Saturday, June 23, 2012

Mahal Hadiah Harijadi Tu .....

Baru-baru ini emak Adam beritahu aku kawan satu kelas Haikal memberi dia hadiah sempena harijadi Haikal yg ke 11.  Nak tahu apa hadiahnya?


Ini hah ......


Samsung Galaxy Y. (yang Galaxy Tab tu bukan hadiah harijadi ngeeee)

Menurut Haikal emak kawan dia tu yg juga seorang guru di sekolah mereka yang tolong membelikan hadiah itu.

Budak-budak sekarang beri hadiah harijadi benda yg mahal-mahal macam ni.

Kawan Haikal yg memberi hadiah itu seorang murid perempuan.

"Awek kau ya?" tanya aku.

"Bukanlah," jawabnya sambil muncung.

Aku difahamkan harijadi budak itu untuk tahun ni belum lagi.  Siaplah kau Haikal nak carikan hadiah untuk kawan kau tu.

ps - ingatkan awek dia.  Kalau awek alamat cepatlah Adam dapat kakak ipar .... hahaha

20 comments:

  1. Sy rasa bakal awek tu YB.. siap-siapkan ler $$$ hantaran yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tanya tapi Haikal nafikan. Ala-ala artis buat penafian tulah. Nasib baik dia tak kata "kami sekadar kawan biasa" hahaha

      Delete
  2. cpt adam dpt kakak ipar..
    cpt yb dpt cucu. ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tunggu cucu dari anak yg ini memang lambat lagilah. UPSR pun belum lagi.

      Adam nak tunggu kakak ipar dari abg long nya. Itu cepat lagi.

      Delete
  3. perghhhh..kaklong pun guna samsung yg sama..nak memujuk cik abang beli bukan main payah lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah beza org dulu dgn budak2 sekarang kaklong. Kaklong puas nak memujuk cik abg utk beli samsung tu tapi budak sekarang buat hadiah harijadi kawan .... huhuhu

      Delete
  4. Dah tak sabar nak bermenantu ke yb?

    ReplyDelete
  5. Haikal dah ada hint nak pow duit YB tak? ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak payah nak hint. Memang selalu dah pow duit saya .... huhuhu

      Delete
  6. wah.... dasyat.... aku pun x penah terpikir nak dapat hadiah jenis ni... dok la simpan duit sebab ngidam sIII

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah budak sekarang.

      Takkan tak cukup duit lagi nak beli sIII tu?

      ps - seronok kami dapat jumpa Maya dan famili dia dulu semalam kat Parit Raja.

      Delete
  7. masa saya jadi guru ganti di SK Seafield 9 tahun yg lalu, ada seorg pelajar saya bagi handset Nokia sempena hari guru. zaman dulu2 kan handset mahal. saya tak amik hadiah tu, saya pulangkan semula pd bapanya.

    (FYI, masa tu saya masih anak dara dan bapak murid tu duda. jeng jeng jeng)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa apasal Yati pulangkan? Takut enJekjek merajuklah tu ... hehehe.

      Bapak murid tu ensem tak? Murid tu lelaki ke pompuan?

      Delete
  8. Replies
    1. Power Rangers ke GB?

      Ayah Haikal yg teruk nak bayar hadiah balasannya tu nanti .... huhuhu

      ps - takde ke org bagi GB hadiah special mcm ni? ngeeee

      Delete
  9. Mesti si Haikal ni budak baik kat sekolah sebab tu emak budak tu yang juga guru sekolah sanggup belikan hand set ni.
    Lepas ni kalau hari jadi budak tu kena lah yb belikan barangan yang setaraf dengan hadiah tu kalau tak mesti budak tu akak cakap lokeknya bapak si Haikal ni ha cane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haikal kalau kat sekolah pijak semut pun tak mati. Spesis adik beradik semua mcm tu. Mengikut ayahnya agaknya ... hahaha.

      Dah beritahu Haikal dah perkara ni. Hari Sabtu masa kami singgah di Ayer Hitam ada juga suruh Haikal carikan barangan yg elok dan agak mahal utk dibuat hadiah. Tapi dia tak nak .... huhuhu

      Delete
  10. ye la, takkan nak bagi tshirt angry bird lak kann..tak rock ar ... heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa baru ingat nak bagi patung angry bird beli kat Ayer Hitam Sabtu baru ni .... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails