saja habis final exam manakala yg kedua akan menduduki exam ACCA minggu depan.
Adakah mak adam sebaya dengan saya, saya sekarang 48 tahun tapi awet muda ok, hihihi ayat mesti kena perasan kan, tak macam yb main sorok sorok umur tak rock lah sorok2 umur ni.
ReplyDeleteEmak Adam tentulah leibh muda dari awak. Dia taklah awet muda macam awak tapi ada org kata umur dia baru 30an ... hehehe.
DeleteSaya mana pulak sorok umur? Jawapan saya kepada AiTotYati tu kan jelas. Kalau nak tahu umur saya kenalah cari berapa umur Yati ..... ngeeeee
kalau ada apa-apa nak tanya nanti saya sms aje lah ye. hewhew~
ReplyDeletegb punya pasal apa cara pun boleh ..... hehehe
Deletenak tanya kat sini segan pulak, apakata yb tunggu saya kat ezati? :D
ReplyDeleteok set. Bila nak jumpa tu? Malam ni atau malam esok?
Deletesms saya sebelum pergi. Minta no saya kat kts.... hehehe
nak tanya yb bila nak belanja sya? kalau ikutkan yb rajin je turun di banting ni (,")
ReplyDeleteBila saya ke Banting Eja pula takde kat sana. Habis tu macamana nak belanja .... huhuhu
Deletesoalan 1 : Hari ini hari apa?
ReplyDeleteHari ni Jumaat w/p soalan ni awak tanyakan pada hari Khamis .... hehehe
Deletesoalan saya.. Bila adam nak dapat adik???dan bila uncle nak timang cucu..hehehe
ReplyDeleteAdam anak bongsu.... mana ada adik selepas dia.
DeleteUncle nak timang cucu bila anak2 dah kahwin. Sebelum mereka kahwin uncle tak nak timang cucu ... hehehe
cet..mmglah...maksud sy bila hazwan nak kawen,cm da x lama je lg...
DeleteBelajar pun baru habis. Kena cari sumber pendapatan dulu sebelum mampu nak tanggung anak dara org.
DeleteYang bertanya tu kot yg dah tak lama lagi ..... hehehe
slm YB ni YB betul ke?
ReplyDeleteWsalam meo188.
DeleteSaya ni memang YB betul sejak dilahirkan. Kalau tak percaya boleh periksa di JPN. Cek kat JPN tau dan bukan di SPR ..... hehehe
Nak tanya, tak penat ke nanti nak jawab..
ReplyDeleteKawan2 dah susah payah memberi komen, apa salahnya saya membalas mana yg terdaya.
DeleteMaaflah komen Azian ni lambat saya balas di sini sebab dah balas di n3 di atas tu.
Salam YB. Selalu nampak nama YB ni komen di blog pakngah al-lavendari. Kalau dalam setiap status pakngah di fb pun saya nampak, tak sangka YB datang blog saya komen pasal entri mee racun BP tu...
ReplyDeletesalam kenal dari saya. TQ sudi tekan butang jadi follower di blog saya...
Erkkk....takde nak tanya apa kot, nantilah saya jengah2 dan baca sikit2 entri dalam ni untuk lebih kenal dengan saudara YB.
waalaikum salam Yus.
DeleteOh Yus perasan saya komen kat blog dan fb pakngah ya? Saya tak perasan pula Yus ada kat situ. Maklumlah ramai yg komen pada setiap n3 abg Hamzah tu. Org popularlah katakan.
Saya datang ke blog Yus sebab Maya yg beri linknya. Maya ni duduk di Batu Pahat. Saya ingat nak bawa famili ke sana hujung minggu ni. Jadi saya tanya Maya apa makanan yg best kat sana selain briyani gam dan asam pedas.
Salam kenal saya sambut. TQ kpd Yus juga kerana jadi follower saya w/p skrg ni saya ada kurang update blog ni.
Terima kasih kerana berhasrat menjengah2 n3 lama saya. Semoga ada yg bermanafaat atau menarik yg Yus akan temui.