Thursday, May 31, 2012

Kenangan Di Johor Bahru

Semalam aku masuk ruangan di satu fb group yg aku baru dijemput menjadi ahli.  Sebenarnya dah dua minggu rasanya aku dijemput tapi aku belum sempat join sembang2 mereka.

Bila aku baca semalam ada juga rupanya kawan2 baik aku seperti Daddy Ziyyad dan GadisBunga   di dalam forum tersebut.  Yang lain aku tak kenal.

Semalam mereka cerita pasal GadisBunga nak pindah bekerja di JB.  Aku pun tak tahu GB dah nak pindah.  Yang aku tahu opis dia pindah dari Jalan Klang Lama ke area Damansara beberapa bulan lepas.

Rancak juga kami bercerita pasal JB semalam.  Sebahagian mereka tu pasal memang org sana.  Aku ni kebetulan pernah duduk JB.  Tapi dah lama dah.  20 tahun yg silam.  Masa itu aku dihantar oleh Petronas Carigali untuk mengawasi kerja2 pembinaan pelantar gas di beberapa limbungan di Pasir Gudang dan Batam.

Walaupun bekerja di Pasir Gudang tapi aku dan famili duduk di Taman Nong Chik di sebuah rumah yg disediakan oleh syarikat.  Kereta kompeni pun disediakan.  Minyak tinggal isi saja dan cukup bulan hantar resit utk tuntutan.  Jadi duduk jauh di JB takde masalah duit minyak kecuali terpaksa menempuh kesesakan di lebuhraya Pasir Gudang.

Masa aku di sana kami sering ke Singapura untuk melawat saudara mara dan shopping.  Kadar tukaran wang masa tu SIN $1.00 bersamaan dengan RM1.20 saja.  Bila nak balik KL biasanya kami akan ke Woodlands untuk membeli buah2an seperti epal, limau dan pear.  Kadang2 beli juga kain langsir dan cadar.  Kereta kompeni aku plat Johor.  Bila sampai di tempat pemeriksaan kastam, biasanya mereka tak periksapun.  Kalau ada saudara mara datang dari KL dan ke Singapura utk beli barang, biasanya mereka akan sumbat barang2 tu di dalam kereta aku supaya tak kena cukai! hehehe (tindakan keji)



Sekarang tak payah pergi Singapura nak beli buah2an ini.  Kat Chow Kit pun banyak (gambar di atas) dan lebih murah daripada di sana sebab kadar tukaran wang dah tinggi



Banyak lagi kenangan pahit manis di sana termasuklah kelahiran anak ketiga kami, Nurafifah Huda di Johor Specialist Hospital.  Masa sekolah rendah dulu bila cikgu tanya di mana kampung dia, Afifah akan kata kampung dia di JB!

Kepada GB, selamat memulakan hidup baru di JB.  Semoga bertemu jodoh semasa di sana!

20 comments:

  1. ahahaha...saya pun doakan GB bertemu jodoh di JB!

    Memang klasik kan YB, dulu org selalu gi woodland beli kain/langsir/pinggang arcoroc/buah buahan..hahaha

    Saya yg duduk Skudai tu pun dah lama gila tak masuk Spore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau GB tak dapat org JB dapat org Singapore yg hensem mcm Aaron Aziz pun ok jugak ... hehehe


      Bukan setakat beli buah, kain dan pinggan mangkuk tapi permainan budak2 pun beli kat sana. Saya pernah beli raket Yonex di Singapura semasa sekolah menengah dulu. Tapi bukanlah jenis Carbonex. Cuma jenis Blacken aje. Harga Sin $25 ngeeee.

      Delete
  2. alahai...kisah perpindahan saya dah masuk blog yb rupanya. baru ingat nak rahsia rahsia. :p

    doakan lah ye kot kot saya bertemu jodoh dgn org johor. (eh tetibe? :p). walau sebenarnya niat asal utk expand career, tapi selit niat cari jodoh pun takpe jugak kan? huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh nak rahsiakan ke? Tapi kan dah tersiar kat Kita-kita aje .... ngeeee

      Saya selalu mendoakan GB bertemu jodoh dgn pasangan yg terbaik tak kira org Johor atau org mana sekalipun. Tak salah niat bermcam2 asalkan niat itu utk kebaikan.

      Delete
  3. Saya pun banyak kenangan kat JB YB.. zaman menjadi pelajar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya belajar masa sekolah menengah atau U kat JB tu?

      Delete
  4. sekarang jb taraf hidupnya lebih kurang kl jugak dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya barang2 di JB banyak yg lebih mahal jika dibandingkan dgn KL kerana ramai org Singapura datang membeli belah di JB. Masa kami duduk di sana dulu pun kadang kami tengah tawar menawar harga ikan di pasar datang org S'pore tanya harga terus suruh penjual tu bungkuskan utk dia ..... huhuhu

      Delete
  5. Ni anak johor jati sudah mari, oooo yb pernah duduk nong chik ya nong chik sekarang banyak rumah banglo besar besar tau maklumlah hyatt hotel pun kat kawasan situ juga tapi dah tukar nama hotel tu sekarang.

    Saya anak jati kg. Wadi Hana, dimana suku sakat arab semua disitu tapi sayang tanah disitu dah banyak di jual kepada china bak kata suami saya orang arab ni asyik nak bergaduh je kat negeri sendiri gaduh datang malaysia pun gaduh. Sebenar nya yang nak menjual tanah2 disitu selalu nya adik beradik lelaki macam mak saya dia perempuan bila adik beradik lelaki nak jual dia tak boleh buat apa2 dia terpaksa. Wadi Hana ni macam kg. Baru berada ditengah tengah bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu día anak johor jati sudah mari!

      Masa saya duduk nong chik dulu pun banyak banglo besar2 sebab kebanyakannya mendapat tanah kurnia. Saya tinggal di banglo yg kecil sebab masa tu keluarga saya masih kecil.

      Hotel Hyatt tu tempat saya tinggal bila ada kerja di JB. Staf kat situ dah kenal dgn saya dan biasa dpt upgrading free. Sarapanpun kat tingkat 14 tak campur dgn guest biasa .... cewah.


      Kg Wadi Hana skrg dah bawah flyover Inner Ring Road. Saya dah beberapa kali niat nak solat di masjid di situ tapi belum kesampaian. Masjid2 lain kat JB tu rata2nya saya pernah bersolat. Lebih kurang 20 masjid kot.

      Nak kira gaduh adik beradik pasal tanah ni bukan org Arab aje. Org Melayu dan org Jawa pun ada yg gaduh. Bila kita gaduh dan jual tanah tu, bangsa lain yg untung .... huhuhu

      Delete
  6. makasakan orang johor memang sedap..terutama kat kg.melayu majidee tu...ahhhhh...kenangan semua tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada bawa emak Adam bersarapan ke Kg Melayu tu kat kedai yg jual capati tu. Banyak tempat makan yg sedap di sana.

      Delete
  7. Makchaq last pi JB rasanya 20 tahun dulu...org utara asyik2 pi utara ja.. ke selatan rasa macam jauh pada hal sama ja jaraknya kot..

    Semoga GB lebih murah rezeki disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ai lamanya tak turun JB makchaq? Apa kata cuti sekolah yg ada lagi seminggu ini digunakan utk melawat Johor. Banyak tempat menarik di sana.

      Amin. Semoga selepas bertukar ke JB tak jadi gadis bunga lagi tapi jadi ibu bunga .... hehehe

      Delete
  8. sultan johor pon baru beli plat wilayah WWW 1.. ehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org berminat plat WWW tu.

      Saya nak belli plat JJJ 1 tak mampu ... huhuhu

      Delete
    2. JJJ 1 PUN SULTAN JOHOR GAK YANG BELI...

      Delete
    3. Nombor yg cantik2 banyak yg baginda beli ... ngeee

      Delete
  9. adoi nampak buah lai tu terus ingat crunchy nyer!!! adoi

    ReplyDelete
  10. tmpt shopping lagikn dikenang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails