Monday, June 25, 2012

Cuti-Cuti Malaysia: Johor dan Melaka Saja

Di kala ada keluarga membawa anak-anak mereka bercuti keluar negara semasa cuti sekolah yang baru lalu, kami tak kemana-mana sangat melainkan balik kampung dan ke majlis kenduri kahwin pada setiap hujung minggu kerana anak sulung dan kedua kami sedang menduduki peperiksaan di IPTA.  Tak sedap pula nak pergi jalan bila mereka sedang periksa.

Sekarang anak kami yg dua org tu sedang bercuti.  Yang sulung tu dah habis belajar pun tinggal tunggu nak kerja.

Sabtu baru ni aku bawa keluarga aku melancong (tapi mcm tak sesuai aje istilah tu) ke Johor dan Melaka.  Kami bertolak dari rumah pukul 4:30 ptg sebab pagi tu Haikal ada kelas tambahan manakala Haizam pula ada acara Sukan Tahunan di sekolah dia.  Kira lambat kami bertolak tapi kalau nak tunda program makan angin ni ke minggu depan MIL pula nak buat kenduri tahlil sebelum bulan puasa ni.

Petang pun petanglah.  Dari KL kami berhenti di R&R Pagoh utk solat Asar dan makan mee rebus Jawa.  Dulu kami makan mee di situ terasa sedap.  Jadi nak ulangi pengalaman silam.  Jumpa juga gerai tu.  Mee jawanya tak mengecewakan.

Dari situ kami ke Ayer Hitam.  Dah banyak gedung2 besar sebelum pekan Ayer Hitam.  Dah lama betul kami tak singgah di situ.  Dulu memang situlah tempat kami berhenti rehat semasa di dalam perjalanan dari JB nak balik KL sebab lebuhraya PLUS hanya dari KL ke Pagoh saja.  Dari Pagoh ke JB terpaksa ikut jalan lama yang melalui Ayer Hitam.

Sempatlah kami beli bantal fb, bantal SMS, patung beruang dan jam dinding.



Emak Adam dgn bear besar ni.  Nasib baik tak jadi beli yang ini sebab MPV dah penuh.  Kalau tak, mahu masa tidur dia peluk beruang ni.  Kesianlah aku ... hehehe



Dari Ayer Hitam kami ke Parit Raja untuk bermalam di sebuah Inn di sana milik seorang usahawan wanita yg berjaya.  Selepas check in kami pun ke tempat makan.  Rakan fb aku yg bernama Maya dan suaminya mencadangkan kami makan di kedai bernama Maju DJ Seafood.  Maya baru habis kerja semasa kami nak ke kedai makan tu.  Jadi kami terus ke kedai tu dan dia serta suami dan anaknya menyusul tak lama selepas itu.  Kali pertama kami berjumpa.  Seronok berbual macam dah kenal lama.  Makan malam tu suami Maya yg belanja.  Terima kasih daun keladi.


Maya yg bertudung merah/putih di sebelah hujung manakala suaminya, terlindung oleh aku


One for the album.  Adam dan Luqman (anak Maya) sebaya.  Malam itu mereka sibuk main dgn kucing


Malam minggu itu kami tidur di Parit Raja.

Semalam selepas check out dari Inn di Parit Raja kami bergerak ke Batu Pahat.  Pusing2 di pekannya sekejap sambil mengimbau kenangan di sana semasa aku masih bekerja dgn sykt kulit kerang.  Melihat stesen minyak yg pernah aku bina, tempat yg pernah kami sekeluarga lawati seperti Batu Pahat Walk dan hotel yg pernah kami singgahi.  Dah dekat 10 tahun aku tak bawa famili aku ke sana!

Kalau ke Batu Pahat tak makan nasi briyani memang tak sah.  Kami singgah di Benteng dekat Peserai utk makan tengahari.  Kami makan briyani ayam dan kambing yg dimulakan dgn makan otak-otak sebagai pembuka selera.



Ini dia nasi briyani yg femes tu. Adam dan Haikal serta nenek mereka belasah otak-otak dulu sebelum makan

Semasa kami dah nak habis makan, kawan lama aku yg merupakan seorang kontraktor telah datang bersama isterinya.  Mereka tinggal di Batu Pahat.  Rancak kami berborak kisah-kisah lama dan perancangan masa depan.  Dulu masa mula-mula kenal anak kami kecil lagi.  Sekarang dan bujang dan anak dara.  Aku saja yg masih ada anak kecil baya Adam kerana orang Jawa memang anak ramai.  Kalau takde sekurang2nya 6 orang, bukan Jawa namanya!

... bersambung








15 comments:

  1. anak ramai, rezeki pun murah. ada mana-mana orang jawa nak jadi suami saya tak? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah dah tanya soalan mcm ni mesti ada lelaki Jawa yg nak jadi suami GB. Nanti bila dah pindah Johor lagi ramai sebab kat sana tu 'gudang' Jawa .... hehehe

      Delete
  2. Seronoknya kalu dapat ikut Bang YB ni jalan-jalan. Gerenti kenyang selalu!

    Saya tak Jawa tapi Banjar. Apapun anak saya memang 6 orang bang! Abang jugak yang kalah dengan saya. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ikut bolehlah kita buat rombongan cik kiah. Kereta saya dah penuh sebab anak saya pun 6 orang mcm AA jugak ... ngeeee

      Delete
  3. Sampai juga YB ke kampung saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak lupa pulak nak kontek en_me hari tu. Kalau tak bolehlah tengok kampung awak. Kampungnya yg mana satu ya?

      Delete
    2. harhar2.. mistaken identity ni kang YB.. itu 'Mie' bukan 'en_me' yeee.. kahh

      Delete
    3. Maaf haji. Tersalah wong. Ingatkan en_me tadi. Tapi haji pun jurutera jugak kan? Wong Jowo akeh seng pandei2 .... ngeeee

      Delete
  4. Yb saya pun dah lama tak lalu Air Hitam sebab dah ada highway. Bulan april lepas kami ke Pagoh menghadiri perkahwinan anak tokeh lescoupage dengan orang pagoh malang nya saya tak sempat ke air hitam sebab kami convoy ramai2 leceh sebab semua nak balik cepat, saya nak pergi air hitam, kluang, batu pahat dan muar hari raya tahun ni nak kerumah saudara mara yang dah lama tak jumpa dah plan anak beranak tahun ni raya sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Sejak ada highway ni ramai org dah tak singgah ke Ayer Hitam.

      Nak beraya ke rumah saudara mara di Air Hitam, Kluang, BP dan Muar ke? Tentu seronok dan meriah dapat jumpa mereka. Saya pun setiap raya akan cuba menziarahi saudara mara dan sahabat handai yg jarang atau tak pernah kami ke rumah mereka (selain dari yg biasa kami lawati setiap tahun).

      Tahun ni jemputlah datang beraya ke rumah kami juga.

      Delete
  5. sambungannya mestilh ke muar dan melaka pulak kan YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.

      Tapi belum sempat nak menyambungnya lagi .... ngeeeee


      Tungguuuuu

      Delete
  6. Insyaallah, awak pun kalau ke Telok sila singgah rumah saya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Tapi setakat ni asyik berselisih aje ... huhuhu

      Delete
  7. Jom ke percutian unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.
    Klik untuk info.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails